Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Isu Umum Putra Mahkota => Pendidikan => Topic started by: CaptRahman on April 27, 2010, 12:29:52 PM

Title: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: CaptRahman on April 27, 2010, 12:29:52 PM
Persatuan Induk Bandar Seri Putra akan membuat kempen mengumpulkan tanda tangan penduduk untuk dihantar kepada pihak yang berkenaan untuk pembinaan satu lagi sekolah Rendah Kebangsaan di kawasan kita. Ini adalah kerana tahap kesesakan melampau yang di alami sekarang di SRK BSP ini. Mengikut maklumat dari pemaju (BHDSB), satu lagi tapak telah tersedia di kawasan BSP ini untuk di dirikan sekolah jika di luluskan.
Apa pendapat penduduk lain di BSP/BBM dan TIP? Di manakah lokasi yang sesuai untuk di dirikan satu lagi sekolah rendah jika di luluskan. patutkah sekolah tersebut di dirikan di BBM?
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: mossgenio on April 27, 2010, 12:32:46 PM
Kalau BBM buat pungutan tanda tangan jugak, rasanya akan buat kat sana. Elok jugak. Tapi kalau takde, kita buat di BSP pun takpe. Lepas ni rumah teres kat BSP akan start harga RM500k la....  ;D
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: aseela on April 27, 2010, 12:34:28 PM
bukan ke tapak sekolah rendah bersebelahan dengan tapak sek menengah yang terbengkalai tu?sesuai gak buat kat situ...
kat BBM bole buat sekolah menengah cukup...
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: iza on April 27, 2010, 01:08:19 PM
kalau nak buat SKRendah (baru) sebelah SMenengah tu, sy kurang setuju.
kat SKBSP skg pun dah ada kes buli n peras ugut.. inikan pulak kalau duk sebelah Sek Menengah.
takut lg byk kes mcm nie yg berlaku...
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: M A T R I X on April 27, 2010, 01:48:53 PM
harap bukan sebelah sekolah menengah.... dgr citer ada kes buli budak darjah 5 (sessi pagi) terhadap darjah 1 (sessi ptg) ??? ???

Mungkin blh buat di BBM atau di  sebelah Anjung Suasana siri 2 tu... atau pun depan Petronas/Klinik Kesihatan tu.... ;D ;D
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: aseela on April 27, 2010, 02:04:33 PM
kalau ada dua sek rendah...boleh la di pecah kan kepada lower and upper...
tak jadi masalah nak buat di mana pon. srk BSP sekarang sesuai untuk kelas lower (darjah 1-3)...dan cdgn srk Putra mahkota..untuk kelas upper (darjah 4-6)...

kesian kat anak2 yang kena buli tu. apa tindakan sekolah ye?

Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: WIN on April 27, 2010, 03:03:20 PM
Saya sokong 100% sebuah lg sek ren di bina, tp..
1. Lokasi di BBM lebih sesuai memandangkan di kaw tst takde sek lg.
2. Kasihan kat penduduk2 BBM yg terpaksa hantar anak ke BSP. Kasihan jg kat murid2 dr BBM yg terpaksa ber'lama2' dlm van, berbanding murid dr BSP.
3. BBM pun ada baaanyak tanah kosong lg.
4. Rasanya BSP ni padat sudah.Kl ditambah lg 2 sek (sek men n sek ren kedua), saya jangkakan pagi2 lg jln akan jd sesak. (Lebih teruk jika semua sek yg ada nanti punya 2 sesi persekolahan).
Tentang sesi persekolahan, saya cadang kedua2 sek rendah buat tahun 1-6 masing2. So, tak perlulah parents yg mempunyai ramai anak terpaksa kedua-dua sek untuk menghantar/jemput anak. 
Itulah pandangan saya. :)
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: WIN on April 27, 2010, 03:19:41 PM
kalau nak buat SKRendah (baru) sebelah SMenengah tu, sy kurang setuju.
kat SKBSP skg pun dah ada kes buli n peras ugut.. inikan pulak kalau duk sebelah Sek Menengah.
takut lg byk kes mcm nie yg berlaku...
Setuju.Saya x setuju langsung kl sek men n rendah bersebelahan.. Risiko (masalah disiplin)tinggi.Dlm keadaan skrg ni( guru x de kuasa merotan), masalah disiplin memang x dpt dijangkakan. ;) 
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: Hairul_Senibina on April 27, 2010, 03:44:24 PM
Saya sokong 100% sebuah lg sek ren di bina, tp..
1. Lokasi di BBM lebih sesuai memandangkan di kaw tst takde sek lg.
2. Kasihan kat penduduk2 BBM yg terpaksa hantar anak ke BSP. Kasihan jg kat murid2 dr BBM yg terpaksa ber'lama2' dlm van, berbanding murid dr BSP.
3. BBM pun ada baaanyak tanah kosong lg.
4. Rasanya BSP ni padat sudah.Kl ditambah lg 2 sek (sek men n sek ren kedua), saya jangkakan pagi2 lg jln akan jd sesak. (Lebih teruk jika semua sek yg ada nanti punya 2 sesi persekolahan).
Tentang sesi persekolahan, saya cadang kedua2 sek rendah buat tahun 1-6 masing2. So, tak perlulah parents yg mempunyai ramai anak terpaksa kedua-dua sek untuk menghantar/jemput anak. 
Itulah pandangan saya. :)

BBM mana ada tanah kosong dah, WIN. Tanah yg ada tu Araprop dah reserve khas utk buat kilang bateri, utk buat padang ragut, utk buat tempat persembunyian perompak/pecah rumah & utk dijadikan tempat buangan sampah.  :D

PS: Persatuan induk penduduk BSP tolonglah mintakkan sekolah rendah utk BBM. Kami di BBM sangat sibuk & takde masa nak jumpa pihak2 berwajib & pihak Araprop terutamanya. Tolong lah ye. Kalau nak kumpul tandatangan, saya boleh turunkan 10 atau 20 tandatangan utk bagi nampak banyak.  :D
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: CaptRahman on April 27, 2010, 03:46:01 PM
harap bukan sebelah sekolah menengah.... dgr citer ada kes buli budak darjah 5 (sessi pagi) terhadap darjah 1 (sessi ptg) ??? ???

Mungkin blh buat di BBM atau di  sebelah Anjung Suasana siri 2 tu... atau pun depan Petronas/Klinik Kesihatan tu.... ;D ;D
Kalau tak silap, tapak yang di peruntukan adalah tapak yang pada mulanya dirancang untuk pembinaan rumah kelab. Kalau tak silap berdekatan dengan Anjung Suasanan atau banglo lot.
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: aseela on April 27, 2010, 03:49:25 PM
rumah kelab akan di batalkan langsung atau di cadangkan di tempat lain?
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: CaptRahman on April 27, 2010, 03:52:00 PM
rumah kelab akan di batalkan langsung atau di cadangkan di tempat lain?
Tak dapat nak di pastikan..Tak selidik lagi..
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: zul on April 27, 2010, 04:00:29 PM
apa kata kalau kita dapatkan statistik pelajar di SK BSP & juga tadika-tadika mengikut pecahan taman perumahan BSP,BBM & TIP bermula tahun 2010~2012?.
Setakat ini pelajar di SKBSP berjumlah 2038 (sesi 2010)
Pelajar tahun 1 (sesi 2011) :570
Pelajar tahun 1 (sesi 2012) : +-300

sekadar cadangan... 8)
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: akula on April 27, 2010, 04:07:44 PM

PS: Persatuan induk penduduk BSP tolonglah mintakkan sekolah rendah utk BBM. Kami di BBM sangat sibuk & takde masa nak jumpa pihak2 berwajib & pihak Araprop terutamanya. Tolong lah ye. Kalau nak kumpul tandatangan, saya boleh turunkan 10 atau 20 tandatangan utk bagi nampak banyak.  :D

 :o :o mcm marah kat persatuan penduduk bbm aje

persatuan penduduk MAHKOTA6 dah pernah buat surat mintak sekolah... cuma tak pasti statusnya
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: Hairul_Senibina on April 27, 2010, 04:11:58 PM

 :o :o mcm marah kat persatuan penduduk bbm aje

persatuan penduduk MAHKOTA6 dah pernah buat surat mintak sekolah... cuma tak pasti statusnya

ish... Tak marah la, tuan. Siapa la kita utk marah2 kat org lain. Saje je, nak kasi isu sekolah rendah di BBM ni menjadi bualan semula. Dah lama menyepi isu sekolah BBM ni. Maaf sangat2 kalau ada yg terasa. Sorry, tuan.  :)
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: putramahkota_bangi on April 27, 2010, 05:20:48 PM
:o :o mcm marah kat persatuan penduduk bbm aje
persatuan penduduk MAHKOTA6 dah pernah buat surat mintak sekolah... cuma tak pasti statusnya
ish... Tak marah la, tuan. Siapa la kita utk marah2 kat org lain. Saje je, nak kasi isu sekolah rendah di BBM ni menjadi bualan semula. Dah lama menyepi isu sekolah BBM ni. Maaf sangat2 kalau ada yg terasa. Sorry, tuan.  :)

TAK PAYAH LA NK PERLI2 ORG BKT MAHKOTA. .
ISU BBM DAN BSP INI DAH LAMA BERBANGKIT. . . 
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: Hairul_Senibina on April 27, 2010, 05:40:39 PM

ish... Tak marah la, tuan. Siapa la kita utk marah2 kat org lain. Saje je, nak kasi isu sekolah rendah di BBM ni menjadi bualan semula. Dah lama menyepi isu sekolah BBM ni. Maaf sangat2 kalau ada yg terasa. Sorry, tuan.  :)

TAK PAYAH LA NK PERLI2 ORG BKT MAHKOTA. .
ISU BBM DAN BSP INI DAH LAMA BERBANGKIT. . .  

BETUL JUGA KATA SAUDARA putramahkota_bangi, TU. PERLI PUN TAK GUNA. TAKDE HASIL. BUAT PENAT JE. HEHEHEHE.

Btw, siapa perli siapa? Araprop yg kena perli kat sini. Saudara PMB ni kerja dengan Araprop ke? :D

Kami warga BBM pasrah saje la. Kalau ada sekolah di BBM, kami bersyukur Alhamdulillah. Kalau tak ada jugak, kami menumpang la terus di sekolah BSP. 6 tahun je, bukannya lama.  :D
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: Giemns on April 27, 2010, 07:29:00 PM
Usaha untuk mendapatkan sek rendah yang sedia ada ni amat berliku, terima kasih juga kpd penduduk BBM yang telah sudi memberi bantuan sewaktu bancian yang diadakan. Komitmen dari banyak pihak amat perlu terutama pihak pemaju yang mempunyai pelbagai saluran politik. Dari itu jika pihak Arprop menerajui kempen sek ren ke2 hasilnya mungkin menjadi realiti.
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: Hairul_Senibina on April 28, 2010, 10:06:40 AM
Komitmen dari banyak pihak amat perlu terutama pihak pemaju yang mempunyai pelbagai saluran politik. Dari itu jika pihak Arprop menerajui kempen sek ren ke2 hasilnya mungkin menjadi realiti.

100% setuju. Terima kasih kpd saudara Giemns yg memahami nasib kami di BBM yg terpaksa banyak bergantung kpd Araprop.  :)
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: zul on April 28, 2010, 12:33:39 PM
nak minta araprop bantu...jawapannya sepertimana lampiran.

tapak sekolah di BBM dah pun diserahkan kepada MPKj utk tindakan selanjutnya,...seterusnya semasa perjumpaan wakil PPS5BBM, hj alwi dengan YDP MPKj, Dato Hassan Nawawi, perkara ini dimajukan kepada pengetahuan beliau,..katanya akan diambil maklum,..lepas tu,saya ada bertanyakan pegawai Mpkj berkaitan isu sekolah di BBM..kata pegawai tersebut, bergantung pula kepada pihak Kementerian Pelajaran bagi mengadakan peruntukan untuk pembinaan sekolah di BBM. ..kalau sempat boleh dimasukkan kedalam RMK-10.
Usaha kearah itu perlu dilakukakan dengan kadar segera sepertimana yang diusahakan oleh BSP sehinggakan SKBSP menjadi realiti...mungkin boleh dikongsikan pengalaman tersebut dengan kami di BBM. Dikhabarkan ada ditubuhkan jawatankuasa mendesak pembinaan sekolah SKBSP...

apa yang penting...Kerjasama!!!
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: akula on April 28, 2010, 03:20:40 PM
time kasih en zul... harap teruskan usaha dan berjuang utk memohon pembinaan sekolah dan lain2 facilities di BBM

Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: jabbar4aiman on April 28, 2010, 04:37:33 PM
Saya lebih setuju jika pembinaan sekolah rendah dibuat di Bandar Bukit Mahkota. Ini kerana kelebihan prasarana akan dinikmati secara sama rata, BSP 1 SK, BBM 1 SK. Saya rasa jika BSP Induk nak menjalankan kempen untuk mendapatkan sekolah rendah kedua adalah kurang wajar sebab urusan SMK Seri Putra pun tak selesai lagi. Biarlah tumpuan, usaha dan komitmen ditujukan kepada SMK dulu sehinggalah dapat dibuka dan digunakan pada tahun hadapan.

My 2-cents  :-\
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: CaptRahman on April 28, 2010, 05:17:03 PM
Saya lebih setuju jika pembinaan sekolah rendah dibuat di Bandar Bukit Mahkota. Ini kerana kelebihan prasarana akan dinikmati secara sama rata, BSP 1 SK, BBM 1 SK. Saya rasa jika BSP Induk nak menjalankan kempen untuk mendapatkan sekolah rendah kedua adalah kurang wajar sebab urusan SMK Seri Putra pun tak selesai lagi. Biarlah tumpuan, usaha dan komitmen ditujukan kepada SMK dulu sehinggalah dapat dibuka dan digunakan pada tahun hadapan.

My 2-cents  :-\
Bukan kah urusan SMK dah selesai?? Sekurang kurangnya di peringkat penduduk kerana menteri yang berkenaan telah turun padang memberi penjelasan dan tindakan susulan. Kalau nak tunggu segala nya siap, sampai bila?? Lebih baik petisyen pembinaan sekolah rendah kedua dimulakan dari sekarang sebelum RMK10 habis budgetnya.
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: zul on April 28, 2010, 05:22:14 PM
saya juga sokong 100% ...

Sebagai pemulaan kepada gerak kerja tersebut,...kerjasama semua amatlah diharapkan.
Kepada guru di SKBSP, SKBangi & SK Taman Semarak. boleh ker dapatkan maklumat berikut bagi melengkapkan statistik berikut:

Statistik bilangan pelajar mengikut tahun       
          2009    2010*   2011*   2012*
Tahun 1            
Tahun 2               
Tahun 3               
Tahun 4               
Tahun 5               
Tahun 6               
Jumlah                      2038         
* Unjuran

Statistik bilangan kelas mengikut tahun      
      2009    2010*   2011*   2012*
Tahun 1               
Tahun 2               
Tahun 3               
Tahun 4               
Tahun 5               
Tahun 6               
Jumlah                
* Unjuran

Statistik purata pelajar per kelas mengikut tahun      
      2009    2010*   2011*   2012*
Tahun 1               
Tahun 2               
Tahun 3               
Tahun 4               
Tahun 5               
Tahun 6               
Jumlah                
* Unjuran

terima kasih...
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: mossgenio on April 28, 2010, 05:56:21 PM
Boleh contact guru besar sekolah terlibat rasanya. Sapa yg organise ni?
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: akula on April 29, 2010, 10:48:34 AM
bile le agaknya ajk yg mintak sekolah kat kawasan kita nak tersenyum mcm nie
(http://)

SRJK (C) Rasa Board of Governors chairman Ng Teck Kim wearing a big smile on his face while he shows off a RM3mil cheque the school received from the Prime Minister in Putrajaya yesterday. The cheque is for the construction of a new building for SRJK (C) Rasa. a pledge which Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak made during the recent by-election
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: CaptRahman on April 29, 2010, 11:56:32 AM
bile le agaknya ajk yg mintak sekolah kat kawasan kita nak tersenyum mcm nie
(http://)
Tunggulah pilihan raya yang akan datang..Tak kira lah pilihan raya umum atau buy-election.
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: mossgenio on April 29, 2010, 11:59:15 AM
Yg kat subang tu takyah tunggu pilihanraya pun. Dapat gak sekolah baru. Yg penting kena mintak. Kalau tak mintak.... takde la.
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: aleya06 on April 29, 2010, 01:04:42 PM
Off-topic: Senyum saya baca statement Kapten ni  ;D.

Tunggulah pilihan raya yang akan datang..Tak kira lah pilihan raya umum atau buy-election.
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: akula on April 29, 2010, 01:20:03 PM
buy-election
tp majoriti pengundi cina di hulu selangor bukan sokong bn pun... perabih duit aje
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: namatakpenting on April 29, 2010, 01:43:55 PM
saya sokong dari belakang
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: abikhsan on September 27, 2010, 12:16:22 PM
Tunggulah kot-kot ada YB yang meninggal masa terdekat ni... maka dapatlah kelulusan ekspress untuk buat sekolah baru kat BBM atau BSP... ;D
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: Scale Ruler on September 27, 2010, 12:32:08 PM
Tunggulah kot-kot ada YB yang meninggal masa terdekat ni... maka dapatlah kelulusan ekspress untuk buat sekolah baru kat BBM atau BSP... ;D

Huiyo...brutal punya statement tu..muahaa.. ;D ;D Macam dah biaser jer
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: jabbar4aiman on September 27, 2010, 05:13:43 PM
Signbod "RIZAB SEKOLAH RENDAH"  :) dah naik dekat seberang bukit D'Sentral / sebelah Anjung Suasana. Ada perkembangan terkini ke?.. Anyone got news..?  ???

Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: mossgenio on September 27, 2010, 05:56:13 PM
Baru nak bincang nak mintak sekolah pun dah banyak politiknya. Tu belum lagi betul betul mintak. Patut la lambat....
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: namatakpenting on September 28, 2010, 01:09:24 PM
Kemungkinan tak naik dalam masa terdekat kerana SK Bukit Mahkota akan mula dibina.

Signbod "RIZAB SEKOLAH RENDAH"  :) dah naik dekat seberang bukit D'Sentral / sebelah Anjung Suasana. Ada perkembangan terkini ke?.. Anyone got news..?  ???

Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: WIN on September 28, 2010, 05:36:19 PM
Eloklah tu. Saya setuju. Biarlah 1 perumahan, 1 sekren. Kl skbsp yg ada ni x mampu tampung anak2 bsp barulah bina skbsp2. Saya tetap berdoa agar skbm akan d dirikan dahulu sblm skbsp2 d bina.
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: mossgenio on September 28, 2010, 05:40:39 PM
Selepas SKBBM siap pun SKBSP masih kena tanggung 2 kawasan jadi elok kita mulakan sekarang. Jom...SKBSP2
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: terra2400 on September 29, 2010, 08:05:44 AM
SKBSP cukup kalau untuk BSP saja.......sekarang ini sesak kerana menampung murid dari Bukit Mahkota, Impian putra dan kawasan yang sama waktu dengannya......saya rasa kita patut bantu Bukit Mahkota dapatkan sekolah rendah dan sekolah menengahnya dulu, kemudian baru fikir pasal SKBSP2. Walaupun begitu...teruskan usah murni tuan/puan....
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: akula on September 29, 2010, 08:58:23 AM
yealah.. klu banyak sekolah buat di seri putra aje nanti sesak le jalan...lebih lebih lagi waktu pergi dan balik sekolah... makin jam le traffic light kat depan tu... elok buat di taman masing2 dulu... murid2 pun senang tak kena bersiap awal ke sekolah kalau sekolah dekat dengan rumah... lagi pun dah ada rezab tanah sekolah ditaman masing2....
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: Wazzatldmuchampions on September 29, 2010, 09:47:44 AM
org BBM tak yah sibuk kalau BSP nak buat 10 lagi sekolah pun kat sana.....yg penting Org BBM ke bantu usaha untuk dirikan sekolah di BBM dulu agar benar-benar terlaksana........takut nanti jadi cam skrg...sekolah penuh anak -anak kita kena lempar tak kat mana-mana...
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: namatakpenting on September 29, 2010, 01:57:15 PM
Perkara ini tak patut disalahkan atau dibebankan ke pundak penduduk BSP sebab kami di BSP memang tiada kuasa berkenaan penempatan anak-anak sekolah. Dan anak-anak org BSP tak ada masalah utk bersekolah bersama dengan anak-anak BM dan TIP.

Yg sebenar perlu dipersalahkan adalah pegawai di PPD yg tidak cuba mengkaji dan memahami sejarah kewujudan sekolah di BSP. Sertaa mereka perlu dipersalahkan kerana tidak membuat perancangan yang sewajarnya dalam mengenalpasti sekolah yg perlu dibangunkan segera. Apa sebenar kerja mereka? Adakah mereka betul-betul sibuk? Itu kita sendiri tak dapat pastikan. Dan cara pengurusan mereka juga kita pertikaikan. Seandainya mereka boleh berfikir dengan lebih baik, buat perancangan dan menguruskan sekolah sekitar Putra-mahkota dengan baik... perkara ini boleh dielakkan.

org BBM tak yah sibuk kalau BSP nak buat 10 lagi sekolah pun kat sana.....yg penting Org BBM ke bantu usaha untuk dirikan sekolah di BBM dulu agar benar-benar terlaksana........takut nanti jadi cam skrg...sekolah penuh anak -anak kita kena lempar tak kat mana-mana...
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: Wazzatldmuchampions on September 29, 2010, 02:55:00 PM

kawan rasa masalah sebegini boleh diselesaikan dengan campurtangan oleh PIBG dan pihak pengurusan sekolah...kawan rasa 2 badan ini boleh memberi cadangan penempatan murid serta memperjelaskan butir terperinci akan permasalahan yang sedang berlaku...ini semua perlu usaha yang serius ..kalau ibu bapa sendiri pergi ke PPD memang payah....pegawai yg patut melaksanakan tanggunjawab terhadap masalah ini selalu saja menghilangkan diri....telefon?...hentikanlah.....
Itu sebab dari sekarang kawan menyeru agar semua warga BBM mendesak agar SRKBM perlu segera dibangunkan....jika SRK terdapat di BSP,BBM,TIP...masalah seperti ini tidak akan berlaku......

Alasan mudah bagi pada ibu bapa ...kenapa anak kawan kena hantar sekolah Bangi lama?....sekolah dah penuh!! ...
sampai bila kita nak jadik tukang angguk sahaja??..   :)
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: zul on September 29, 2010, 05:11:43 PM
saya berharap bajet 2011 yang bakal dibentangkan nanti akan mengambil kira keutamaan projek sekolah di bdr bukit mahkota yang dikhabarkan dah pun masuk didalam plan rancangan RMK10..sama-sama kita berdoa setelah usaha dilakukan oleh mereka yang prihatin akan kepentingan sekolah di bdr bukit mahkota..terima kasih kepada mereka yang berusaha bagi memasukkan SKBBM kedalam RMK10... :)

dikongsikan artikel BH...

ID Pengguna      Katalaluan            | Lupa katalaluan?   | Langganan   epay   Testimonial
ENGLISH
MALAY
TAMIL
HOT TOPICS

coming soon
IKLAN
|
KENALI KAMI
|
SERTAI KAMI
|
HUBUNGI KAMI
|
FAQ
|
RSS
|
SCHOOL
SITE
VIDEO
CARI
Utama Berita Kolum Surat Video Voize Mobilekini Buku SMS Arkib Hartanah PROMOTION Pekerjaan Pelancongan Juadah
PM: Bajet 2011 tetapkan rentak transformasi ekonomi
Jul 6, 10 11:47am    
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Bajet 2011, yang akan dibentangkan pada 15 Oktober, menetapkan rentak transformasi ekonomi ke arah ekonomi maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Ini akan dicapai melalui empat tonggak agenda transformasi negara, iaitu Konsep 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan, Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10), katanya semasa berucap di Perundingan Bajet 2011 di Putrajaya.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata bajet kali ini akan mengaktifkan Lima Teras Strategik yang digariskan di dalam RMK10.

"Ini melibatkan mentransformasikan Malaysia menggunakan kaedah Bidang Hasil Utama Nasional (NKRA), meningkatkan pertumbuhan ekonomi, yang merangkumi pembangunan sosio ekonomi, memajukan dan mengekalkan asas bakat dunia pertama serta meningkatkan kualiti kehidupan," katanya.

Untuk mencapai sasaran pertumbuhan itu, Najib berkata sektor swasta akan menjadi pemacu utama manakala kerajaan memainkan peranan pemudahcara.

"Kita perlu bekerjasama sebagai satu pasukan, di dalam semangat 1Malaysia, untuk merangsang ekonomi negara."

"Masalah semasa tidak dapat diselesaikan menggunakan pendekatan lama. Kita perlukan strategi yang berani, kreatif, inovatif dan kompetitif untuk membawa kita ke paras pembangunan lebih tinggi.

"Kita perlu mengubah cara kita berfikir untuk mendapatkan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah kita. Satu perubahan cara berfikir perlu dilakukan."

Najib berkata tema Perundingan Bajet tahun ini ialah Bersama Berusaha Mencapai Ekonomi Berpendapatan Tinggi.

"Kita telah berjaya mengharungi krisis ekonomi. kita tidak akan berjaya tanpa keyakinan sektor swasta dan usaha anggota perkhidmatan awam melaksanakan pakej rangsangan serta sokongan rakyat."

"Marilah kita berusaha lebih gigih dan bersama-sama memacu negara ini ke paras pertumbuhan lebih tinggi dan kemakmuran. Kita telah berjaya melaksanakannya sebelum ini dan saya berkeyakinan kita akan berjaya melakukannya sekali lagi dan dengan hasil yang lebih baik."

Proses perundingan bajet ini bermula dengan permintaan bagi mendapatkan memorandum dari komuniti perniagaan, NGO, badan profesional, akademia dan kumpulan pemikir untuk mendapatkan pandangan masing-masing.

Najib berkata kementeriannya telah menerima 64 memorandum yang meliputi pelbagai spektrum makro, sektor dan isu sosial yang meluas.

Kabinet nilai draf Bajet 2011 esok: Husni
Oleh Mohd Feroz Abu Bakar

2010/09/20
IPOH: Kabinet akan mengadakan mesyuarat khas esok untuk menilai draf pertama Bajet 2011 sebelum pembentangan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kira-kira empat minggu lagi.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata mesyuarat khas Kabinet khusus untuk bajet itu bertujuan meneliti secara muktamad projek yang akan dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) bermula tahun depan.
Kementerian Kewangan sudah menyiapkan draf pertama Bajet 2011 dan akan dibentangkan kepada Kabinet, Selasa ini. Pada masa sama, kita masih menerima input daripada agensi kerajaan, sektor swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ketua industri untuk memperkemas bajet ini, katanya di sini, semalam.
Dalam pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober ini, beliau berkata, Perdana Menteri juga akan menyenaraikan 160 subsektor daripada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) yang akan menjana pertumbuhan ekonomi sehingga 2020.

Ahmad Husni berkata, hampir 300 projek pembangunan akan dilaksanakan oleh semua kementerian menerusi 160 subsektor berkenaan, tetapi tidak menyatakan nilai keseluruhan semua projek terbabit.

Kebanyakan daripada 300 projek ini membabitkan pembinaan infrastruktur untuk menjana pertumbuhan daripada 12 bidang NKEA. Beberapa projek infrastruktur ini akan dimulakan tidak lama lagi dan beberapa lagi di peringkat akhir perbincangan dengan pelabur, katanya.

Ahmad Husni berkata, orang ramai atau NGO yang ada pandangan mengenai Bajet 2011 atau Model Baru Ekonomi (MBE) boleh memberi pandangan pada Hari Terbuka Program Transformasi Ekonomi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pagi esok.
Katanya, mereka juga boleh bertemu Perdana Menteri ketika beliau menghadiri sesi lawatan galeri pada sebelah petang.

Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: mossgenio on September 29, 2010, 07:45:24 PM
Pada saya SKBBM memang perlu diteruskan dengan cepat. Dah dapat budget dalam RMK10 memang elok. Tapi perlu juga ingat bahawa BSP dan TIP masih ada pembangunan yg sedang dalam pembinaan serta rumah yg masih belum penuh diduduki. Kalau nak tunggu 1 sekolah siap baru nak mula berjuang untuk sekolah seterusnya maka alamatlah padang sekolah SKBSP sekarang ni akan penuh dengan kabin bilik darjah. Silap-silap kawasan SP2 kena hantar ke SKBBM atau SK Bangi. Masa tu nanti nak cerita pun tak guna. Kena tunggu 3-4 tahun baru dapat sekolah baru kalau tak mula dari sekarang. 
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: namatakpenting on September 29, 2010, 09:12:36 PM
Betul kata Feisal... kita kena merancang dari sekarang agar tak berlaku perkara yg sama... dah sesak baru nak mintak
cuma saya dimaklumkan kementerian tak layan sebab banyak lagi sekolah yg perlu diutamakan.. itu yg saya dengar2
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: mossgenio on October 01, 2010, 08:52:55 AM
Betul kata Feisal... kita kena merancang dari sekarang agar tak berlaku perkara yg sama... dah sesak baru nak mintak
cuma saya dimaklumkan kementerian tak layan sebab banyak lagi sekolah yg perlu diutamakan.. itu yg saya dengar2

Kalau betul caranya, BERANI ke dia tak layan?
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: namatakpenting on October 01, 2010, 10:32:58 AM
dia boleh pekakkan telinga
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: mossgenio on October 01, 2010, 10:52:39 AM
dia boleh pekakkan telinga
Maknanya tak lama la tuh....
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: Scale Ruler on October 01, 2010, 11:03:32 AM
Pendapat saya sebagai kakitangan kerajaan dia akan layan. Tapi untuk kelulusan dalam masa terdekat atau ditangguh bergantung kepada RMK ke 10 dengan peruntukan yg terhad.Pengalaman saya mereka lebih utamakan penempatan yang langsung tiada sekolah,daif (banyak lagi sekolah terutama di luar bandar dan Sabah & Sarawak)yang masih guna bangunan bedinding kayu/buluh.Saya cakap berdasarkan pengalaman sendiri sebagai agensi pelaksana.Tapi tak salah nak mohon.Sepatutnya dia akan layan.
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: putramahkota_bangi on October 01, 2010, 11:11:31 AM
Pendapat saya sebagai kakitangan kerajaan dia akan layan. Tapi untuk kelulusan dalam masa terdekat atau ditangguh bergantung kepada RMK ke 10 dengan peruntukan yg terhad.Pengalaman saya mereka lebih utamakan penempatan yang langsung tiada sekolah,daif (banyak lagi sekolah terutama di luar bandar dan Sabah & Sarawak)yang masih guna bangunan bedinding kayu/buluh.Saya cakap berdasarkan pengalaman sendiri sebagai agensi pelaksana.Tapi tak salah nak mohon.Sepatutnya dia akan layan.

Tapi tak salah nak mohon.Sepatutnya dia akan layan....
.. bagus jugak kalau nanti ada SKBSP 1 dan SKBSP 2 
dan nanti org2 BBM dan TIP akan berkata......bla2 bla....... ;D
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: Wazzatldmuchampions on October 01, 2010, 11:20:44 AM

negative ;)
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: putramahkota_bangi on October 01, 2010, 11:38:01 AM

.. positif  la  ;D < muka manis
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: namatakpenting on October 01, 2010, 11:42:00 AM
kalau dah tahu tak diutamakan sekarang baik tak yah mintak... letih dan buang tenaga je.... nanti bila dah selesai yg diutamakan, baru minta.

tapi kalau pegawai tersebut turun padang, bincang dengan penduduk dan buat perancangan sama-sama. Then submit kat org atasan... bukankah lebih senang dan tak buang masa penduduk... penduduk pun kurang tention
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: Scale Ruler on October 01, 2010, 12:51:06 PM
.. positif  la  ;D < muka manis ]

Betul..cuba dulu.Yg penting masuk list. Jgn putus asa.
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: daddyvw on October 01, 2010, 12:56:48 PM
kalau dah tahu tak diutamakan sekarang baik tak yah mintak... letih dan buang tenaga je.... nanti bila dah selesai yg diutamakan, baru minta.

tapi kalau pegawai tersebut turun padang, bincang dengan penduduk dan buat perancangan sama-sama. Then submit kat org atasan... bukankah lebih senang dan tak buang masa penduduk... penduduk pun kurang tention

jangan putus asa dulu bro... ;) ;) ;)

kita mintak... orang bagi tak bagi tu bergantung pada rezeki... kalau tak mintak, orang tak bagi langsung plak kang... ;D ;D ;D
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: putramahkota_bangi on October 01, 2010, 02:43:48 PM
jangan putus asa dulu bro... ;) ;) ;)

kita mintak... orang bagi tak bagi tu bergantung pada rezeki... kalau tak mintak, orang tak bagi langsung plak kang... ;D ;D ;D

Penduduk BSP mintak... yg dapat kt BBM .
ini lagi terbaik.. org2 BSP dh ada pengalaman mintak2 ni.
..lg pun ramai bijakpandai tu.
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: jabbar4aiman on October 01, 2010, 05:34:33 PM
Bab Kerja Komuniti ni kena SEMUA bersama-sama bekerjasama. Persatuan BSP Induk mulakan desakan ni sebab penduduk BSP terkejut dan merungut bila SKBSP baru tak sampai 2 tahun bukak pintu dah hampir mencapai kapasiti maksimum! Moga-moga dengan desakan kuat dari BSP & BBM & TIP, ada le pegawai di Kementerian Pelajaran akan terbukak hati nak fight untuk buat satu lagi sekolah rendah di kawasan ni, tak kesah la di BSP atau di BBM.

 :-\ My 2-cents
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: namatakpenting on October 01, 2010, 05:41:21 PM
bukan merajuk tapi kita kerja dengan perancangan dan penelitian. :)
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: mossgenio on December 06, 2010, 12:46:29 AM
Banyak sangat penelitian nanti tak jadi.... ;D

So apa perkembangan SKBSP2, SKBBM dan SKTIP?  :P :P ;D
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: namatakpenting on December 06, 2010, 11:00:25 AM
SKBSP2 tidak diteruskan mengikut kata Pengerusi Induk.

SKBBM akan mula pembinaannya tidak lama lagi.

SKTIP... tak ada maklumat.

Banyak sangat penelitian nanti tak jadi.... ;D

So apa perkembangan SKBSP2, SKBBM dan SKTIP?  :P :P ;D
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: mierock on December 06, 2010, 12:33:19 PM
Quote
Penduduk BSP mintak... yg dapat kt BBM .
ini lagi terbaik.. org2 BSP dh ada pengalaman mintak2 ni.
..lg pun ramai bijakpandai tu.

sekolah skbbm dah lama tertangguh. sepatutnya dah siap sebelum 2010. tapaknya kat sebelah tapak mesjid, tapi tak tau la macam mana..... mesjid baru nampak signboard, tapak sekolah kecik semacam aje.. muat ke sekolah rendah dengan sekolah menengah. kedekut tul apaperok nie
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: namatakpenting on December 06, 2010, 02:50:32 PM
SKBBM dan SMBBM katanya dah dalam RMK10.. itu apa yg saya dimaklumkanlah
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: Suffian on December 08, 2010, 12:36:13 PM
Bilalah pembinaan nak dimulakan... bilalah award nak diberi.... bilalah tender nak dibuka... Kalau tuan-tuan nak bagi cepat... boleh hantarkan makluman atau rayuan kepada:
Pejabat Pembangunan Zon Sepang-Hulu Langa
No.H561&H562
(Aras 1 & Aras 2)
Jalan 5. Kosmopleks
Bandar Baru Salak Tinggi,
43900 Sepang,
Selangor Darul Ehsan
No. Tel:  03-87066261 /6263
 Faks: 03-87066260
Harapan besar agar projek ini diserah kepada JKR untuk pelaksanaan. Kepakaran JKR diakui dan dapat mengurangkan kemungkinan projek sakit.
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: Hairul_Senibina on December 08, 2010, 12:57:12 PM
Semoga pembinaan SK BBM dapat dipercepatkan utk kebaikan semua pihak.  :)

PS: Siapa2 yg ada kawan di KPM & JKR, mungkin boleh tolong risik2, kalau2 ada berita terkini ttg SK BBM.  :D
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: mossgenio on December 08, 2010, 06:58:07 PM
Sapa yg follow up ni? Kalau ada, harap update la ye. Terutama kalau ada masalah. Kut ada yg boleh tolong kalau dimaklumkan.
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: namatakpenting on December 08, 2010, 07:30:54 PM
Follow up SK ke-2? Persatuan Induk. Tapi dah tak diteruskan sebab yg saya pernah nyatakan.

Kalau pasal SM-BSP, saya masih tunggu feedback dari SU-PIBG SK-BSP.

Sapa yg follow up ni? Kalau ada, harap update la ye. Terutama kalau ada masalah. Kut ada yg boleh tolong kalau dimaklumkan.
Title: Re: Pungutan tanda tangan pembinaan SRK ke2 diBSP
Post by: mossgenio on December 08, 2010, 07:50:56 PM
SKBBM la. Yg taknak diteruskan tu dah maklum.