Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Komuniti Putra Mahkota => Bandar Seri Putra => Masjid Bandar Seri Putra => Topic started by: jabbar4aiman on 08 Oct, 10:42:49 AM

Title: MALAM INI: Solat Sunat Gerhana Bulan di Masjid Al-Mustaqim BSP selepas Maghrib
Post by: jabbar4aiman on 08 Oct, 10:42:49 AM
(http://1.bp.blogspot.com/_NCUP3InBCpA/TCYF1t-6U9I/AAAAAAAACLc/Lgn0q1dEz9w/s1600/gerhana%252520Bulan.jpg)

FENOMENA GERHANA BULAN PENUH 2014 - Makluman daripada: Bahagian Falak, Jabatan Mufti Selangor

Dimaklumkan bahawa pada 8 Oktober 2014 (Rabu) bermula jam 07:04 petang hingga 08:34 malam Gerhana Bulan Penuh 2014 akan berlaku di Malaysia.

Umat Islam di Negeri Selangor boleh mengambil peluang tersebut untuk menunaikan solat sunat gerhana bulan di tempat masing-masing.

Untuk maklumat lanjut layari portal Jabatan Mufti Selangor (http://www.muftiselangor.gov.my (http://www.muftiselangor.gov.my)) atau hubungi 03-5514 3716, 3717, 3718.

Selaras dengan saranan Pejabat Mufti Selangor, pada MALAM INI (Rabu 8 Okt 2014) akan diadakan Solat Sunat Gerhana Bulan di Masjid Al-Mustaqim BSP selepas selesai Solat Maghrib.

Solat akan diimami oleh Ustaz Mohd Shamsul Hakim bin Abd. Samad Al-Hafiz dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra
Title: Re: MALAM INI: Solat Sunat Gerhana Bulan - Cara Solat Sunat Gerhana Bulan
Post by: jabbar4aiman on 08 Oct, 12:00:59 PM
Cara Solat Sunat Gerhana Bulan
Posted on Oktober 7, 2014 by ekhutbah - http://ekhutbah.wordpress.com/2014/10/07/cara-solat-sunat-gerhana-bulan/ (http://ekhutbah.wordpress.com/2014/10/07/cara-solat-sunat-gerhana-bulan/)

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami’ah!! ( Solat berjemaah )

Niatnya : “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta’ala” – (Jika berimam)

ataupun “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Ta’ala” – (Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :

Rakaat pertama

1. Niat solat Gerhana, Takbir

2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah

3. Rukuk

4. I’tidal

5. Baca Al-Fatihah dan surah

6. Rukuk.

7. I’tidal.

8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.

Rakaat kedua

1. Niat solat Gerhana, Takbir.

2. Baca Al-Fatihah dan surah.

3. Rukuk.

4. I’tidal,

5. Baca Al-Fatihah dan surah.

6. Rukuk.

7. I’tidal.

8. Sujud

9. Tahiyyat Akhir

10. Salam

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra
Title: Re: Gambar-gambar aktiviti Solat Sunat Gerhana Bulan di Masjid Al-Mustaqim BSP
Post by: jabbar4aiman on 09 Oct, 11:25:50 AM
Alhamdulillah, Solat Sunat Gerhana Bulan telah berlangsung di Masjid Al-Mustaqim BSP selepas solat Maghrib semalam yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Shamsul Hakim bin Abd. Samad Al-Hafiz dari USIM.

Sambutan ahli kariah BSP kepada aktiviti ini amatlah menggalakkan.

Semoga ahli kariah akan dapat memberikan sambutan yang sebegini untuk program-program di Masjid Al-Mustaqim BSP di masa akan datang, insyaAllah.

Nota: Kredit gambar oleh Setiausaha PPBSP

Gambar-gambar lain terdapat di sini - https://www.facebook.com/media/set/?set=a.797688083620711.1073741857.120427501346776&type=1 (https://www.facebook.com/media/set/?set=a.797688083620711.1073741857.120427501346776&type=1)

(https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xap1/t31.0-8/10623439_797688166954036_5502926966861429746_o.jpg?dl=1)  (https://fbcdn-sphotos-e-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xaf1/t31.0-8/10373054_797688113620708_4296764166888256905_o.jpg?dl=1)