Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Isu Umum Putra Mahkota => Kesihatan & Keselamatan => Topic started by: OffshoreMan on January 20, 2010, 09:43:05 PM

Title: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: OffshoreMan on January 20, 2010, 09:43:05 PM
Assalamualaikum,

Rasanya dah banyak kali kita report tapi masih ada masalah bau busuk ini.  Sebagai inisiatif kita utk memberikan Raw Data kepada pihak berwajib, rasanya elok jika kita updatekan di sini situasi kita utk laporan & tindakan pihak berwajib.  Jika tiap tiap hari ada masalah bau, tiap tiap hari la kita report kat sini, so next time kalau kita buat official report, kita bagi sekali data yg kita update di sini.

Sila tambah data yg perlu...

------------------------------------------------------
Update Pencemaran Udara...

Masalah : Bau Busuk
Tarikh : 20 January 2010
Masa : 1945hrs - 2140 hrs
Lokasi : Seksyen 6, Bandar Bukit Mahkota
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: Wazzatldmuchampions on January 21, 2010, 08:58:11 AM

perkara ini sedang diusahakan oleh persatuan penduduk sek 5..dengan membuat kajian seterusnya aduan ke jabatan alam sekitar serta pihak yg berwajib...

ada juga ura-ura agar diadakan perjumpaan dengan wakil sek 6 untuk sama-sama duduk berbincang menangani isu ini...
untuk maklumat lebih lanjut lawati www.mahkota5.blogspot.com (http://www.mahkota5.blogspot.com)

Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: zul on January 21, 2010, 09:15:17 AM
info terkini daripada jawatakuasa khas PPS5BBM...minta bantuan sdr sulaiman sabur untuk dibuat satu bancian tahap kesedaran (awareness) disamping kita mengumpul data yang berkaitan bagi menangani isu pencemaran akut ini...moga bermanfaat utk semua khususnya warga bukit mahkota.

berikut dikongsikan e-mail berkaitan isu ini...pemantauan daripada anda dapat membantu pihak berkuasa seperti JAS untuk menangani isu ini dengan lebih berkesan.hampir setahun aduan demi aduan dibuat namun isu ini masih belum ada jalan penyelesaian yang sepatutnya.

Salam,

Terima kasih yang ikhlas dari saya kepada kakitangan Jabatan Alam Sekitar serta AJK Persatuan Penduduk Seksyen5 Bukit Mahkota yang bekerja keras demi kebersihan dan kesejahteraan persekitaran kami di Seksyen5. Alhamdulillah, mulai malam ini anak-anak saya tidak lagi mengadu akan mata yang pedih dan gatal, serta batuk yang  mereka alami sejak dua minggu lepas telah reda.

Dari petang tadi hingga setakat pukul 10:40 pada malam ini nampaknya masalah debu merah, debu putih dan debu hitam, serta bau sampah busuk, bau asap pedih dan bau kimia meloyakan tidak lagi muncul. Diharapkan masalah ini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang, terutamanya dengan pemantauan berterusan JAS, serta dari semua penduduk yang MEMBANTU DAN BEKERJASAMA.

Saya harapkan JAS juga akan selesaikan masalah pencemaran yang lebih berbahaya yang KAMI SEDANG HADAPI! Pencemaran ini ialah "silent killer" yang dimana ramai penduduk Bukit Mahkota tidak atau belum sedar atau alpa akan potensi kesannya kepada diri mereka serta keturunan mereka. Saya tidak akan terperanjat, jika masalah ini berterusan, pada 5 hingga 10 tahun akan datang, akan muncul gejala dan sindrom keracunan dikalangan majoriti penduduk di tempat ini.

Pencemaran "silent killer" yang saya maksudkan ialah dari plumbum sulfat yang dikeluarkan sebagai debu dari cerowong kilang-kilang MNI Metals dan WealthView. Debu plumbum sulfat ini berdaya diterbangkan jauh dari kilang dan akan menghujani kawasan berdekatan saperti Seksyen7, Seksyen6 dan Seksyen5 Bukit Mahkota. Anda tidak akan dapat kesan debu ini dari segi bau maupun penglihatan. That's why it's a silent killer!!

Kajian penyelidek di Cina dan Australia telah tunjukkan kesan keracunan dari pencemaran plumbum terapung (airborne) adalah lebih ketara (significant) berbanding kesan keracunan dari pencemaran plumbum yang jatuh disekitar dekat kilang. Lebih ramai penduduk mendapat keracunan plumbum dari plumbum sulfat terapong berbanding penduduk yang berdekatan dgn kilang. Malahan sukatan plumbum oleh penyelidek ini mendapati takat plumbum berdekatan kilang adalah jauh lebih rendah berbanding dgn takat plumbum di tempat yang diketahui plumbum sulfat akan jatuh menghujan jauh dari kilang!!!

Kolonel Alwi dan saya sempat melawat di luar kilang-kilang ini semalam dan saya amat terperanjat melihat keadaan kilang-kilang ini berbanding 4 bulan yang lepas. Kesan pencemaran pada kawasan kilang Wealthview sekarang adalah LEBIH TERUK berbanding 4 bulan lalu. Tadahan hujan dan atap kilang pada 4 bulan lepas cuma berkarat di bahagian tepi. Kini didapati tadahan hujan bukan saja lebih berkarat, tetapi sudah rompong/berlubang disepanjang tadahan!! Karat bertambah luas dan hampir memenuhi kawasan atap!! Karat ini majoriti ialah dari kesan asid sukfurik yang terlepas melalui cerowong kilang. Ia terlepas kerana penapis kilang tidak lagi berkesan/sesuai. Jika asid sulfurik telah terlepas dari cerowong, ini bermakna plumbum sulfat juga  turut dikeluarkan bersama asid!! Ini bermakna pengurusan pencemaran oleh kilang ini tidak lagi dilakukan dengan berkesan. Bayangkan jumlah plumbum sulfat terapong yang telah dikeluarkan kilang sepanjang tahun lepas akibat penapis yang tidak berkesan!!

Kami harap JAS akan dapat lakukan satu tindakan anti-pencemaran yang lebih komprehensif dan yang bersifat kekal keatas kilang-kilang ini.

Terima kasih sekali lagi diatas bantuan dan kerjasama yang diberikan.

Khairuddin
(Seksyen 5, Bukit Mahkota)
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: zul on January 21, 2010, 09:28:10 AM
Dikongsikan usaha yang telah dilakukan oleh jawatakuasa khas (persekitaran) PPS5BBM berkaitan isu pencemaran akut ini pada tahun lepas. moga maklumat ini dapat memberikan kesedaran kepada kita betapa pentingnya persekitaran yang sihat menjamin kesihatan yang baik...sama-sama kita berganding bahu agar permasalahan ini dapat dirungkai dengan segera.terima aksih diucapkan kepada mereka yang bekerja keras demi menjamin persekitan yang sihat lagi berkualiti..

Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: zul on March 04, 2010, 12:58:33 PM
semalam bau busuk sampah yang dikenalpasti berpunca daripada pusat perlupusan sampah sg kembong telah dikesan di sek5,bdr bukit mahkota
baunya amatlah meloyakan...difahamkan pusat perlupusan sampah di sg kembong akan dibuka kembali beroperasi??
patut pun banyak lori-lori sampah menuju ke sana...

Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: zul on March 04, 2010, 01:19:04 PM
1)Dikongsikan hasil tinjauan ke pusat perlupusan sampah pada 14 febuari 2010 jika dibandingkan setahun sebelum itu iaitu pada 19 julai 2009 daripada Prof Khairuddin..

2)Berikut adalah artikel terdahulu berkaitan penutupan Pusat pelupusan Sungai Kembong ditutup September 2005

Article
Title/ Headline    Pusat pelupusan Sungai Kembong ditutup September 2005
Date of Publication    May 31, 2005 (Tuesday)
Publication Name    Harian Metro
Section Placement    Main Section
Page Placement    24
Keywords    Pelupusan sisa pepejal Harian Metro
Emedia Byline    No Information

KAJANG: Penduduk sekitar Sungai Kembong, di sini, yang terpaksa menghidu

bau busuk sejak beberapa tahun lalu lega apabila pusat pelupusan sampah

di situ akan ditutup mulai September depan.

  Ini kerana Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bakal mempunyai pusat

pelupusan sampah tercanggih di Sungai Lalang, Semenyih, yang bernilai

RM100 juta dan dijangka siap September depan.

  Yang Dipertuanya, Muhamad Khusrin Munawi, berkata pusat pelupusan

sampah yang dikenali sebagai Pusat Kitar Semula Tenaga (RDF) itu mampu

menampung bilangan sampah yang meningkat berikutan pertambahan penduduk

setempat.

  Menurutnya, pusat pelupusan sampah Sungai Kembong hanya akan ditutup

selepas projek RDF siap sepenuhnya dan kini kerja-kerja pembinaannya

sudah 60 peratus siap sejak dilancarkan pada Disember lalu.

  "Penduduk kini lega selepas pusat pelupusan sampah Sungai Kembong akan

ditutup bagi memberi keselesaan kepada penduduk yang tidak tahan dengan

bau busuk selain pencemaran alam sekitar.

  "MPKj amat prihatin terhadap masalah penduduk dan berharap dengan

pembinaan tapak pelupusan sampah di Sungai Lalang dapat menyelesaikan

kekusutan yang ditanggung mereka," katanya di sini.

  Beliau berkata, pusat pelupusan sampah Sungai Kembong terpaksa ditutup

berikutan kedudukannya tidak bersesuaian kerana berhampiran dengan

kawasan kediaman dan sungai sehingga menimbulkan pelbagai masalah seperti

bau busuk dan pencemaran alam sekitar.

  "Selain itu, MPKj kerap menerima aduan penduduk yang tidak berpuas hati

dengan tempat pelupusan sampah itu, sekali gus memaksa kita menutup

operasinya.

  "Ia akan dibersihkan, termasuk sekitar Sungai Kembong bagi mengelakkan

pelbagai masalah lain. Untuk melaksanakan projek ini, kita membelanjakan

hampir RM1.5 juta," katanya.

  Muhamad Khusrin berkata, RDF menggunakan kaedah dari Jerman dan Jepun

dibina di tanah seluas 12 hektar.

  Bagaimanapun, hanya 2.4 hektar kawasan yang digunakan bagi projek

berkenaan manakala selebihnya disewakan kepada syarikat swasta dalam

tempoh 30 tahun.

  Beliau yang akan bertukar ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

sebagai pengarah berkuatkuasa esok berharap bakal penggantinya dapat

meneruskan projek pembangunan yang dirancang khusus bagi penduduk Kajang.
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: daddyvw on March 04, 2010, 01:29:18 PM
kita pegi buat ADUAN RAKYAT nak?  8)
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: MsSpectra on March 04, 2010, 01:57:59 PM
Maaf klu tersalah info..hal sampah ni dah cikmelah tanyerkan pada Ahli Majlis..dan jawapan nyer..tempat pelupusan kat Sg kembong tu terpaksa di buka semula cz kt equipment utk proses sampah kat Sg Lalang rosak sbb x dpt menampung capacity sampah. Sedang di baiki (ni tanyer dlm bulan 10 thn lepas..klu x silap..) dan akan beroperasi semula bila dah ok. So sekarang ni warga sek 4 dan 5 terpakse menghidu bau busuk smph tu hampir setiap mlm. Mesin tu x terdaya nak treat smph penddk kajang cz melebihi capacity mesin tu sendiri. Lori smpah tu mmg dah lama ke sana dan jln nak ke dlm tu pun nmpk mcm dh cantik jer..
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: putramahkota_bangi on March 04, 2010, 02:31:38 PM

Bau busuk ni mmg meloyakan . terutama time pukul 10 mlm keatas.
..ermm time BBQ ni mesti bau ...kan.  ;D Kalau buat dlm dewan tertutup mungkin bau tu kereng sikit.
..OT : kat sini pun ada kaitan thread BBQ  ;D
tapi mmg ia kait-mengait ..
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: Matahati on March 04, 2010, 02:35:58 PM

Bau busuk ni mmg meloyakan . terutama time pukul 10 mlm keatas.
..ermm time BBQ ni mesti bau ...kan.  ;D Kalau buat dlm dewan tertutup mungkin bau tu kereng sikit.
..OT : kat sini pun ada kaitan thread BBQ  ;D
tapi mmg ia kait-mengait ..

Jemput Karam Singh Walia masa BBQ nnt..... 2+1 sambil dia makan sambil dia hidu bau tuuu!
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: putramahkota_bangi on March 04, 2010, 03:02:29 PM

Bau busuk ni mmg meloyakan . terutama time pukul 10 mlm keatas.
..ermm time BBQ ni mesti bau ...kan.  ;D Kalau buat dlm dewan tertutup mungkin bau tu kereng sikit.
..OT : kat sini pun ada kaitan thread BBQ  ;D
tapi mmg ia kait-mengait ..

Jemput Karam Singh Walia masa BBQ nnt..... 2+1 sambil dia makan sambil dia hidu bau tuuu!

yess! jemput Aduan Rakyat. . dan masa ni kalau nk jemput YB bangi.. mmg sesuai. mmg malatop la majlis tu.  ;D nanti org tanya sapa pengerusi.. tuuu
..TLD  ;D cewah

Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: daddyvw on March 04, 2010, 03:14:48 PM

yess! jemput Aduan Rakyat. . dan masa ni kalau nk jemput YB bangi.. mmg sesuai. mmg malatop la majlis tu.  ;D nanti org tanya sapa pengerusi.. tuuu
..TLD  ;D cewah

bunyi macam bodek jer...  ::) ::) ::)
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: Matahati on March 04, 2010, 03:21:38 PM
Quote
yess! jemput Aduan Rakyat. . dan masa ni kalau nk jemput YB bangi.. mmg sesuai. mmg malatop la majlis tu.  Grin nanti org tanya sapa pengerusi.. tuuu

YB Bangi kita jemput waktu siang lah. Jemput waktu malam nnt dia konpius pulak dgn bau busuk dan bau kambing panggang. ;D
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: Wazzatldmuchampions on March 04, 2010, 04:17:22 PM

yess! jemput Aduan Rakyat. . dan masa ni kalau nk jemput YB bangi.. mmg sesuai. mmg malatop la majlis tu.  ;D nanti org tanya sapa pengerusi.. tuuu
..TLD  ;D cewah

bunyi macam bodek jer...  ::) ::) ::)

fees BBQ tetap kena bayar haaa...tak de skip..kalau bawak family..RM40 ;D
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: zul on March 05, 2010, 12:16:01 PM
assalamualaikum,

Jumaat/05-03-2010 : Pagi tadi telah diadakan perjumpaan antara wakil persatuan 2&3&5 bdr bukit mahkota iaitu sdr murad & col hj alwi bersama-sama ahli majlis mpkj zon 24,sdr hj mazwan dengan setiausaha Mpkj di Menara Mpkj berhubung isu bau sampah yang berpunca daripada Pusat perlupusan sampah sg kembung..berikut dikongsikan e-mail daripada hj alwi utk makluman semua. sama-sama kita doakan agar kesejahteraan semua dipelihara allah swt.

PERTEMUAN DENGAN SU MPKJ
|
Col (Ret) Alwi Abd Wahab   
> > Salaam Semua, > > Saya dengan En. Murad dari PPBM3 telah bersama Hj. Mazw...
   
11:23 AM (1 hour ago)
Col (Ret) Alwi Abd WahabLoading...   
11:23 AM (1 hour ago)
Col (Ret) Alwi Abd Wahab
 to me, BMsek5, Maj, Mamat
   
show details 11:23 AM (1 hour ago)
   
    Salaam Semua,

    Saya dengan En. Murad dari PPBM3 telah bersama Hj. Mazwan pagi tadi bertemu dengan SU MPKJ. Tujuan utama ialah untuk mengetahui tindakan MPKJ terhadap keadaan bau sampah di Sg Kembong.

    Pihak MPKJ berkata Sg Kembong akan digunakan hanya 2 bulan shaja (20 Feb 10) sementara mennuggu RDF Semenyih selesai proses overhaul.  Pihak kontraktor telah diarahakan untuk spary enzyme anti-busuk semalam.  Harap2 ini berhasil.  Kalau tak kita makan angin busuk lagi 1.5 bulan.  Pihak PPBM5 akan terus memantau.

    Sekian.
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: akula on March 05, 2010, 12:22:20 PM
assalamualaikum,

Jumaat/05-03-2010 : Pagi tadi telah diadakan perjumpaan antara wakil persatuan 2&3&5 bdr bukit mahkota iaitu sdr murad & col hj alwi bersama-sama ahli majlis mpkj zon 24,sdr hj mazwan dengan setiausaha Mpkj di Menara Mpkj berhubung isu bau sampah yang berpunca daripada Pusat perlupusan sampah sg kembung..berikut dikongsikan e-mail daripada hj alwi utk makluman semua. sama-sama kita doakan agar kesejahteraan semua dipelihara allah swt.

persatuan penduduk seksyen 2,3,5 aje ke??. mana yg lelain... harap semua persatuan penduduk bersatu menyatakan bantahan...
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: wak on March 05, 2010, 12:38:00 PM
bermula 20 feb dan berakhir 20 april la ye?....waduhhh   lama jugak tu.... boleh tahan ke hidung wak nie... :-[

apa2 pun syabas pd. AJK MPP zon 24 atas tindakan tersebut....

....perjumpaan dengan SU MPKJ ini tadi adalah tindakan segera yang diambil setelah mesyuarat AJK MPP zon 24 diadakan bersama Ahli Majlis sdr. Mazwan Johar.

Untuk pengetahuan semua...AJK MPP zon 24 yang dilantik adalah mewakili setiap seksyen di BM. Seksyen 1,2,3,4,5,6 & wakil Pusat Khidmat Masyarakat Adun Bangi Cawangan Putra Mahkota.

masa mesyuarat MPP tu semua wakil seksyen ada...tapi mungkin waktu perjumpaan tadi mereka tak dpt hadir...waktu kerja kan...(sangka baik)  :)

Apa2 perkembangan dalam mesyuarat MPP....setiap ajk yang dilantik akan menyalurkan berita kpd. persatuan penduduk seksyen masing2.

jadi isu sampah nie kita tunggulah  tindakan seterusnya...harap akan selesai...insyaAllah...
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: OffshoreMan on April 16, 2010, 11:45:15 PM
Update Hari Ini...

Tarikh : 16 April, 2010.
Masa : 2343 hrs

Situasi : Udara malam masuk ke dalam rumah berbau asap.  sangat meloyakan dan memeningkan kepala.
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: MsSpectra on April 20, 2010, 02:40:40 PM
Kat sek 4 ni mlm2 bau busuk sampah mmg biasa terutama waktu sejuk / lepas ujan. Dan yg terbaru..bau kambing..bau ayam..tak tau dari mana punca nya. Kalau balik mlm mmg hidung akan tersaji dengan bauan ni... ??? ::)
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: Trojan5 on April 20, 2010, 03:16:54 PM
bermula 20 feb dan berakhir 20 april  la ye?....waduhhh   lama jugak tu.... boleh tahan ke hidung wak nie... :-[

apa2 pun syabas pd. AJK MPP zon 24 atas tindakan tersebut....

....perjumpaan dengan SU MPKJ ini tadi adalah tindakan segera yang diambil setelah mesyuarat AJK MPP zon 24 diadakan bersama Ahli Majlis sdr. Mazwan Johar.

Untuk pengetahuan semua...AJK MPP zon 24 yang dilantik adalah mewakili setiap seksyen di BM. Seksyen 1,2,3,4,5,6 & wakil Pusat Khidmat Masyarakat Adun Bangi Cawangan Putra Mahkota.

masa mesyuarat MPP tu semua wakil seksyen ada...tapi mungkin waktu perjumpaan tadi mereka tak dpt hadir...waktu kerja kan...(sangka baik)  :)

Apa2 perkembangan dalam mesyuarat MPP....setiap ajk yang dilantik akan menyalurkan berita kpd. persatuan penduduk seksyen masing2.

jadi isu sampah nie kita tunggulah  tindakan seterusnya...harap akan selesai...insyaAllah...

kira dah patut abis la bau-an ni ye.... dah expired hari ni.... sepatutnya la....
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: norno74 on April 20, 2010, 04:13:23 PM
Betulla..kat Seksyen 3 lately nie...bau memang la amat amat amat meloyakan... BAU SAMPAH + BAU TAHI LEMBU @ KAMBING... skarang nie.. malam memang x bley langsung nak bukak pintu sliding..gerenti bau2an tu akan masuk...
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: acya on April 21, 2010, 11:06:24 AM
Betulla..kat Seksyen 3 lately nie...bau memang la amat amat amat meloyakan... BAU SAMPAH + BAU TAHI LEMBU @ KAMBING... skarang nie.. malam memang x bley langsung nak bukak pintu sliding..gerenti bau2an tu akan masuk...

bukan setakat BBM jer ada bau tu...TIP pun dapat bau yng sama...BAU SAMPAH + BAU TAHI LEMBU @ KAMBING...waktu pagi masa nak pergi kerja la bau dia cukup kuat....buat org pening & loya..... :-[ :-[
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: wanna be R3 owner on June 07, 2010, 08:35:22 AM
update 7 Jun 2010

Dalam minggu lepas termasuklah hari minggu baru ni bau yang biasa dihidu datang kembali, teruk juga bau tu di seksyen 6, terutama waktu malam. Dah tutup ke belum tempat pelupusan kat sg. kembong tu ha! :( Kalau boleh bior le masalah ni selesai terus.. kata hari tu bukak kejap aje.. tapi baunye sampai ke hari ni ade lagi.. Nak jemput org datang rumah pun malu dengan kawasan perumahan sendiri.. Kotor + semak + busuk..  >:(
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: zarin on June 07, 2010, 01:49:33 PM
Memang ada bau BAIK PUNYA ..  ;D
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: Suffian on June 07, 2010, 11:38:28 PM
Tadi waktu keluar solat maghrib, hamba perasan yang bau busuk tu telah menusuk-nusuk lobang hidung hamba. Sekarang, bau dah tak ada. Angin tolak gi tempat lain kot???? :o
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: wanna be R3 owner on June 18, 2010, 02:30:21 PM
bau busuk mengganas lagi sepanjang minggu ni... pergi kerja tingkap bilik terbuka.. bailk kerja kat luar mmg dah busuk.. masuk rumah... bau busuk jugak.. bau sampai masuk dalam rumah sbb tingkap terbuka... sbb apa ha? boleh tak siapa tahu puncanya tolong update... sg. kembong punya bau atau sebaliknya.. saya rasa sesuai sgt masuk rancangan aduan rakyat dah kita ni... Bau busuk + tahi lembu + kotor. tahi lemu pun igtkan dah tak de tapi 2 hari lepas depan kawasan kedai tu siap ada yang fresh lagi masa pergi kerja  >:(. Ada sesiapa ke hantar email ke Karam singh sekarang nih?
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: munira79 on July 18, 2010, 08:02:23 AM
2 hari lepas, mmg ada bau asap. masa tu waktu petang, dalam pukul 5 lebih gitu. tensen je sebab lps penat bekerja, bila sampai rumah ada bau-bauan yg 'menarik' pulak yg jemput kita masuk rumah  >:( >:(

saya rasa la kan, tmpt sampah kat sg kembung tu masih beroperasi la. sbbnya byk kali saya dah saya nmpk lori sampah keluar-masuk kat situ. saya mmg slalu lalu jln tu utk pegi-balik keje, tu yg nampak lori2 tu.... GRRRR!!!!!!
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: Norfeal1980 on July 19, 2010, 01:14:19 PM
2 hari lepas, mmg ada bau asap. masa tu waktu petang, dalam pukul 5 lebih gitu. tensen je sebab lps penat bekerja, bila sampai rumah ada bau-bauan yg 'menarik' pulak yg jemput kita masuk rumah  >:( >:(

saya rasa la kan, tmpt sampah kat sg kembung tu masih beroperasi la. sbbnya byk kali saya dah saya nmpk lori sampah keluar-masuk kat situ. saya mmg slalu lalu jln tu utk pegi-balik keje, tu yg nampak lori2 tu.... GRRRR!!!!!!

Sekarang nie, kontraktor2 sampah HARAM dah ade TONTO sendiri... Jd senang2 jer buang sesuka hati...  >:( >:( >:(

Lorong ambil tiket dan bayar tiket tol pun dah kotor dgn air dr sampah sarap yg dibawa lori sampah...  >:( >:( >:(
Macam2 Bau Ada...  :( :( :(
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: ZaBSP on July 19, 2010, 01:42:19 PM
Selama ni tak pernah jenguk pun thread ni, tapi bila bau menusuk hidung pagi Sabtu lalu masa tengah swimming kat Club House, saya jatuh simpati dengan masalah para penduduk BM. Pepagi sepatutnya waktu yg sesuai nak hirup udara nyaman lagi segar ... tapi jadi sebaliknya pula :-[
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: Wazzatldmuchampions on July 19, 2010, 04:49:35 PM
2 hari lepas, mmg ada bau asap. masa tu waktu petang, dalam pukul 5 lebih gitu. tensen je sebab lps penat bekerja, bila sampai rumah ada bau-bauan yg 'menarik' pulak yg jemput kita masuk rumah  >:( >:(

saya rasa la kan, tmpt sampah kat sg kembung tu masih beroperasi la. sbbnya byk kali saya dah saya nmpk lori sampah keluar-masuk kat situ. saya mmg slalu lalu jln tu utk pegi-balik keje, tu yg nampak lori2 tu.... GRRRR!!!!!!

confirm masih beroperasi sambil ditebing sungai sedang giat berjalan mengorek pasir...
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: wanna be R3 owner on July 19, 2010, 05:29:21 PM
Selama ni tak pernah jenguk pun thread ni, tapi bila bau menusuk hidung pagi Sabtu lalu masa tengah swimming kat Club House, saya jatuh simpati dengan masalah para penduduk BM. Pepagi sepatutnya waktu yg sesuai nak hirup udara nyaman lagi segar ... tapi jadi sebaliknya pula :-[

terime kasih byk2 sbb simpati... itu le nasib kami setakat ini.
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: zul on July 20, 2010, 02:21:23 PM
Tuesday, July 20, 2010
Perkongsian maklumat ...isu pencemaran udara di bdr bukit mahkota.
Assalamualaikum,

Dikongsikan e-mail daripada Prof Khairuddin berkaitan isu pencemaran bau di bukit mahkota utk makluman semua.Terima kasih diatas usaha yang dilakukan.

Salaam,

Baru sebentar tadi saya bercakap dgn En Zikri dari MPKj yg ditugaskan menyelia tapak lupus sampah di Sungai Kembong. Katanya tapak itu ditutup mulai hari ini (20hb Julai) dan mulai petang semalam lori2 sampah diarahkan ke Semenyih. Mereka kini sedang melakukan pembentengan laluan ke tapak tersebut agar tidak lagi digunakan, serta penimbusan sampah dgn tanah.

Diharapkan aniaya bau dari tapak tersebut reda dalam masa terdekat. (Jika ada lagi bau, besar kemungkinan kita perlu alihkan pula pandangan ke kilang kertas di Nilai3 sbg punca bau tersebut).

Semalam saya telah lalu di tepi dua kilang bateri yg berjiran dgn komuniti kita. Saya dapati keadaan bumbung kilang pertama (Wealthview) amat teruk dan lapisan bumbung yg pertama (pengudaraan) telah mereput lebih meluas berbanding 4 bulan lepas. Saya tiada kamera utk diambil gambar pada waktu itu.

Ini bermakna wap panas asid bateri (yg mengandungi hablur plumbum sulfat) masih terlepas dari penapis dalam kilang dan di keluarkan dari kilang melalui celah2 pengudaraan di bumbung kilang, lalu mereputkan bibir atap di lapisan bumbung sepanjang kilang. Seterusnya asid sulfat (yg mengandungi plumbum sulfat) ini juga dilepaskan ke udara dan dibawa angin ke komuniti kita (Lihat emel saya dulu yg tunjukkan topografi permukaan bumi dan aliran angin di Bukit Mahkota).

Selain dihujani dgn asid sulfat (pencemar alam sekitar) kita juga dihujani dgn racun plumbum (dari hablur plumbum sulfat). Kesan keracunan plumbum keatas kita, terutamanya kanak-kanak telah saya sampaikan dlm emel2 yg lepas.

Di kilang bateri kedua pula saya dapati sedang berlaku renovasi besar-besaran. Nampaknya kilang ini belum mula operasi lagi.

(1) Jika sekolah rendah dan menengah dibangunkan di komuniti kita dlm RMK10 ini tidakkah kilang-kilang tersebut boleh menjadi faktor berpengaruh ke atas pretasi kanak-kanak semasa di rumah dan di sekolah?
(2) Apakah yg boleh kita lakukan utk mengatasi aniaya besar pada komuniti kita ini?

Wasalam,

Khairuddin
(Profesor Madya dlm bidang Kajibaka dan Bioinformatik)
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: zul on July 20, 2010, 06:22:24 PM
 
Hadiah RM200 menanti anda....  Maklumat lanjut di sesawang berikut:
http://www.mpkj.gov.my/web/guest/sorotan/ganjaran (http://www.mpkj.gov.my/web/guest/sorotan/ganjaran)

SYARAT-SYARAT  PEMBERIAN  GANJARAN  KEPADA  PEMBERI  MAKLUMAT  AKTIVITI PEMBUANGAN SAMPAH HARAM (ILLEGAL DUMPING)
 
1.  Sampah  haram  yang  dimaksudkan  dalam  program  ini  adalah  sampah  yang dibuang  secara  haram  di  tempat  awam  yang  tidak  dibenarkan  sebagai  tempat pembuangan  sampah  dengan  jumlah  yang  banyak  dengan  atau  tanpa menggunakan kenderaan;
 
2.  Sekiranya  terdapat  kekeliruan  mengenai  tafsiran  sampah  haram  yang  layak dipertimbangkan  untuk  pembayaran  ganjaran  berkenaan,  maka  pihak  MPKj, melalui  Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Kesihatan berhak menentukan sama ada sesuatu aduan itu adalah munasabah atau tidak untuk diterima;
 
3.  Mana-mana  kakitangan  MPKj  yang  terlibat  secara  langsung  dengan  aktiviti penyeliaan  kutipan  sampah  dan  pembersihan  adalah  tidak  layak  diberi pertimbangan untuk penerimaan ganjaran berkenaan;
 
4.  Pengadu  hendaklah memberi maklumat melalui  borang  yang  telah  ditetapkan berserta bukti-bukti berkaitan sekiranya ada;
 
5.  Pengadu mestilah  bersedia  untuk  tampil  ke mahkamah  sebagai  saksi  sekiranya kes tidak diselesaikan secara kompaun;
 
6.  Aduan  diterima  berdasarkan  first  come  first  serve  dengan  mengambil  kira maklumat yang lengkap, tepat dan sahih;
 
7.  Setiap Notis Pemberitahuan Kesalahan yang dikeluarkan tidak boleh dikurangkan atau  dibatalkan  penawaran  kompaunnya  melainkan  dengan  arahan  Yang  Di
Pertua;
 
8.  Pihak Majlis menetapkan RM200.00 sebagai ganjaran pengadu atau informer  bagi setiap kes;
 
9.  Borang  boleh dimuat  turun melalui  laman  sesawang Majlis Perbandaran  Kajang dan  boleh  diambil  di  Jabatan  Perkhidmatan  Perbandaran  dan  Kesihatan, Majlis Perbandaran Kajang.
  :) :) :) :)
 
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: Jundullah_232 on July 21, 2010, 12:33:30 PM
Baru sebentar tadi saya bercakap dgn En Zikri dari MPKj yg ditugaskan menyelia tapak lupus sampah di Sungai Kembong. Katanya tapak itu ditutup mulai hari ini (20hb Julai) dan mulai petang semalam lori2 sampah diarahkan ke Semenyih. Mereka kini sedang melakukan pembentengan laluan ke tapak tersebut agar tidak lagi digunakan, serta penimbusan sampah dgn tanah.

Terima kasih atas makluman tuan, cuma nak tanya sikit klu boleh panjangkan ke Sdr Zikri.. bagi kami yg dah tau puncnya pembukaan semula Tapak Sg Kembong ini tertanya2

1) Adakah penutupan ini bersifat sementara atau kekal..
2) Pembukaan tapak baru di semeyih, sejauh mana ia terkawal sehingga ia tidak menggangu penduduk di kawasan lain..
3) Bagaimana status Mesin Pelupusan sampah yang dibeli oleh kerajaan terdahulu di Sepang yg mahal tu.. sudah dibaik pulih ke belum.. baru pakai lebih 2 tahun dah rosak..  :-\ (tempoh yg diberikan untuk baik pulih terdahulu dah tamat dan mintak extend tempoh, sampai bila)

Bukan apa Sdr Zul.. masyarakat sentiasa ingin tahu.. klu boleh biarlah disampaikan melalui chanel yg betul.. takut ade yg menokok tambah...  :(

Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: daddyvw on July 22, 2010, 01:30:10 PM
nampak dah kurang lori sampah masuk... walaupun ada lagi 2-3 lori... ::) ::) ::)
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: putramahkota_bangi on July 22, 2010, 01:34:23 PM
nampak dah kurang lori sampah masuk... walaupun ada lagi 2-3 lori... ::) ::) ::)

setakat 2-3 lori ok lagi.
..kwn takut kalau 2-3 bas yg masuk. tk jadi pergi KLCC.. Sg Kembong sudah !
 ;D
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: daddyvw on July 22, 2010, 01:54:19 PM
nampak dah kurang lori sampah masuk... walaupun ada lagi 2-3 lori... ::) ::) ::)

setakat 2-3 lori ok lagi.
..kwn takut kalau 2-3 bas yg masuk. tk jadi pergi KLCC.. Sg Kembong sudah !
 ;D

sg kembong dekat sangat... jalan on d way ke beranang nu... skarang ni pun dah cukup mengerikan kalau jalan malam malam tu... :-[ :-[ :-[
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: putramahkota_bangi on July 22, 2010, 02:16:49 PM
nampak dah kurang lori sampah masuk... walaupun ada lagi 2-3 lori... ::) ::) ::)

setakat 2-3 lori ok lagi.
..kwn takut kalau 2-3 bas yg masuk. tk jadi pergi KLCC.. Sg Kembong sudah !
 ;D

sg kembong dekat sangat... jalan on d way ke beranang nu... skarang ni pun dah cukup mengerikan kalau jalan malam malam tu... :-[ :-[ :-[

...kwn tk setuju jauh sngt tu DE. jenuh PIBG nk byr kos tu nnt.
Cadangan paling sesuai mmg Tapak Pelupusan Sampah Sg Kembung tu.
..adalah sbb2 strategiknya tu.

Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: namatakpenting on July 22, 2010, 03:00:09 PM
tak kerja PIBG nak biaya lori/bas tanpa sebarang tujuan. Apa nak bawak2 naik bas.... kalau cahaya tu, mana2 sahaja dia boleh pergi... tak yah nak naik pengangkutan berbayar atau awam.
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: daddyvw on July 22, 2010, 03:02:50 PM
tak kerja PIBG nak biaya lori/bas tanpa sebarang tujuan. Apa nak bawak2 naik bas.... kalau cahaya tu, mana2 sahaja dia boleh pergi... tak yah nak naik pengangkutan berbayar atau awam.

api kan? bukan cahaya... cahaya yang baik baik dok belah kanan... ;) ;) ;)
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: putramahkota_bangi on July 22, 2010, 03:07:32 PM

oo.. . cahaya je.  ::)  bukan bau la ek ..
mmg perasan dlm minggu2 lepas ada cahaya memancar ke langit .. ada 2 jalur cahaya dtg drp belah Sg Kembung tu.
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: daddyvw on July 22, 2010, 04:27:04 PM

oo.. . cahaya je.  ::)  bukan bau la ek ..
mmg perasan dlm minggu2 lepas ada cahaya memancar ke langit .. ada 2 jalur cahaya dtg drp belah Sg Kembung tu.

tu cahaya lampu suluh RELA 10 biji bateri dok buat rondaan ler... :P :P :P
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: MsSpectra on August 09, 2010, 01:31:25 PM
Lega dengar ttg penutupan landfill Sg Kembung. Dan sy rase xder laa bau busuk lg. Tp mlm td sekembalinyer dr BTR, turun jer dari kenderaan..idung di sjikan dgn bau yg amat busuk  :-[ :-[.. mgkin bukan bau PbSO4 spt yg prof khai sebutkan seblm ni. Apakah punca lain selain dari landfill kt blakang tu??  ::) ::)  x thn dah rase nyer bau udara yg tercemar mcm ni...  :P.. klu nak katekan bau tmpt kitar semula or kilang kertas kt AM Ind tu x mungkin la kot... ::) ::)
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: abukhairul on August 12, 2010, 02:00:27 PM
sib baik dah kurang... kalau x... pening kepala... kita duk sini bukan utk sehari dua...
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: Suffian on August 25, 2010, 09:16:35 AM
Semalam, dalam pukul 10.30pm kuat benar bau busuk. Kalau bau wangi, dah kembang kempis hidung dibuatnya.   :'(
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: akula on August 25, 2010, 09:56:39 AM
semalam 24/8 bau bukan mcm bau sampah... tapi bau asap kilang, mcm bau minyak tranformer electric
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: daddyvw on August 25, 2010, 10:44:45 AM
semalam 24/8 bau bukan mcm bau sampah... tapi bau asap kilang, mcm bau minyak tranformer electric

ntah.. ada yang cakap macam bau taik ayam semalam... ;D ;D ;D
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: Suffian on August 25, 2010, 11:15:58 AM
Bergantung kepada lokasi anda berada. Tapi angin yang bertiup, memang bawak bau busuk.
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: elmil on August 27, 2010, 04:37:50 PM
akum en sulaiman..sy ni penghuni br kat BBM seksyen 4 n memang tak tahan dgn bau busuk ni..sy br 7 bln duduk cni..mcm mn yg dah duduk sini 5, 6 thn ye..apa kata en sulaiman telefon TV3 (aduan rakyat)..confirm masalah boleh settle..tak pun call NT7 (titik sentuhan..terus bertindak..) itu je crnye kalau kita nak masalah ni selesai dgn cepat..nak tggu pihak yg bertanggungjwb..mmg berkurun lah nak tggu..En sulaiman cubalah..
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: Jundullah_232 on August 27, 2010, 05:19:17 PM
akum en sulaiman..sy ni penghuni br kat BBM seksyen 4 n memang tak tahan dgn bau busuk ni..sy br 7 bln duduk cni..mcm mn yg dah duduk sini 5, 6 thn ye..apa kata en sulaiman telefon TV3 (aduan rakyat)..confirm masalah boleh settle..tak pun call NT7 (titik sentuhan..terus bertindak..) itu je crnye kalau kita nak masalah ni selesai dgn cepat..nak tggu pihak yg bertanggungjwb..mmg berkurun lah nak tggu..En sulaiman cubalah..

Isu bau nie sebenarnya dah lama melanda Bukit Mahkota.. bukan tidak ada tindakan.. aduan semua telah dilakukan.. tindakan pun sudah diambil.. 5 tahun duduk di BM nak cerita memang panjang.. tapi percayalah bau2 yg dtg ni bukan hanya dtg dari sampah semata2.. ade pernah kita hadapi bau yg datang dari kilang2 di nilai.. baru2 ni MPKJ dah tutup tapak pelupusan sampah di sg Kembong.. than skrg dlm proses utk baik pulih.. kemungkinan bau yg kuat ini dtg dari sebelah kaw perindustrian Nilai.. perlu buat siasatan selepas ini...
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: daddyvw on August 28, 2010, 11:40:56 AM
selain dari tempat sampah sg kembong dan kawasan perindustrian nilai... cecair lecek yang dikeluarkan dari lori sampah yang datang kutip sampah dari rumah ke rumah juga menyumbang kepada peningkatan kepekatan bau busuk di bukit mahkota... :P :P :P
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: Solid on August 28, 2010, 04:19:34 PM
Laporan Saya
----------------
Semalam sekitar pukul 7:30pagi saya yg menunggang motosikal, dlm perjalanan dari Pasar Borong Nilai 3 utk pulang ke rumah di Bukit Mahkota, apabila terbau aroma terbusuk yg amat meloyakan di persimpangan Jln Mutiara dan Jln Pesiaran Mahkota 2.

Saya ekori bau tersebut dgn berpandukan deria hidung saya sehingga di persimpangan Jln BM 5/19 - Jln BM 5/12. Saya dapati bau tersebut berkurangan.   ???  Di persimpangan Jln BM 5/12 - Jln BM 5/15, bau tersebut hilang sama sekali!!   ??? ??? ???  Cerapan saya di sepanjang Jln BM 5/12 ialah bau itu tidak dapat di kesan walaupun ada angin yg dtg dari tapak pelupusan sampah Sungai Kembong.  ??? ???

Saya kemudian berpatah balik ke Jln Pesiaran Mahkota 2 dan mendapati bau tengik itu boleh dikesan sehingga di roundabout Jln Mahkota 7.

Adakah ini bermakna bau tersebut berasal dari kawasan perkilangan Arab-Malaysia Nilai?

Sekian laporan saya utk tindakan pihak yg berkenaan...   ;D
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: zul on August 30, 2010, 08:57:28 AM

mungkin bau tersebut datang dari kaw perkilangan Arab-malaysia nilai..perkara ini juga telah dilaporkan ke pihak JAS
dikongsikan e-mail berikut:

BAU TOKSID KEMBALI LAGI!!!!!!!!
            
Inbox
      X   
            
Reply
 
|
Col (Ret) Alwi Abd Wahab   
Salaam Puan Nadia, Bau toksid yang puan katakan telah disita tempatnya berbau...
   
Aug 23 (7 days ago)
Col (Ret) Alwi Abd WahabLoading...   
Aug 23 (7 days ago)
Col (Ret) Alwi Abd Wahab
 to JAS, JAS, me, Maj, Mamat
   
show details Aug 23 (7 days ago)
   
Salaam Puan Nadia,

Bau toksid yang puan katakan telah disita tempatnya berbau kembali dan keadaan tempat tersebut nampak macam banyak pencemaran terutama diwaktu pagi.  Baunya pun hanya datang pada waktu malam dan pagi.

Saya sebagai AJK Persatuan Penduduk di BBM5 memohon agar perkara ini diambil tindakan segera.  Kesannya sangat kuat yang menyebabkan kepala pening dan mual terutama di bulan puasa ni.

Kami pun hairan kenapa manusia tersebut tersangat berani dan degil tidak mematuhi arahan dari pihak berkuasa. Mungkin mereka nak rasa tindakan dari penduduk pula kot?

Kami berharap perkara ini tidak akan berulang lagi.

SALAAM

MOHAMAD ALWI ABD WAHAB
Col RMAF (Retired)
I
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: wanna be R3 owner on August 30, 2010, 02:06:19 PM
Saya kat seksyen 6 pun menderita jugak, bau mcm taik ayam, satu hari tu paling kuat sampai kat kedai mamak haji tapah kat BSP pun berbau.
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: Suffian on January 09, 2011, 09:17:52 AM
7 & 8 Januari 2011 bau busuk sangat kuat di Seksyen 4 BBM. Nak solat pun tak selesa. Pukul 5.45 pm, 8/1/2011 saya nampak lori penuh berisi sampah masuk ke Simpang menuju ke tapak pelupusan sampah Sg Keembong yang sudah ditutup.  >:(
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: Jundullah_232 on January 12, 2011, 11:34:09 AM
Boleh laporkan perkara ni pada MPKJ..  :-[ nanti saya cuba tanyakan hal ini pada ahli majlis
sepatutnye tidak ade lori lagi masuk sebab tanah tu sudah diserahkan pada worlwide utk proses baik pulih...
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: MsSpectra on January 12, 2011, 12:00:44 PM
hairan laa..bau busuk nih dari mane punca sebenarnyer yer..setiap mlm di sek 4 bau busuk mcm bau smpah sentiasa semerbak aromanyer... :P :P Last week ari selasa, sy dari nilai 3 nak ke bsp, ikut jln blakang sek 6...terus ke sek 7....bau tersebut mengekori. Sy rase punca  nyer bkn dr tapak smpah sg kembong ... tp somewhere di nilai 3 or kilang bersebelahn... ::) ::)
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: Wazzatldmuchampions on January 12, 2011, 12:03:44 PM
Boleh laporkan perkara ni pada MPKJ..  :-[ nanti saya cuba tanyakan hal ini pada ahli majlis
sepatutnye tidak ade lori lagi masuk sebab tanah tu sudah diserahkan pada worlwide utk proses baik pulih...

adalah proses yg tak telus tu
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: mImOsaPudiCa on January 12, 2011, 12:58:37 PM
kt TIP pn biasa bau busuk.... malam bwk ke pagi.... semerbak klu bka pintu mlm2 or awl pg  >:(
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: CaptRahman on January 12, 2011, 03:02:13 PM
kt TIP pn biasa bau busuk.... malam bwk ke pagi.... semerbak klu bka pintu mlm2 or awl pg  >:(
Buah mulut tangan dari kandang kambing kat tepi sungai tu ke?
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: mImOsaPudiCa on January 12, 2011, 04:17:41 PM
kt TIP pn biasa bau busuk.... malam bwk ke pagi.... semerbak klu bka pintu mlm2 or awl pg  >:(
Buah mulut tangan dari kandang kambing kat tepi sungai tu ke?

harumnya sbijik cm dr sna.... ade sesapa brani bakar kandang tu?  ;D
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: CaptRahman on January 12, 2011, 07:28:52 PM
kt TIP pn biasa bau busuk.... malam bwk ke pagi.... semerbak klu bka pintu mlm2 or awl pg  >:(
Buah mulut tangan dari kandang kambing kat tepi sungai tu ke?

harumnya sbijik cm dr sna.... ade sesapa brani bakar kandang tu?  ;D
Kandang dulu ke rumah dulu..? ;D
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: mImOsaPudiCa on January 13, 2011, 09:09:29 AM
kt TIP pn biasa bau busuk.... malam bwk ke pagi.... semerbak klu bka pintu mlm2 or awl pg  >:(
Buah mulut tangan dari kandang kambing kat tepi sungai tu ke?

harumnya sbijik cm dr sna.... ade sesapa brani bakar kandang tu?  ;D
Kandang dulu ke rumah dulu..? ;D

amboi capt.....  :D :D :D
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: Solid on January 13, 2011, 12:32:22 PM
Laporkan kat MPN, bukan MPKj...

Belakang seksyen 7 di Arab-Malaysia Industrial park ada kilang menerima, mengasing dan membersihkan botol2 plastik. Banyak lori sampah dan lori trailer besar yg keluar masuk kilang ini. Kalau tengok ke dalam pon boleh lihat botol2 plastik yg bersepah dan yg sudah dimampat. Besar kemungkinan kilang ini berkaitan kilang Future Plastic yg berdekatan kilang kacang di tempat yg sama, kerana pernah lihat dan ekori sebuah lori penuh botol2 mampat bergerak dari kilang ini menuju ke kilang Future Plastic.

Punca busok ni dari kilang tu la...

hairan laa..bau busuk nih dari mane punca sebenarnyer yer..setiap mlm di sek 4 bau busuk mcm bau smpah sentiasa semerbak aromanyer... :P :P Last week ari selasa, sy dari nilai 3 nak ke bsp, ikut jln blakang sek 6...terus ke sek 7....bau tersebut mengekori. Sy rase punca  nyer bkn dr tapak smpah sg kembong ... tp somewhere di nilai 3 or kilang bersebelahn... ::) ::)
Title: Re: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota. Sila UPDATE !
Post by: Jundullah_232 on January 13, 2011, 06:15:33 PM
Persatuan Penduduk Seksyen 5 sudah buat tindakan.. InsyaAllah kita akan tahu apa hasilnye..
Title: Pemantauan Bau BUSUK di Bukit Mahkota Sila UPDATE
Post by: Mikevljq on October 13, 2017, 04:31:03 PM
guna deodoran HPA bau harum lembut .....kena jagalah itu kan maruah kita juga...kalau kentut busuk kita fahamlah...tp kalau ketiak busuk itu tanda x jaga kebersihan badan sendiri.