Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Isu Umum Putra Mahkota => Pertubuhan, Persatuan & Kelab => RELA Platun Putra Mahkota => Topic started by: shokree on 24 Jan, 11:52:08 PM

Title: LATIHAN/UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK RELA DAERAH HULU LANGAT TAHUN 2009 (UKMR)
Post by: shokree on 24 Jan, 11:52:08 PM
Pada 25-27 Disember 2009 lepas, 4 anggota RELA Platun 0023 telah dipilih menyertai UKMR Daerah Hulu Langat di Pusat Latihan RELA Wilayah Selatan,Kem Sg.Udang, Melaka. Mereka adalah Kpl Ismail Kasim, Kpl Azaidi Ishak, L/Kpl Musa Yaacob dan L/Kpl Zairullzarizi Zaihid. Di program UKMR ini, Ketua Platun 0023 Lt.(RELA) Shokree telah dilantik sebagai Jawatankuasa UKMR i.e Pegawai Keselamatan dan Bantuan Kecemasan dibantu oleh Kpl Zaprunnizam sebagai Penolong Pegawai Keselamatan/Kecemasan. Antara praktis dijalankan adalah tembakan masa sendiri (100 m) rifle M16 dan pumpgun( jarak 25 ela).Tembakan pistol semi-auto jenis glock diberi peluang kepada semua KPRM dan Jawatankuasa UKMR sahaja. Dilampiran gambar-gambar untuk makluman.
Title: Re: LATIHAN/UJIAN KEMAHIRAN MENEMBAK RELA DAERAH HULU LANGAT TAHUN 2009 (UKMR)
Post by: Mohd.Farid on 12 Dec, 10:20:30 PM
salam en shokree, saya dah daftar jadi ahli rela . tapi tempat yang saya daftar ni tak aktif. jadi boleh ker kalau saya join dengan rela putra mahkota ni? bagaimana caranya? Terima kasih