Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Komuniti Putra Mahkota => Bandar Seri Putra => Masjid Bandar Seri Putra => Topic started by: jabbar4aiman on 25 Sep, 04:09:17 PM

Title: Pelawaan Menyertai Program Korban Masjid Al-Mustaqim 1435H
Post by: jabbar4aiman on 25 Sep, 04:09:17 PM
Jemputan rasmi oleh Penyelaras program korban:

Salam.

Sepertimana yang telah diputuskan oleh JK Masjid Al Mustaqim, pada hari Raya Aidil Adha ini, Masjid akan mengadakan program korban di kawasan masjid Al Mustaqim. Program akan dijalankan sebaik sahaja selesai solat sunat Aidil Adha.

Saya telah diamanah untuk mengkoordinasikan program tersebut. Untuk itu satu JK kecil akan ditubuh untuk memastikan program korban dapat berjalan dengan lancar.

Dengan ini saya mempelawa semua ahli kariah surau-surau di BSP yg ingin menawarkan khidmat didalam JK kecil ini dapat hadir di mesyuarat yg akan diadakan pada hari Sabtu ini 27hb di masjid Al Mustaqim jam 12.00 tengahari (selepas mesyuarat induk masjid).

Saya juga memohon semua wakil surau dapat mewar-war kapada ahli kariah untuk sama-sama datang melaksanakan aktiviti korban itu pada Hari Raya Aidil Adha nanti.

Sekian, wassalam

Hj Abdul Rani - 016 4460838
(FB Tn. Hj. Rani - Habrani Mohamed - ) https://www.facebook.com/abdulrani.mohamed (https://www.facebook.com/abdulrani.mohamed)

(https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpa1/v/t1.0-9/10646885_789699784419541_1995203369145066859_n.jpg?oh=0504b5b4f88f06eb6250d4bee27d21b4&oe=54C96B7B&__gda__=1417875139_fd558c4c06116c42f0979038b7b98c3f)
Petugas program korban di masjid akan mendapat baju ini. Siapa cepat dia dapat