Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Isu Umum Putra Mahkota => Kesihatan & Keselamatan => Topic started by: Hasinah on July 30, 2009, 06:54:02 AM

Title: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: Hasinah on July 30, 2009, 06:54:02 AM
Salam,
Setiap malam antara pukul 9 malam - 6 pagi, kualiti udara di kawasan ini adalah amat membimbangkan. Kalau di amati, kita boleh lihat particle2 kecil berterbangan di bawah sinaran lampu jalan. Perkara ini bukan baru. Sebelum ini, cuma bau masam yang tidak menyenangkan. Sekarang bau asap and kesusahan untuk bernafas.
Pernahkah kita terfikir, sekiranya perkara ini berterusan, apa yang akan berlaku kepada kesihatan kita? Bayangkan majority penduduk di sini mendapat penyakit paru2 walaupun tidak merokok, atau, worse masaalah paru-paru pada kanak2.
Sekiranya perkara ini normal, kenapa asap itu di lepaskan cuma waktu malam dimana majoriti kita ada di dalam rumah? Seolah2 untuk mengurangkan impak masaalah ini? Atau tidak mahu di kesan?
Kenapa kawasan ini yang menjadi target? Tapi saya kira, kawasan Seri Putra juga terbabit sebab pernah saya kesana pada waktu malam dan didapati perkara yang sama berlaku di sana. Mungkin mengikut tiupan angin?
Jadi, apa yang kita buat? Apa yang wakil rakyat di sini buat? Apa Majlis Perbandaran dan Jabatan Alam Sekitar buat? Masing2 duduk di atas "fat bottoms" masing2 dan mengatakan "itu bukan masaalah mereka?" Kesihatan umum bukan masaalah mereka?
Mari kita semua utarakan masaalah ini ke Jabatan berkenaan sebelum investment kita di dunia ini terjejas....
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: Trojan5 on July 30, 2009, 08:08:25 AM
Saya rasa isu ni dah lama dan masih berterusan... Cadangan sy, kita panggil TV3 @ NTV7... bila dah masuk tv, selalunya baru ada perubahan.... Sy pun tercari-cari gak no tpon Karam Singh, tp hampeh.... x jumpa gak.... Meh lah kita ramai-ramai ketengahkan isu ni..... Bukan utk org lain pun.... utk kita gak.... sbb hari Isnin lepas sy pergi Poliklinik Mahkota.... Jumlah pesakit yg menerima rawatan pd hari tersebut melebihi 170 org.. Dah dikira bahaya nih..
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: mImOsaPudiCa on July 30, 2009, 09:31:08 AM
klu x jumpa no tel karam singh, email jer kt dia ;D. cuba cari kt websit tv3. kt opis sy x blh buka wbst tv3.... ;D ;D
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: zarin on August 08, 2009, 01:47:33 PM
Perkara ini semakin ketara skrg.

Baru baru ini saya dan rakan rakan bercadang nak buat intipan ke atas kilang kilang di Nilai 3 terutamanya yang ada memasang cerobong (chimney) pada malam nisfu syaaban harituh (masa tuh bulan terang).

Daripada pengamatan dan pembauan saya serta pembincangan bersama rakan rakan yang lain, asap/ kualiti ini agak berbau seperti bahan kimia bertoksik (bau "tengik") dan rasanya bukan seperti pembakaran biasa (boiler- MFO or diesel utk penjanaan stim atau tenaga) tetapi lebih kepada proses kimia ataupun perlupusan bahan kimia menggunakan incinerator (pembakar).

Saya setuju bahawasenya sesuatu tindakan susalan perlu dibuat.
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: enciksyah on August 08, 2009, 04:54:03 PM
Betul la cadangan hasinah tu. kalau nak buat tunjuk perasaan nanti bagi le tau, saya sedia jadi sukarelawan..hihi
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: Trojan5 on August 08, 2009, 05:36:24 PM
Betul la cadangan hasinah tu. kalau nak buat tunjuk perasaan nanti bagi le tau, saya sedia jadi sukarelawan..hihi

Setuju.........  Kita wat demo kat BM.... ;D
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: anis on August 09, 2009, 02:45:50 PM
Askum,

Saya tinggal di Seksyen 5 dan senasib dengan saudara-saudari penduduk di Seksyen 6 berkenaan pencemaran udara ini. Saya tak tahulah sampai bila MPKJ nak duduk diam saja pasal hal ni. Anak2 saya selalu sangat demam sekarang, dan saya pasti disebabkan kualiti udara yang teruk ni. Bukan sahaja radang paru-paru, di UK pencemaran udara disebabkan pembakaran kilang boleh menyebabkan kanser paru-paru dan kerencatan sel badan.

Di sini saya catatkan email Karam Singh Walia yang saya dapat dari kawan. Hantar email kepada: news@tv3.com.my dan letak header ATTN : KARAM SINGH WALIA.

No tel: 03 - 77266 333
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: sunny on August 10, 2009, 11:50:55 AM
satu lagi ruang yang boleh kita gunakan ialah Public Complaints Bureu (Biro Pengaduan Awam) dan isi borang komplen dalam tapak web berikut:

http://www.bpa.jpm.my/ (http://www.bpa.jpm.my/)
 
semoga Putra Mahkota sejahtera selalu
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: Trojan5 on August 10, 2009, 01:12:58 PM
Askum,

Saya tinggal di Seksyen 5 dan senasib dengan saudara-saudari penduduk di Seksyen 6 berkenaan pencemaran udara ini. Saya tak tahulah sampai bila MPKJ nak duduk diam saja pasal hal ni. Anak2 saya selalu sangat demam sekarang, dan saya pasti disebabkan kualiti udara yang teruk ni. Bukan sahaja radang paru-paru, di UK pencemaran udara disebabkan pembakaran kilang boleh menyebabkan kanser paru-paru dan kerencatan sel badan.

Di sini saya catatkan email Karam Singh Walia yang saya dapat dari kawan. Hantar email kepada: news@tv3.com.my dan letak header ATTN : KARAM SINGH WALIA.

No tel: 03 - 77266 333

Sapa2 ada kamera yg canggih... bolehlah amik gambar.... pastu kita hantar kat TV3.... mudah2an ada tindakan sewajarnya....

Mungkin Karam Singh le berkesan dari MPKj.... tk.
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: anis on August 10, 2009, 06:56:17 PM
Dua malam ni saya tunggu jugak kemunculan bau tu tapi takde. Malam ni kita tunggu bagaimana pula. Kalau masih ada, marilah kita rancang strategi betul2 nak expose kan pencemaran udara ni. buat perjumpaan kecil ke.

Saya terbaca ada thread kata kilang batteri. Kalau betul, memang merbahaya.
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: zarin on September 06, 2009, 11:06:07 AM
Salam semua,

malam tadi (awal pagi actually) dalam jam 1230am-130am... terbau sesuatu yang amat amat TENGIK..diulang AMAT AMAT TENGIK
kebetulan masa tuh pintu rumah terbuka dgn harapan nak pengudaraan segar.. tetapi yang lain pulak yang dapat.
Baunya seperti bau tayar dibakar.. sgt sgt tengik.. then tutu pintu terus kononya nak tidur..
dalam 15 minit turun balik ke tingkat bawah.. masa tu dalam rumah dah berbau dah walaupun semua tingkap and pintu ditutup..
aduhai.. macam ni lah gaya nyer.. pening kepala pakcik.....
insya Allah pakcik nak cari hotline or hot email DOE/JAS.. semakin melampau lah kilang kilang kat nilai3 ni.. malam aje depa MELEPAS..
dah lah skrg ni dah kena layan bau dari pusat pelupasan sampah sg kembong tuh...
meriah betul bukit mahkota ni..
sekian, saja aje nak luah kan perasaan :)

salam ramadhan,
zarin
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: wanna be R3 owner on September 07, 2009, 08:13:03 AM
Saya sampai dah ada perasaan menyesal beli rumah kat seksyen 6 (Bukit Mahkota) ni. Kenapa la tak fikir kewujudan kilang kat sekeliling kawasan Bukit Mahkota masa beli baru ni. Bayangkan semalam baru keluar rumah pukut 10 lebih dah ada bau busuk. Adik saya datang pun boleh tanya bau longkang dari mana. Entahlah.... Saya tak tau nak harapkan pada siapa untuk selesai isu ni. Nak harap MPKJ, JAS tak tau le, Nak harap wakil rakyat, langsung tak dengar suara. Belum masa pilihanraya je kot, ataupun guna reason u all tak beritahu mana i tahu. Busuknye!!!! Masalah yang paling susah adalah kilang tu wujud dulu dari kawasan perumahan kita. Kecewanya rasa duduk kat kawasan macam ni, selama ni tgk tv aje masalah orang, sekarang dah kena batang hidung sendiri baru tahu.

Wassalam. >:(
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: mossgenio on September 07, 2009, 10:09:02 AM
Jika nak buat aduan, boleh check kat sini http://www.doe.gov.my/ms (http://www.doe.gov.my/ms)

Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: nassir on September 07, 2009, 05:21:42 PM
banyak bising2 takde inisiatif pun tak gune jgk

since saya travel sbn kl malam2 masa naik motor 6 7 thn dulu,time lalu area2 nilai pun perasan bau asap ni teruk sgt,mcm jerebu pun ada
dah dok sini baru teringat balik kes asap kilang ni



nasib baik nak pindah dah ;D ;D
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: OffshoreMan on September 07, 2009, 09:08:24 PM
Bau tu memang terasa amat... saya dah beli 2 medklin haven konon utk menyahbau dan sterilize udara... tapi tak berjaya juga, bau tetap ada.  So next step saya pasang aircond dekat bilik tidur ... alhamdulillah bau dah tak da sebab semua tingkap tutup time malam.  Tapi ni cuma temporary measure... selagi root cause dia tak di tackle... will try buat aduan online...
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: OffshoreMan on September 07, 2009, 09:14:34 PM
aduan telah saya buat Seperti berikut.. diharap penduduk lain juga turut menghantar aduan.:

Saya adalah penduduk beralamat di,

Seksyen 6,
Bandar Bukit Mahkota,
43300 Kajang, Selangor.

Hampir setiap malam lebih kurang selepas pukul 6.00 petang kami menghidu bau asap dan bau busuk di udara.  Ahli keluarga saya telah mengalami 2 kali serangan athma pada waktu malam  dan dipercayai hasil dari kualiti udara yang rendah.

Perkara tersebut juga ada dibincangkan di portal komuniti kami.
http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=2061.msg20491#msg20491 (http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=2061.msg20491#msg20491)

Saya berharap agar pihak tuan dapat menjalankan siasatan.

Terima Kasih.
Sulaiman Sabur.
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: OffshoreMan on September 08, 2009, 08:51:24 AM
Berikut ialah reply dari DOE :

Salam sejahtera,

Kami mengucapkan terima kasih kepada tuan di atas aduan yang dikemukakan. Untuk makluman, aduan tuan telah dipanjangkan kepada JAS Negeri Selangor untuk tindakan susulan. Sebarang pertanyaan lanjut dan bagi mendapatkan maklumbalas boleh diajukan kepada JAS berkenaan di talian 03-5541 4000 atau email aduansel@doe.gov.my dengan menyertakan kod rujukan aduan di atas. Sekian, terima kasih.

Unit Operasi
Jabatan Alam Sekitar Putrajaya
________________________________________
From: webmaster@doe.gov.my [webmaster@doe.gov.my] On Behalf Of Sulaiman Sabur [sulaiman@offshoreman.com]
Sent: Tuesday, September 08, 2009 4:53 AM
To: Unit Operasi
Subject: Aduan: - Pencemaran Udara (Bau busuk dan bau asap di malam hari)

Submitted on 07/09/2009 - 20:53
Submitted by anonymous user: [124.13.11.211]

Submitted values are:

 Name: Sulaiman Sabur
 No. Telefon/Hp: **********
 Email: sulaiman@offshoreman.com
 Perkara: Aduan: - Pencemaran Udara (Bau busuk dan bau asap di malam hari)
 Kategori: Lain-Lain
 Mesej:
Saya adalah penduduk beralamat di,

Seksyen 6,
Bandar Bukit Mahkota,
43300 Kajang, Selangor.

Hampir setiap malam lebih kurang selepas pukul 6.00 petang kami menghidu bau asap dan bau busuk di udara.  Ahli keluarga saya telah mengalami 2 kali serangan athma pada waktu malam  dan dipercayai hasil dari kualiti udara yang rendah.

Perkara tersebut juga ada dibincangkan di portal komuniti kami.
http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=2061.msg20491#msg20491 (http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=2061.msg20491#msg20491)

Saya berharap agar pihak tuan dapat menjalankan siasatan.

Terima Kasih.
Sulaiman Sabur.
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: zul on September 08, 2009, 09:10:07 AM
assalamualaikum,

1.saya pun dah maklumkan berkaitan isu pencemaran udara & bau toksik ini kepada ahli majlis MPKj zon 24, sdr mazwan johar
utk tindakan selanjutnya.Difahamkan, insya-allah pada hari rabu /16-09-2009 akan diadakan satu perjumpaan ahli majlis , MPkj & pemaju Araprop di Menara MPkj..semua aduan & cadangan hendaklah dimaklumkan kepada beliau utk dicari jalan penyelesaian terbaik.insya-allah.
sila layari blog : http://mpkjzon24.blogspot.com/ (http://mpkjzon24.blogspot.com/) utk maklumat lanjut.

2.satu jawatankuasa khas yang diketuai oleh Hj Alwi, Prof Khairuddin dan sahabat prihatin daripada sek5 telah pun mengambil inisiatif bagi memaklumkan isu pencemaran ini kepada pihak MPkj (Tuan Hj Arshad).Namun maklumbalas yang diterima memaklumkan pihak Mpkj akan cuba berkerjasama dgn pihak MPN bagi mencari punca pencemaran ini dan mengambil tindakan yang sewajarnya. selain itu juga jawatankuasa ini juga telah menjalankan edisi siasat bagi mencari punca sebenar pencemaran udara ini termasuklah meninjau tapak kawasan perlupusan sampah Sg Kembong samada ada berlakunya pembakaran terbuka atau sebaliknya.Selain itu, jawatankuasa ini juga meninjau kawasan perindustrian Nilai bagi mengenalpasti punca pencemaran ini.

3.Berikut adalah hasil tinjauan utk makluman bersama:

E-mail (1)
[BukitMahkotaSek5] Sumber bau busuk... satu tekaan... tepat...
            
   

Aug 23
Khairuddin
 to BMsek5
   

Salaam,
 
Petang tadi saya telah buat survey akan kejiranan kawasan perindustrian Nilai. Ini merupakan sambungan dari survey yg telah saya buat 2-3 minggu lalu. Ketika melalui jalan ke arah kilang-kilang bateri, saya terbau bauan busuk yg memang menjadi kebiasaan kita setiap malam. Lalui jalan tersebut 4-5 kali dan dapat sahkan bahawa punca bau itu ialah dari kilang "Corrugated Packaging". Bau ini ialah gas mercaptan yg terhasil dari penapaian kertas. Mungkin JK Penduduk dapat mengambil tindakan akan perkara ini. Sekian Terima kasih.
 
Khairuddin

Gagak ialah sejenis burung yg memakan bangkai dan makanan tertapai. Tarikan mereka ialah kepada bau mercaptan yg dihasilkan kilang itu. Dibelakang kilang itu saya dapati lebih kurang 30 - 50 ekor burung gagak berkumpul atas pokok akasia berdekatan atau terbang disekitar belakang kilang itu.
 
Khairuddin
 
****************************************************************************************************************************
Salaam,
 
Kita sekarang ada dua jenis bau. Yang dari Sg Kembong kita dah tahu and took action. Yang lagi satu ni if its mercaptan...on what basis kita nak mengadu...nampak macam tak bahaya cuma bau je macam nak muntah. Saya sertakan one finding on mercaptan.
 
 
What is mercaptan?

Natural gas in its native state is colorless and odorless. Mercaptan is the harmless, non-toxic chemical that is added to natural gas to make it easier to detect in case of a leak. The most important thing to know about mercaptan is that it stinks. Some people compare it to the smell of rotten eggs.

If you don't know what mercaptain smells like, we can send you this free brochure.

In a concentrated form, the smell is almost unbearable. And it takes only a few parts per million of mercaptan to give natural gas a smell. That is precisely why we add it to natural gas. If we did not add mercaptan, it would be hard for you to know that unlit natural gas was coming from your stove after you left the valve turned on. And leaks from furnaces and hot water heaters would be nearly impossible to detect without expensive equipment. So mercaptan's smell is a very valuable safety feature.

Mercaptans contain sulfur. That's what makes them smell. The kind we use blends well with natural gas and, in a gaseous state, has much the same properties as natural gas, so it will also rise and dissipate with natural gas.

There are other uses for mercaptans in industry, including jet fuel, pharmaceuticals and livestock feed additives. They are used in many chemical plants. Mercaptans are less corrosive and less toxic than similar sulfur compounds found naturally in rotten eggs, onions, garlic, skunks, and, of course, bad breath. In other words, forms of mercaptan can be found in things that smell.

 
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: putramahkota_bangi on September 08, 2009, 09:28:01 AM
Asalamualaikum ..

Pantau dari Pasukan Jabatan Alam Sekitar telah dibuat.  .
Tinjauan rondaan RELA Bkt Mahkota telah bertemu TEAM dari JAS ini . Mereka telah mendirikan Khemah Pantauan di Sempadan Bkt Mahkota - Nilai ( Sempadan S'gor - NS ) berhampiran pondok jaga. .

..tak tahulah pulak apa hasil reaseach mereka. . mungkin dalam perhatian la tu .  ;D
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: wan1973 on September 08, 2009, 11:00:54 AM
Assalamualaikum,
Memang malang kepada mereka2 yg terjejas dengan masalah asap/jerebu. Keselesaan terganggu, kesihatan merosot, perasaan tertekan. Teringat saya pada penduduk sekitar kawasan pertanian kampung Johan Setia, Klang terutama yg beli rumah di Taman Botanic, Bukit Tinggi dan Bandar Puteri yang menderita akibat asap dan jerebu dari aktiviti pembakaran batas kebun sekitar bulan 5 hingga 7 setiap tahun. Apa yg boleh dikatakan, kesan terburuk jerebu dirasakan antara waktu senja, sepanjang malam hingga sebelum naik matahari esoknya. Berkenaan kisah Pn Hasinah yang nampak dengan jelas partikel asap dalam cahaya lampu. Ini ada kaitannya dengan sifat udara yang dipengaruhi suhu. kalau kita ingat lagi subjek sains, dikatakan udara panas itu ringan dan udara sejuk itu berat. Dalam kes Johan Setia, pembakaran batas bermula jam 8 pagi dan mengambil masa hingga seminggu untuk padam sebab akar2 hanya berasap dan tidak menyala. Selalunya waktu siang yang panas dan berangin, asap2 ini akan menjadi ringan dan senang bergerak sejauh yang ditiup angin. Bila masuk waktu senja dan suhu mula turun, udara yang mengandungi asap akan jadi berat dan akan settle di permukaan bumi. Begitu la keadaannya dipanjang malam hingga la naik matahari esoknya asap akan kembali ringan dan bergerak lagi ikut angin. Apa yang berlaku, by the time masuk senja dan malam, asap tersebut stop bergerak betul2 di kawasan perumahan Bukit Tinggi, Botanic dan Bandar Puteri. Memang menderita penduduk di kawasan2 tersebut dari senja sampai subuh. Sama juga dengan aktiviti lain seperti pembakaran terbuka tapak sampah atau perkilangan, kalau kilang itu jauh sekalipun memang asap chimneynya akan sampai juga di tepi rumah kita menjelang malam kalau kena dengan arah anginnya.
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: anis on September 08, 2009, 11:46:13 AM
why not kita buat satu petition dan dapatkan tandatangan semua penduduk? cara tu lebih baik sebab komplen majority. Sesapa nak cadangkan kepada persatuan penduduk atau take the lead silakan.
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: OffshoreMan on September 08, 2009, 09:39:40 PM
Hari ni DOE ada telefon utk follow up kes ini.  (Tahniah sebab tindakan yg cepat).  Beliau bertanyakan tentang sumber bau tersebut samada saya pasti dari kawasan perindustrian atau tidak...

Jawapan saya:

Tak tahu.  Tapi yang pasti bau busuk dan tengik pada waktu malam.  Berdasarkan Forum komuniti kami, sumber dipercayai berpunca dari Pusat Pelupusan Sampah Sg. Kembung dan kawasan perindustrian Nilai. 

Saya juga ada memaklumkan yg terdapat badan kerajaan lain yg telah setup khemah utk memantau keadaan tersebut.
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: mossgenio on September 09, 2009, 07:54:38 AM
Nasib baik ada orang sampaikan aduan melalui saluran yang sepatutnya.
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: zarin on September 09, 2009, 05:54:59 PM
Saya sampai dah ada perasaan menyesal beli rumah kat seksyen 6 (Bukit Mahkota) ni. Kenapa la tak fikir kewujudan kilang kat sekeliling kawasan Bukit Mahkota masa beli baru ni. Bayangkan semalam baru keluar rumah pukut 10 lebih dah ada bau busuk. Adik saya datang pun boleh tanya bau longkang dari mana. Entahlah.... Saya tak tau nak harapkan pada siapa untuk selesai isu ni. Nak harap MPKJ, JAS tak tau le, Nak harap wakil rakyat, langsung tak dengar suara. Belum masa pilihanraya je kot, ataupun guna reason u all tak beritahu mana i tahu. Busuknye!!!! Masalah yang paling susah adalah kilang tu wujud dulu dari kawasan perumahan kita. Kecewanya rasa duduk kat kawasan macam ni, selama ni tgk tv aje masalah orang, sekarang dah kena batang hidung sendiri baru tahu.

Wassalam. >:(

Salam semua,
Saya pun ada perasaan menyesal juga beli rumah kat sini. 4 hari lepas outstation dan masa on the way back mmg dah terpikir nak buat aduan masalah bau ni, sampai aje rumah dlm jam 530pm td.. berggghhh bau TENGIK baik punya menyambut kepulanganku.. GREAT.

Then terus online dan alhamdullillah bila tgk topik ini ramai yang response. Terima kasih yang membuat aduan termasuk en. Sulaiman, en.zul dan sahabat yang lain. Masalahnya kat sini ia melibatkan dua majlis pembandaran dan DUN yang berbeza.. maybe agak sukar tapi insya Allah kita boleh berusaha. masalah lain plak kawasan perindustrian ini wujud dulu (rasanya lah) dari seksyen 6 ni.. cuma persoalan nya mcm mana lah MPKj boleh bagi kelulusan utk projek perumahan yang berhampiran dgn tapak industri.


Oklah dah pun beli rumah dah hampir 3 tahun dah membayar. Sekarang ini layan ajelah .. insya Allah ada rezeki anak anak carilah tempat lain plak.. maybe seksyen 7 kat BBM nanti.. (sebelah kilang juga hehe)

Sekian, terima kasih.

salam,
zarin

Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: OffshoreMan on September 17, 2009, 04:26:36 PM
Perkembangan terkini,

Selepas Jabatan ALam sekitar selangor menelepon hari tu, rasanya punca masalah terbabit bukan dalam lingkungan kuasa mereka.  Inaya dibawah kuasa Jabatan ALam sekitar Negeri Sembilan.

So hari ini saya mendapat call dari Jabatan alam sekitar.  Berikut makluman beliau (Lebih Kurang),

"Hari ini 17 Sept, 2009,  Jabatan Alam sekitar dan MPN (Majlis perbandaran Nilai) Telah membuat operasi bersepadu untuk mengenalpasti punca masalah bau busuk yang dilaporkan. Hasil operasi mendapati bau busuk berpunca dari satu lot tanah yang dijadikan pusat kitar semula sampah (dekat dekat dgn area Arab Malaysian).   Pihak DOE & MPN telah menyampaikan compound kepada pemilik tanah berkenaan melalui pekerja yg ditemui di sana."

Semoga makluman berikut dapat kita kongsi bersama dan kita di Putra-Mahkota.com ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa kerana mengambil tindakan yg sewajarnya.
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: wanna be R3 owner on September 17, 2009, 04:45:58 PM
Saya pun nak ucapkan terima kasih atas tindakan segera tu. Bersama kita doakan agar masalah ni selesai. Tapi pemilik tanah lot tu tak boleh percaya sangat tu... >:( Dibuatnya perangai mcm tuan lembu yang berkeliaran tu malang lagi la kita. Terima kasih jugak pada En. Sulaiman. ;D
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: Trojan5 on September 17, 2009, 04:50:35 PM
Terima Kasih utk  En Sulaiman......  ;D ;D ;D ;D ;D

Aman sket skang rasanya.....
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: OffshoreMan on September 17, 2009, 05:15:55 PM
Menurut pegawai tadi tu, bukan saya seorang saja yang buat laporan.  Ada ramai lagi sebenarnya.  So kita patut berterima kasih kepada sahabat sahabat lain yg 'dibelakang tabir' tu yang turut membuat laporan.  Salah satu tujuan mereka menelepon sebenarnya utk saya war warkan perkembangan tadi kepada semua melalui forum.  Dari situ kita tau yg mereka tau kewujudan forum ini. 

walau apa pun terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: wanna be R3 owner on September 18, 2009, 08:37:25 AM
Terima kasih pada sahabat kita dibelakang tabir tu jugak... time kacihhhhhhh..... ;D ;D ;D ;D ;D ;D ;D
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: zul on September 18, 2009, 09:26:42 AM
    Thursday, September 17, 2009
    Maklumbalas berkaitan pencemaran udara akut di bdr bukit mahkota....
    assalamualaikum,

    alhamdullilah, dikongsikan maklumbalas yang telah diterima berkaitan aduan pencemaran udara akut di bukit mahkota baru-baru ini.Semoga lepas raya nanti, sama-sama kita doakan masalah bau asap & bau busuk ini dapat diatasi dengan sebaiknya..sekian untuk makluman semua.

    Salam hormat,
    Biro Pengurusan & perhubungan awam,
    Persatuan Penduduk Sek5,
    Bdr Bukit Mahkota
    Blog mahkota5 : www.mahkota5.blogspot.com.my (http://www.mahkota5.blogspot.com.my)


    From: Mohd. Nor Mohamed Azalli
    Sent: Thursday, September 17, 2009 3:27 PM
   
    Subject: Aduan - Bau Asap dan bau busuk

    Salam, En. Zulkifli
    Aduan tuan telah disiasat oleh pihak Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan bersama pihak Majlis Perbandaran Nilai pada 17 September 2009 dan telah mengenalpasti punca-punca pencemaran bau asap dan bau busuk tersebut.
    Tindakan sewajarnya mengikut bidang kuasa Jabatan dan Majlis Perbandaran Nilai ini akan diambil terhadap premis-premis tersebut dan memantau perkara ini agar pencemaran tersebut tidak berulang di masa hadapan.
    Pihak tuan akan dimaklumkan perkembangan bagi aduan ini.
    Keperihatinan pihak tuan dalam perkara ini adalah amat dihargai.
    Sekian, terima kasih.
    " BERKHIDMAT UNTUK NEGARA "
    Mohd Nor bin. Mohamed Azalli
    Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan


Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: zarin on September 22, 2009, 02:44:21 PM
Selamat Hari raya & maaf zahir batin

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam usaha mengatasi pemasalahan ini.
"Kita mampu mengubahnya".
Teringat kata kata kol. Alwi (seksyen 5)  "kita kena buat sampai berjaya"
Semoga persekitaran Bukit Mahkota bertambah ceria

rgds,
zarin
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: Jundullah_232 on September 23, 2009, 01:46:18 PM
Terima Kasih di atas tindakan semua.. dan tahniah terhadap pihak berkuasa yang pantas menyelesaikan masalah penduduk
Inilah manfaatnya bila adenye forum komuniti seperti ini...  ;D
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: mossgenio on September 24, 2009, 09:12:39 PM
Lepas ni rajin2 la pulak mintak sekolah untuk BBM. Dengar cerita isu SK BSP baru buka tapi dah kena buat dua sesi tu dah jadi isu 'nasional' kat Kem Pendidikan. Jadi, pandai2 la ambil peluang.

Selamat hari raya!
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: kekawan on September 25, 2009, 03:10:00 PM
Alhamdulilah sekali lagi selepas berita bas akan masuk kawasan kita, ini lagi satu 'hadiah hari raya tahun ni'

Mula2 bau dulu ingat tayar kereta haus ke.. yele sbb saya jarang ada kat rumah.. balik je malam sbb selalu pergi rumah org tua kat kajang.. tapi alhamdulilah tindakan yg diberikan telah berjaya mewujudkan keharmonian kepd penduduk.. saya raya perlu ada surat penghargaan terima kasih kepada pihak terbabit sebagai 'buah tangan' kita ..

Satu lagi masalah lembu saya ingat dah ok sbb lama tak terserempak.saya pun ada htr emai kepada MPKj tapi tiada balasa.. tp masa mlm raya pertama, ada 3 ekor duk 'beraya' kat bulatan BBM. terkejut gak sbb kws gelap..
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: zarin on September 25, 2009, 04:47:36 PM
Salam semua,

semalam jumpa kawan yang tinggal di desaria nilai dan saya bercerita mengenai masalah bau "BAIK PUNYA" yang melanda BBM terutamanya S5 dan S6 pada waktu malam.

rupa-rupanya sahabat sahabat di desaria nilai pun menghadapi masalah yang sama akan bau tengik seperti tayar terbakar ni.

rakan saya di desaria nilai pun ucapkan ribuan terima kasih atas usaha rakan-rakan BBM dalam mengatasi pemasalahan ini.

salam,
zarin
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: sunny on September 25, 2009, 11:23:22 PM
alhamdulillah dan tahniah.

pusat litar semula tu rasanya dekat kilang kacang dan kropok kan, maknanya sgt dekat dgn seksyen 5 kwsan deretan teres setingkat tu.

harapan, lepas ni pihak syarikat lebih prihatin dengan kesihatan penduduk setempat
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: zarin on September 27, 2009, 10:49:51 PM
tapi tak ada beza jugalah.. weekend ni terutamanya hari ahad pd malam hari (dalam jam1030pm)  bau tengik mcm getah kena bakar begitu ketara di seksyen 6
terus kepala pakcik naik pening dan tidur aje lah..
 selamat malam semua
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: kekawan on September 28, 2009, 01:31:26 PM
Yap.. Malam minggu hari tu memang ada bau sikit.. tapi tak sehebat dulu.. Diorg ni keras kepala kot... lama2 buat lagi..
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: zul on September 28, 2009, 03:51:05 PM
baru jap tadi sdr mat nor daripada Jabatan Alam sekitar N9 call saya tanyakan perkembangan susulan isu ini...saya balas balik, mmg ada lagi bau tersebut.Baslanya pemantauan akan dilakukan dari masa ke semasa & maklumkan sekiranya masalah ini berulang kembali.
kerjasama semua amatlah diharapkan agar isu ini diselesaikan segera...
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: abugarcia on March 03, 2010, 09:10:32 AM
Saya blh dikatakan baru di Sek6, BM ni. Bila bc kat sini br tau apasal ada bau yg kurang menyenangkan bila time malam kat sini. Hmm...risau gak coz ada anak kecil
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: daddyvw on March 03, 2010, 01:13:04 PM
Saya blh dikatakan baru di Sek6, BM ni. Bila bc kat sini br tau apasal ada bau yg kurang menyenangkan bila time malam kat sini. Hmm...risau gak coz ada anak kecil

pastikan tingkap sentiasa ditutup... pressure yang tinggi di dalam rumah menyebabkan bau susah nak masuk...  ;D
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: abugarcia on March 03, 2010, 01:30:11 PM
panas la plak...nak pulak skrg ni tgh musim panas lg brtmbah panas
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: daddyvw on March 03, 2010, 01:34:27 PM
panas la plak...nak pulak skrg ni tgh musim panas lg brtmbah panas

letak air cond yang ada filter tapis udara... sejuk dan bersih sikit tapi nak selalu cuci...  ;D

pastu nanti kata bil letrik naik pulak... jadi boleh tambah alat penjimatan letrik macam zai_jnr jual...  ;D
note: zai_jnr, ni kena bagi komisyen kat BBQ nanti ni...  ;)
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: tuberose78 on March 03, 2010, 05:39:06 PM
errmmm.. sampai sekarang bau-bauan ni dapat dihiduuu...  :-\
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: daddyvw on March 03, 2010, 05:46:02 PM
errmmm.. sampai sekarang bau-bauan ni dapat dihiduuu...  :-\

alah bisa kerana biasa...  ::) ::) ::)
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: abugarcia on March 04, 2010, 04:48:10 PM
ya betulll...mlm td kuat semacam gak bau tu...masammmm jerrrr
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: OffshoreMan on April 16, 2010, 11:50:51 PM
Thread ini khas utk melaporkan setiap kali incident pencemaran udara di kesan.  Jika ingin berbincang ttg. masalah pencemaran udara, sila masuk ke thread lain.  Disini hanya laporan dan proses mengumpul maklumat sahaja.

Format laporan adalah seperti berikut.

------------------------------------
Lokasi Di Kesan : Bandar Bukit Mahkota Seksyen 6
Tarikh : 16 April 2010
Masa : 2343 hrs.
Situasi : Udara berbau asap.  Memeningkan kepala dan meloyakan tekak.
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: Suffian on January 09, 2011, 09:09:06 AM
7 dan 8 Januari 2011 lepas bau sampahnya terlampau busuk. Nak solat kat surau seksyen 4 pun tak selesa. Dan petang 8/1/2011 saya nampak lori sampah daripada jalan BBM/BSP hantar sampah ke tapak yang patut dah tutup di Sg Keembong.  >:( Tapak tu sudah dibuka semula ke?
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: RI FAMILY N KIDZ on February 24, 2011, 01:21:01 PM
Lokasi Di Kesan : Taman Impian Putra (Kawasan lapang bawah TNB Transmission Line)
Tarikh : 24 Februari 2010
Masa : 11.00 ++ pagi.
Situasi : Udara berbau asap dan tidak menyenangkan.

Sebenarnya pembakaran ini dilakukan berkali2 atas alasan menghijaukan bumi (pertanian).
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: nAlexThomasCRM23g on April 13, 2011, 09:55:07 AM
Hello
I need advice for a good website where I can compare auto/health insurance quotes
or maybe a developer to help building one ..
Thank you for any hint
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: kucai on April 18, 2011, 05:16:50 PM
salam,

Saya bakal penduduk di BSP. Nak tanya sikit pasal pencemaran ni. Adakah kawasan rumah di BSP terkena tempias pencemaran ini?

Tq
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: daddyvw on April 19, 2011, 12:15:24 PM
salam,

Saya bakal penduduk di BSP. Nak tanya sikit pasal pencemaran ni. Adakah kawasan rumah di BSP terkena tempias pencemaran ini?

Tq

sekarang dah tak der kot... kawan tak der lak bau nyer... dulu, masa tengah pencemaran teruk pun, BSP selamat... ;) ;) ;)
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: kucai on April 19, 2011, 03:26:23 PM
Salam,

Thanks for the info daddyvw.

Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: mdzaini on May 26, 2011, 07:08:05 PM
salam

saya selalu tgok peniaga tepi jln bakar sampah selemba jer berhampiran tempat diorang berniaga terutama kat bawah pokok kat bandar seri putra
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: OffshoreMan on August 18, 2011, 10:08:47 PM
Petang tadi saya sempat berborak dgn seorang pegawai DOE,  bercerita ttg kilang battery n bau busuk.  Beliau menasihatkan supaya penduduk rajin2 membuat aduan.  Mereka akan terus memantau kualiti udara di kawasan kita.  Bau asap dulunya berpunca dari sebuah kilang yg membakar sisa produk mereka menggunakan tayar sebagai bahan bakar di malam hari.  Berkat complain dari penduduk Seksyen 5, akhirnya punca tersebut telah dikenal pasti dan tindakan di buat.  Akan tetapi beliau tidak menafikan yg pihak terbabit akan melakukannya lagi apabila mempunyai peluang.  Oleh itu, beliau mengharapkan penduduk bukit mahkota supaya sentiasa membuat laporan kepada mereka.

Tang kilang battery tu sensitif sikit sebab di punyai oleh orang kuat politik.  Walau bagaimanapun pemantau tetap mereka lakukan.  Hopefully semua ok... Setakat ini, tiada lagi bau asap or tengik di malam hari...
Title: Re: PENCEMARAN UDARA AKUT DI SEKSYEN 6 BUKIT MAHKOTA
Post by: OffshoreMan on March 13, 2012, 09:32:50 PM
Seminggu lepas, rasanya tiap2 hari bila waktu malam, bau asap amat kuat.