Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Komuniti Putra Mahkota => Pemaju & Hartanah => Topic started by: OffshoreMan on May 29, 2008, 10:21:22 PM

Title: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: OffshoreMan on May 29, 2008, 10:21:22 PM
Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: Ikhwan on June 03, 2008, 11:15:32 PM
Assalamualaikum...

Bagi saya rumah di Seri Putra lebih mahal dari Bukit Mahkota sebab:

1. Semua utiliti (i.e. Kabel Elektrik dan Telefon) di Seri Putra terletak di bawah tanah (conceal underground), di Bukit Mahkota, semuanya elevated dgn bertiang

2. Dari segi finishes, rumah di Seri Putra finishes dia adalah lebih kemas:

    a) Contoh rumah Semi-D di Bukit Mahkota takde floor tile skirting, Seri Putra Teres ada.

    b) Ketinggian siling Semi D rendah, berbanding dengan ketinggian siling rumah Seri Putra

3. Kebanyakan reserve untuk kemudahan awam banyak terdapat di Seri Putra, reserve tanah untuk
    Klinik Kesihatan, Balai Polis, Balai Bomba, & etc telah disediakan.

4. Pihak developer Seri Putra UMLAND, boleh dikatakan mempunyai 'nama' dalam pembinaan rumah   
    kediaman. Developer Bukit Mahkota, Araprop, anak syarikat Lion Group tak berapa sinonim dalam 
    pembinaan rumah-rumah kediaman.

5. Pihak pemaju Seri Putra mengambil advantage daripada kedai-kedai sedia ada untuk menjual rumah
   di sana dengan harga yang lebih tinggi, manakala Bukit Mahkota tidak mempunyai kedai2 yang sedemikian
   rupa.   
 
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: frugalife on June 04, 2008, 02:26:37 PM

you're right man!!.

agree!

kesilapan.. lion group... jual banglo lot byk2.. kat depan pintu masuk..

bila tak laku. kws tak dimaintained.. dah jadi semak samun.. maka firts impression org sampai..

teruknya kwsn ni..
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: Azzraf on June 04, 2008, 04:10:12 PM
UM Land lagi dedicated dalam their development berbanding dgn Araprop. Jgn tgk pada pembangunan (perumahan & bangunan2 komersil) jer, tapi boleh diperhatikan gak facility yg UM Land bagi mmg tip top.. Contohnya mcm jalan keluar masuk dari tol Putra Mahkota ke BSP.. Very neat & well maintained dgn susunatur landskap yg boleh buat sejuk mata memandang nak dibandingkan jalan keluar masuk ke seksyen2 dalam BBM. Saya duduk kat BBM pun sekali-sekala saja2 gak jalan2 kat BSP dan dari jalan keluar masuk tu jer dapat membuat diri saya merasakan mcm berada kat sebuah 'taman perumahan elit'. Dalam hati ckp, "Kenapa la Araprop tak provide facility2 mcm BSP nih? Walaupun kedudukan BBM & BSP berjiran dipisahkan oleh simpang 4 jer.. Kenapa la Araprop tak jadikan BSP sbg 'role model' utk development BBM? Adakah saja Araprop buat2 tak nampak?"

Personally saya mmg agak kecewa dgn Araprop namun rezeki saya sekeluarga dah ditentukan utk menetap di BBM. Redha & syukur je..
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: mazuki on June 04, 2008, 09:20:10 PM

mmg setuju dgn kenyataan di atas dan keara itulah UMLand kenakan harga yang tinggi untuk setiap rumah di sana, premium in quality as well... tapi cuba fikir untuk jangkasa masa panjang .. adakah UMLand buat begitu untuk lariskan jualan atau mmg dah jadi amalan tadbir urus korporat UM Land untuk sediakan yang terbaik buat pembeli dan bakal pembeli rumah..

just imaging bila projek dah habis di BS Putra, UM Land akan serahkan pada majlis bandaran yakni MPKj untuk tadbir kawasan tersebut. maka adakah kualiti perkhidmatan yang sama akan kita jangkakan? satu soalan untuk kita fikirkan bersama terutama bg sahabat di BSP..

kedua adakah Lion Dev dah nak gunakan kaedah sama cam UM Land .. mungkin dr strategy businessnya, Lion biarkan dulu UMLand develop kawasan tersebut (banyak lagi ke tanah kosong UMLand) then bila harga dah naik, Lion all-out sekysen seterusnya sbb buat township nih bukan kerja setahun dua tapi jangka masa panjang.

isu2 ttg masalah kebersihan, lampu jalan x berfungsi di kawasan kita adalah kelemahan MPKj. Bila komplain kata tanggungjawab pemaju dan tindakan susulan akan diambil .. sama gak dgn isu "jambatan kecik" ke Bangi Lama .. isu adalah kawasan MPKj tapi bila komplain itu kawasan persendirian, so x leh buat apa..

p/s: kita ni pandai komplen aje, tindakan susulan???
Title: Re: Rumah di Seri Putra mahal 'sikit je' berbanding Bukit Mahkota...
Post by: jamaldmaz on June 05, 2008, 05:18:12 PM
Ketika kami sekeluarga mencari rumah utk dibeli, saya telah 'merantau' sampai ke Rawang. Maklum ajele, dah 14 tahun duduk kat Sentul, dah naik lemas dgn 'jam'. Kami telah tertarik pada offer/promotion kat Expo di PWTC, iaitu di Tasik Puteri, Rawang. Cornerlot dgn 18 kaki tanah kat tepi, free pokok 12 jenis, rock garden, kitchen kabinet, wardrobe, all worth RM10k. Harga bersih dgn S&P @ RM175k. Apa lagi, terus letak booking fee RM50.

Esoknya terus pegi site utk bayar downpayment & site visit. Dari tol Rawang ke kawasan pembinaan ambil masa 30 minit (tanpa jam). Bila sampai, hampeh...... Kami delay dulu, kata nak tengok unit (sebab unit dah siap). Hampa, sebab jalan kecik, finishing out, tanah mendak dan lain2 lagi yg tak seronok mata memandang.

Kami pun bagitau ejen kami nak kensel. Dia dgn selamba kata, "Kalau kensel, RM50 booking fee hangus, rugi bang!" Saya pun kata, dgn selamba juga, "Biar hangus RM50 dari rentung RM175k & hidup kami!"

Dari situ, kami terus 'cross-KL' ke BSP sebab kebetulan ada saudara kat Putra Teres jemput makan. Bila sampai sana, memang gerun juga sebab kat tepi highway, nampak banglow je. Lagipun, saudara kami tu laki bini lawyer, patut le duduk sini. Sambil makan, saudara kami tu promote suruh beli kat BSP. Kami pun terus ke pejabat Bangi Heights. Memandangkan phase 1 Tropika sudah siap masa tu, kami terus meninjau ke tapak & terpegun dgn design & kualiti finishing. Selepas melihat model yang ada, mahu tak mahu, kami beli juga sebab dah tertarik dgn apa yg ada.

Mungkin kami beruntung kerana dapat melihat sendiri rumah phase 1 yg dah siap. Kalau tengok showhouse, biasa ianya akan dibina dgn baik sekali utk menarik pembeli, tapi unit sebenar tak sama dgn showhouse. Kami juga beruntung kerana mengikut maklumat tak rasmi, Putra Tropika adalah 'taman showcase' utk developer. Ukuran 22' x 80', built-up area dari 2000 kaki persegi, jalanraya lebar, lorong belakang rumah muat utk 1 kereta/lori, tanah belakang rumah 10 kaki, bathtub dlm master bathroom, free alarm.

Ketika kami beli, ada 'cabutan bertuah' utk pembeli, 1st prize condo, 2nd Perdana. Boleh buat pilihan nak cuba nasib atau ambil diskaun RM10k. Memikirkan peratusan nak dapat hadiah, maka kami ambil offer diskaun, immediate & sure 'untung'!

Tak sampai 13 bulan, kunci pun diserah & kami berpindah masuk 3 bulan selepas itu, pada November 2005.

Mengikut maklumat, UMLand mempunyai fund yg banyak sebab tanah adalah milik mereka, iaitu bekas ladang kelapa sawit. Sebab tu mereka boleh bina dulu, 40% siap, dah buka utk dijual.

Dan developer bagi commission sebanyak RM1000 kpd warga BSP yg rekomen kawan utk beli , apabila loan dah approve. Ini untuk Putra Tropika saja.

Salam
 8)
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: mentarimerah on June 05, 2008, 07:36:30 PM
memang tak dapat dinafikan BSP lagi mahal sebab banyak kemudahan....UMland ni memang bagus sebab idea ni sama macam bandar seri alam...kat johor tu....tapi orang macam kita ni tak mampu nak beli kat johor tu mahal beb...kita tunggu tak lama lagi siap kedai kat depan tu MAYBANK kan ada dah beli coner lot
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: frugalife on June 10, 2008, 02:54:30 PM
memang tak dapat dinafikan BSP lagi mahal sebab banyak kemudahan....UMland ni memang bagus sebab idea ni sama macam bandar seri alam...kat johor tu....tapi orang macam kita ni tak mampu nak beli kat johor tu mahal beb...kita tunggu tak lama lagi siap kedai kat depan tu MAYBANK kan ada dah beli coner lot

 ;D biar betul .. rumours ke apa ni.. maybank dah beli?

ke bersumberkan salesman BSP?
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: mentarimerah on June 10, 2008, 04:43:09 PM
memang tak dapat dinafikan BSP lagi mahal sebab banyak kemudahan....UMland ni memang bagus sebab idea ni sama macam bandar seri alam...kat johor tu....tapi orang macam kita ni tak mampu nak beli kat johor tu mahal beb...kita tunggu tak lama lagi siap kedai kat depan tu MAYBANK kan ada dah beli coner lot

 ;D biar betul .. rumours ke apa ni.. maybank dah beli?

ke bersumberkan salesman BSP?

tunggu dan lihat aje coner lot satu maybank ....2 kedai HJ TAPAH....INFO  yang aku dengar dan boleh dipercayai...untuk kemudahan kita...........
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: mentarimerah on June 10, 2008, 10:40:02 PM
kita tunggu TESCO kat BSP............ ;D ;D ;D
Title: TESCO bakal di buka di BSP ?!
Post by: nikhilmizam on June 11, 2008, 10:43:38 AM
kita tunggu TESCO kat BSP............ ;D ;D ;D

Dari mana demo dapat maklumat ni Wira?
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: mentarimerah on June 11, 2008, 12:26:22 PM
memang peranncangan ada kat ramp dari kl tu...sekarang kalau tak silap tempat takong air tu...masa luncing rimah yang rm265...tu ada tanya ...kat um land ....mungkin lambat sikit....benda ni semua sama macam kat bandar seri alam kat johor tu
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: azmiM on June 19, 2008, 07:44:12 AM
harga seri putra lebih mahal?
mungkin sebab developer brand name...
kemudahan awam semasa/akan datang pun banyak...
sekolah rendah dan menengah dijangka beroperasi 2009/2010...
pusat kesihatan...anytime panggil tender...
maybank tunggu new business centre siap...

Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: qrieanna on June 23, 2008, 12:44:46 PM
Saya sebagai antara golongan orang yang antara mula-mula menginap dekat BBM dari oct 2003 lagi. Bagi saya kita kena terima dan ambil opportunity yang ada, kalau rumah murah dan sesuai dengan bajet kita kenapa tak nak BBM??? Quality comes with costs, but la ni pon org bole guna kereta malaysia sebab dia murah, tapi make-up le skek nak jadi Evo ke apa ke... so analogi still sama, beli rumah murah sesuai dengan kemampuan kita dan upgrade rumah tu, bila dah mampu...

lawati blog saya

http ://www.alamdagang.blogspot.com
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: mentarimerah on June 23, 2008, 10:59:15 PM
tunggu dah lihat aje
Title: Re: Kenapa rumah di Bandar Seri Putra lebih mahal dari perumahan lain...
Post by: jamaldmaz on June 24, 2008, 08:39:09 AM
Setiap orang mempunyai sebab mengapa mereka membeli sesuatu barang itu dari punca yang berlainan. Sama juga apabila membeli rumah.

Ada yang mahukan persekitaran yang ideal kpd keluarganya. Ada yang mahukan kemudahan sediada, tak mahu menunggu kawasan tersebut berkembang. Ada yang suka pula membuat perubahan kpd rumah yang dibeli.

Disebabkan pelbagai citarasa inilah kita membuat keputusan.

Saya membeli rumah di Bandar Seri Putra kerana saya mahukan ketenangan & puashati dgn kualiti serta prestasi pemaju. Bangi Heights bukan pemaju baru. Dan Putra Tropika adalah fasa ke 6 dlm masterplan BSP mereka. Putra Tropika pula dibahagi kpd 2 fasa, saya telah membeli rumah di fasa 2 & berpeluang melihat sendiri rumah2 di fasa 1 yang telah siap dibina & model yg sama seperti saya inginkan.

Saya punya sebab sendiri kenapa tidak membeli rumah di Bkt Mahkota atau tempat2 yang pernah saya lawati. Dan sebab-sebab itu biarlah saya & isteri sahaja yang tahu. Kami membelinya kerana faktor positif lebih banyak dari yang tak baik. Bukan semua perumahan sempurna tapi kita perlu pilih yang terbaik.

Saya hormati keputusan warga lain membeli rumah masing2. Pernah kawan saya membeli rumah bukan kawasan BSP, "Rumah aku tu depan tasik le!", saya balas, "Alhamdullillah, semoga kau puas hati." Padahal saya tahu kawasan tersebut tidak pernah mempunyai tasik ataupun kolam. Yang ada hanyalah kolam takungan atau 'retention pond'. Dan kawan saya tu menambah lagi, "Dan RM40k lebih murah dari rumah kau le!", saya jawab, "Alhamdullillah, semoga berbahagia!". AMIN.

PS: Oh ye, antara faktor negatif di Putra Tropika ialah tiada tapak surau. Tapi itu tidak menghalang kami 'membuat' tapak surau & alhamdullillah, surau kami telah berjaya dibina atas usaha gotong-royong & derma daripada warga taman dan telah pun mendapat iktiraf pihak berkuasa, bukan 'haram'. MPKJ pun dah iktiraf walaupun pernah keluar saman utk roboh pada peringkat pembinaan dulu. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih....

Salam
 8)
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: mentarimerah on June 24, 2008, 12:03:50 PM
ya betul..semua buat gotong royong aje..takpanggil kontaraktor...cuma bmbung aje setakad pasang tiling geng taman aje gotong royong malam sahaja kita tarik pagar sampai pukul 4 pagi beb....
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: budakgunung on June 26, 2008, 02:26:59 PM

BSP lebih mahal berbanding BBM ?

sblm saya beli rmh di BSP tahun 2007,saya pun terfikir kenapa BSP mahal berbanding BBM (sblm ni saya sewa rmh di Bdr Br Bangi)........saya meninjau bersama isteri di kedua2 kawasan dan membuat analisis...., kami membuat analisis berdasarkan rekabentuk, kualiti, bahan,existing ground level, foundation level,service road elevation,kemudahan awam spt balai polis,sekolah rendah,menengah,sekolah agama yg sedang dibina di BSP,......kami memilih BSP walaupun harga agak mahal.......

pastinya nama um land sendiri dah memberi keyakinan kpd pembeli.......walaubagaimanapun, setiap org mempunyai cara sendiri dlm membeli rmh.....kebetulan isteri saya structural engineer dan saya highway engineer....cara kami memilih rmh pun berdasarkan pengalaman kerja....

walau apa pun, kita mesti utamakan kemampuan dan pendapatan.....Rumahku Syurgaku....

Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: Kanisa on July 16, 2008, 01:01:28 AM
Assalamualikum

Sahabat semua, berapa agaknya harga Rumah seksyen 5 dijalan 5/23 agaknya sekarang?
Dulu kawan beli RM126k
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: wan on July 16, 2008, 11:54:34 AM
Ye Rumah di BSP lebih mahal dari BBM  !!!

Seronok baca tajuk ni dan terpanggil nk share info dgn rakan2.

Sebelum beli rumah di BSP kami menyewa dulu kat sini dalam setahun. Sambil tu buat survey dkt kawasan sekitar BSP dan BBM. Ternyata dari segi harga housing BSP agak tinggi.

Namun bila difikir balik dari segi environmentnye memang berbaloi walaupun mahal. Boleh dikatakan tanah rsv utk semua infr's dah disediakan oleh pihak pemaju(masa tu sekolah belum naik). Kemudahan kedai pun dah  ada (pasar malam 2 kali seminggu lagi). Dari segi keselamatan pun lebih terjamin esp utk family yg ada anak2 kecik. Kawasannya tenang dan selesa.

Di tambah lagi dengan kehadiran pelajar2 KUIS(KISDAR) yg menambahkan lg 'ketenganNYA'. Orang yg sedang menuntut ilmu ni kan dirahmati Allah dan insyallah kita yg duduk d sekitarnya mendapat tempiasnya jugak-Amin.

Dan satu lagi St komuter pun dekat. Jadi benda2 ni menyebabkan value rumah d BSp lebih tinggi disamping nama develepor yg mmg dah establish.

So kami pun decide utk beli kt BSP .Tp rasa frust jugak sebab semuanya aoround RM200k- RM230 K utk putra terace.Kira dah overbajet. Tp alahamdulillah rezeki kami dapat jugak Putra Terrace yg harganya pun tkdelah mahal sgt, i.e below RM200K.

Mungkin dalam masa 5 tahun lg harganya makin tinggi . Maklumlah masa tu mungkin dah lengkap dengan masjid,bank,sekolah(mmg dah bina pun),klinik dan infra2 lain. Jadi pada sesiapa yg kini sedang mencari rumah untuk dibeli/sewa saya recommend sgt jenguk2lah kat BSP. Saya tgk macam byk je rumah yg nk dijual tp tk tau brape hrga.

Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: Kanisa on July 16, 2008, 06:11:40 PM
RUMAH DOUBLE STOREY SEKSYEN 5, JALAN 5/23

Dulu beli RM126k ,4 BILIK DAN 3 BILIK MANDI, 20 x 60
Tapi bila suruh Bank islam value, depa semua kate RM100k saje.....biar betul!
Takkan murah dari harga beli???????

SAHABAT SEMUA TOLONG ADVICE.
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: budakgunung on July 17, 2008, 02:32:52 PM
[

mak aiiii.......murahnya...........kenapa  boleh jatuh???

rmh saya kat BSP harga beli tahun 2007 RM 224k, sekarang hampir RM 300k.......

tempohari ada org suruh jual rmh saya ambil semi-d sbb masa tu saya dok tinjau semi-d anjung suasana....harga semi d lebih kurang RM450k....tp sayang nak jual sbb baru duduk.....

RUMAH DOUBLE STOREY SEKSYEN 5, JALAN 5/23

Dulu beli RM126k ,4 BILIK DAN 3 BILIK MANDI, 20 x 60
Tapi bila suruh Bank islam value, depa semua kate RM100k saje.....biar betul!
Takkan murah dari harga beli???????

SAHABAT SEMUA TOLONG ADVICE.
[/quote]
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: mentarimerah on July 17, 2008, 02:38:31 PM
kat putra tropika dulu beli rm203..sekarng boleh pegi rm270..setakad rm250..cepat aje orang...beli...syukur....
Title: Re: Kenapa rumah Seri Putra lebih mahal 'resale' valuenya dari Bkt Mahkota?
Post by: jamaldmaz on July 17, 2008, 03:46:48 PM
Err... mungkin kena tukar topik thread ni ke "Kenapa rumah Seri Putra lebih mahal 'resale' valuenya dari Bkt Mahkota?" kut?  ;D :D ;)

Anyway, saya rasanya valuation bank bergantung kpd prasarana sesuatu kawasan tersebut. Kakak ipar saya telah membeli apartment 3 bilik di Vista Pinggiran, berhampiran Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan. Dah ada hypermarket, petrol station 3 buah, kedai berbagai, pasar borong dan lain2 lagi.... kecuali sekolah. Harga baru beli, RM97,000 (selepas diskaun bumiputera). Akhir tahun 2007 dia nak jual RM130,000 pun susah, prospect buyer offer takat RM115,000 je. Unitnya ground floor dgn laman sebesar 10x15 kaki, covered parking depan rumah. Masih tiada buyer sampai sekarang. Terpaksa sewakan dgn harga RM550 sebulan.

Bermakna harga resale rendah bukan kerana kualiti atau design tapi lebih kepada prasarana. Agaknya le....

PS: Ada sebuah rumah di Putra Tropika utk dijual. End-lot, renovated front porch/facade, auto-gate, enlarged kitchen etc for RM360,000! Harga ori RM240k je agaknya. Rumah Mentarimerah pun sedang direnovate utk mencapai harga tu sekarang ni. Kayuh jgn tak kayuh bro!

Salam
 8)
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: mentarimerah on July 17, 2008, 04:44:10 PM
kau jangan walaupun aku end lot....tapi belum sampai tahap..nak jual rm360....tak sanggup nak carik gumah lain..bukan apa tak mampu...gaji kecik bang....
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: budakgunung on July 17, 2008, 05:44:40 PM

bersyukur lah dengan rmh yg ada.....ada org langsung tak ada rumah........kita jgn bandingkan di malaysia tapi bandingkan saudara kita di Iraq, Pakistan, Afghanistan......Malaysia masih aman.....

Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: mentarimerah on July 17, 2008, 10:05:59 PM
betul tu..........
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: namatakpenting on July 18, 2008, 04:12:21 PM
Mmg kena bersyukur... Alhamdulillah.

Dalam masa yg sama tak salah kalau nak demand lebih.
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: hanee on October 13, 2008, 04:47:43 PM
salam, saya ahli baru di forum ini... alhamdulillah, saya beli rumah di impian putra fasa 4, dah siap n dapat kunci, cuma belum pindah lagi... bila baca posting saudara2 saya di sini, rasa lega n syukur yg amat kerana pilihan saya dan suami definitely 99% tepat rasanya... Semoga kita semua hidup dengan aman dan sentosa di BSP...
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: xemadi on October 14, 2008, 09:11:16 AM
Salam,

Bagi saya, ikut kemampuan lah. Rumah ni untuk kita duduk. Satu masa kita akan tinggalkan jugak. Hebat manapun rumah kita tu. Kalau mampu duduk rumah mahal, alhamdulillah, duduklah.

 X perlulah bandingkan dgn rumah yg lagi murah harganya. Mestilah lain kualitinya. Dah harganya pun lain. Klu nak banding, banding dengan yg seharga dengannya. Dalam boxing pun, mana ada heavyweight lawan lightweight. Mesilah heavyweight lg advantage.

WA
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: putramahkota_bangi on October 14, 2008, 02:33:29 PM
Salam,

Bagi saya, ikut kemampuan lah. Rumah ni untuk kita duduk. Satu masa kita akan tinggalkan jugak. Hebat manapun rumah kita tu. Kalau mampu duduk rumah mahal, alhamdulillah, duduklah.

 X perlulah bandingkan dgn rumah yg lagi murah harganya. Mestilah lain kualitinya. Dah harganya pun lain. Klu nak banding, banding dengan yg seharga dengannya. Dalam boxing pun, mana ada heavyweight lawan lightweight. Mesilah heavyweight lg advantage.

WA

org dok "bandar" lainn.... dari org yg dok "bukit"

Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: silvershadow on October 24, 2008, 09:41:56 AM
utk info rakan2...  rumah   1 1/2 tingkat di impian putra yg dulu harga 93 000, ada member jual dlm 125 000, price naik sejak jambatan shortcut ke bangi lama tu siap...
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: INA on October 24, 2008, 09:52:05 AM
Sebelah rumah saya baru je beli rumah atas orang harga dia 140 ribu minta kurang dapatlah 135 ribu bnyaknye untuk jual rumah dari 93 ribu naik 135 ribu untung dalam 42 ribu bestnye....
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: silvershadow on October 24, 2008, 11:42:55 AM
kira ok le...  ;) kira berbaloi jugak la beli rumah ni dulu.... tp satu la  masa jiran sy buat open house past week, baru nampak sempit rumah 1 1/2 tingkat ni....bila ramaii duk dlm umah hehehe... tapi takpe lain kali buat open house kena pasang khemah le.. :)

utk info : sy di jalan 2/6
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: hanee on October 28, 2008, 04:35:22 PM
impian putra ader umah 1 1/2 tingkat ker? kita x perasan plak.. ingat semuanya double storey... alhamdulillah rezeki org tu kan dah jual umah dgn harga yg amat berbaloi...
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: ed_BSP on February 01, 2009, 01:26:20 AM
Salam.

BSP? BBM?

Bagi gua....sama saja. Yang pentingnya kita semua sama-sama menjaga keamanan dan ketenteraman sejagat dan keselamatan keluarga dan harta benda.

Insyaallah....slogan 'Kejiranan' sesama kita akan bertambah bererti kepada mereka yang kurang menitikbertkan....hal2 di atas. TQ kepada semua
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: anis on September 11, 2009, 02:45:48 PM
Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?

Rumah BSP lebih mahal sebab ikut harga tanah kaki persegi yang ditetapkan oleh Majlis Derah Bangi/Hulu Langat. Harga tanah kaki persegi Bangi lebih mahal dari harga tanah kaki persegi Majlis Daerah Kajang. Bukit Mahkota dibawah pentadbiran Kajang.harap maklum
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: putra88 on September 11, 2009, 03:35:26 PM
Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?

Rumah BSP lebih mahal sebab ikut harga tanah kaki persegi yang ditetapkan oleh Majlis Derah Bangi/Hulu Langat. Harga tanah kaki persegi Bangi lebih mahal dari harga tanah kaki persegi Majlis Daerah Kajang. Bukit Mahkota dibawah pentadbiran Kajang.harap maklum

tak betul tu...mana ada Majlis Daerah Bangi. Kedua-dua duduk dalam Majlis Perbandaran Kajang dan dalam pentadbiran Pejabat Tanah & Daerah Hulu Langat.
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: pari2 on September 28, 2009, 07:48:55 PM
bila baca msg2 sebelum ni, rasa cam murah jer harga rumah kat bsp 2 or 3 thn kebelakang.. saya baru nak beli umah nak bsp, laman indah.. harganya rm315k (before bumi price).. cuma double storey 22X75..
kalau beli awal2 dulu, dapat semi-d agaknyer yer...  ;D
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: mrs_madie on September 29, 2009, 10:12:05 AM
Rumah BSP lebih mahal maybe sebab kualiti rumah lebih baik dan perancangan kawasan perumahan kat BSP lebih baik dpd BBM. Tgk je laa kat BSP tu, kalau parking keta kat jalan depan umah still boleh lalu 2 keta, kalau kat BBM, parking jek keta depan tu, alamatnya keta yg lalu lalang kena take turn le .. sempit. Apapun dulu saya beli rumah kat BBM sebab harga murah n ikut kemampuan kami le. Sumernya ikut kemampuan masing2 la. Yg penting BBM ke BSP ke skrg dah mcm satu komuniti yg rapat bukan asing2 lagi.
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: iqyniqaa on September 29, 2009, 10:20:06 AM
setuju dgn mrs_madie, beli rumah ikut kemampuan. Kami beli rumah di BBM sbb rumah tu mampu milik pd kami, semi -d dgn hrga rm 219K.
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: mrs_madie on September 29, 2009, 11:21:38 AM
setuju dgn mrs_madie, beli rumah ikut kemampuan. Kami beli rumah di BBM sbb rumah tu mampu milik pd kami, semi -d dgn hrga rm 219K.

Hehe .. bila nak pindah nih .. lama dah tunggu jiran sorang nih  ;) :D ;D
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: iqyniqaa on September 29, 2009, 11:53:47 AM
Hehe .. bila nak pindah nih .. lama dah tunggu jiran sorang nih  ;) :D ;D

insya Allah.. dlm masa terdekat ni.. tgh wat congak2 ni.. nk pndah umah.. bykk pulus nak kena prepare... :'(
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: matjay on October 14, 2009, 09:10:40 AM

Salam,

Semoga Bandar Seri Putra/ Bandar Bukit Mahkota mempunyai kejiranan yang baik dan bersatu dalam membangunkan kawasan kita. Yang penting kita sendiri yang kena bangunkan kawasan kita. Contohnya kalau takda bank di BSP/BBM, apa kata kita semua ambil duit di ATM Maybank di stesen Petronas tu. Bagi hari-hari orang Maybank kena tambah cash dalam ATM mesin dia. Baru dia nampak 'demand' dari penduduk setempat. Gerenti dalam masa terdekat, bank akan dibuka di kawasan kita. Berani? Kita semua boleh buat tak? Kalau kawasan kejiranan nie tempatnya sebelah menyebelah, pastu dua2 akan naik, macam USJ-Puchong, TTDI-Damansara. Yang penting kita kena menjana perniagaan di kawasan kita. Support them. Bila business bagus, lagi banyak kedai dibukan dan harga hartanah meningkat. Boleh tak semua beli makanan di pasar malam, beli minyak di petronas BSP, beli barang2 runcit di kawasan kita?

-matjay-
Sekadar pandangan......
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: Trojan5 on October 14, 2009, 09:21:00 AM

 ;D ;D ;D ;D

Bank akan tambah atm je.....  lgpun yg "reload" duit dalam mesin tu dh di outsourced..... pihak bank akan monitor je...
apapun kepadatan penduduk + keperluan perniagaan belum mencapai kehendak bank utk letak branch kat sini...

Mgkn kalau kawasan kita ni dah membangun sepenuhnya ditambah plak adanya hypermarket... mgkn pihak bank bleh bukak branch kat sini.... klau skang bank bukak branch pun mgkn "kiosk" je la kot...
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: putramahkota_bangi on October 14, 2009, 09:27:36 AM

XYZ123 .. kau keja chempeng kt jln bkt bintang yee..
ha ha ha .. chem peng..chem peng
 ;D
 ;D
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: APAI on October 14, 2009, 09:31:10 AM
Putramahkota_bangi!

Chem peng tu apa? Kat Bkt Bintang? semacam je bunyinye???
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: Trojan5 on October 14, 2009, 09:35:44 AM

XYZ123 .. kau keja chempeng kt jln bkt bintang yee..
ha ha ha .. chem peng..chem peng
 ;D
 ;D

Bukan cimbeng la.....

Kepala rimau la bro...... ganazzzzz sket...  ;D ;D ;D ;D

P/s : tp rimau makan friskies je... rimau manja....
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: putramahkota_bangi on October 14, 2009, 09:37:34 AM

oooOO...  ;D
LC kau ok? ? bila nk race ..
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: Trojan5 on October 14, 2009, 12:06:20 PM

oooOO...  ;D
LC kau ok? ? bila nk race ..

LC dh nk lebam dah..... hari2 kene asak KL-BM-KL....

Tu blum dikira Chamang/Janda Baik lagi...... Skang ada planning nk gi Fraser....
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: matjay on October 14, 2009, 12:17:58 PM

Salam,

Kalau depa tambah ATM pon bagus jugak. Sekarang orang banyak pakai maybank2U/online. Cepat, tepat, jimat. Bila nak cash deposit/ withdraw/ cheque deposit baru pakai ATM. Boleh increase profit margin company

:-) matjay
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: mImOsaPudiCa on October 14, 2009, 12:25:50 PM

XYZ123 .. kau keja chempeng kt jln bkt bintang yee..
ha ha ha .. chem peng..chem peng
 ;D
 ;D

 ;D ;D ;D    PMB plk Keje kt mna?   ;D ;D ;D
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: nana on August 11, 2010, 12:29:02 AM
Kalau nak tengok 'model township', my vote is for Subang Jaya. MPSJ sangat proaktif dan kawasan sana betul-betul 'elit', almost like Bangsar. BSP dan BBM develop very slowly. Kalau 10 years tak ada booming trend, then, this area mungkin kena tunggu 20-30 tahun lagi baru jadi se'hot' Damansara atau PJ atau even Subang Jaya. I'm sorry to say, the penjagaan kebersihan kat sini sangat mendukacitakan. Don't you see the litter everywhere? It shows the mentality yang belum cukup 'caring' atau 'aware'.
Saya agak berterimakasih JMB kawasan saya buat kerja, otherwise, this place would have fallen apart lama dah....
My 2 cents worth too.

Plus, having a multi racial community is a good sign. We should have a more inclusive mentality. We should welcome other races juga kan? :)
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: WIN on August 11, 2010, 06:04:54 AM
Kami beli rumah kat sini sebab x mahu tinggal d tempat sesak spt Bangsar n Subang Jaya. Jd saya hrp sgt Bsp x jd camtu. Dr segi kebersihan, tpt tu wajar d jadikn cth. Ahli majlis wajar proaktif n penduduk kena bg sokongan padu. Ajak berTT sama2 ke, he..he..
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: wanna be R3 owner on August 11, 2010, 07:59:42 AM
Kalau nak tengok 'model township', my vote is for Subang Jaya. MPSJ sangat proaktif dan kawasan sana betul-betul 'elit', almost like Bangsar. BSP dan BBM develop very slowly. Kalau 10 years tak ada booming trend, then, this area mungkin kena tunggu 20-30 tahun lagi baru jadi se'hot' Damansara atau PJ atau even Subang Jaya. I'm sorry to say, the penjagaan kebersihan kat sini sangat mendukacitakan. Don't you see the litter everywhere? It shows the mentality yang belum cukup 'caring' atau 'aware'.
Saya agak berterimakasih JMB kawasan saya buat kerja, otherwise, this place would have fallen apart lama dah....
My 2 cents worth too.

Plus, having a multi racial community is a good sign. We should have a more inclusive mentality. We should welcome other races juga kan? :)

Bab other races ni very subjective.. saya hormat bangsa lain tetapi masalah saya tinggal di Serdang Raya dan di Bandar Sg. Long dah cukup pada saya. Hormat jiran tak ada, anjing masuk kawasan rumah dengan kencing kat kereta tu biasa. Duduk di Bandar Sungai Long lagi jangan cerita.. jual B*B* tepi jalan setiap pagi pun biasa. Tong sampah saya jadi tong sampah diaorang pun biasa. Parking kereta depan rumah kita pun biasa. Jadi pengalaman saya duduk di Serdang Raya dan Sg. Long dah cukup untuk saya menyelamatkan diri saya ke Bukit Mahkota. Alhamdulillah.. komuniti sini nampaknya majoritinya Islam. Saya bukannya Racist, tapi itu hakikat masalah saya. Kat Bukit Mahkota ni pun ada sorang jiran beli rumah depan rumah saya siap nak buat kuil lagi, nasib baik MPKJ dan Jabatan Agama dah kasi ambush. Semua kena roboh. Ingat saya bukam racist tapi itu masalah yang saya dah lalui. kalu kenal dan hormat budaya dan agama masing2 tak ada masalah.
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: WIN on August 11, 2010, 09:40:23 AM
Betul tu, kena jaga sama imej Bsp yg ada kuis ni, kan. X sexy.
Maaf, mmg tkluar topik.
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: nana on August 14, 2010, 10:03:08 PM
Imej yang saya nampak skarang --banyak sampah. Bukan cerita backyard atau frontyard rumah masing-masing, tetapi common areas macam shoplots, tepi jalan etc. etc. Tengok je kedai di BSP, same area dengan developer's office (Bangi Heights Development/UM Land). Kan banyak sampah? Macam ni ke komuniti BSP kita? I hope kita dapat ubah. Baru nampak 'civilised' sikit.
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: mossgenio on August 14, 2010, 11:08:33 PM
Masa Gotong Royong Perdana haritu bersih la dalam 2 hari. Tu pun sampah yg dah kumpul masa gotong royong tu MPKj tak kutip2 pun. Konon kata nak hantar lori sampah untuk kutip. Tapi tu dulu. Sekarang MPKj dah OK kut... agaknya lah kemungkinannya.
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: WIN on August 14, 2010, 11:15:01 PM
Kesedaran sivik bukan setakat pd kebersihan, tp umum. Ciri2 org x sivik... X patuh peraturan jln raya, membuat jiran rasa tganggu, berpakaian mjolok mata, tidak peka dgn komuniti setempat, tidak
Menghurmati jiran, tidak mahu bergaul dgn komuniti setempat n banyak lg.
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: mossgenio on August 14, 2010, 11:19:47 PM
Kesedaran sivik bukan setakat pd kebersihan, tp umum. Ciri2 org x sivik... X patuh peraturan jln raya, membuat jiran rasa tganggu, berpakaian mjolok mata, tidak peka dgn komuniti setempat, tidak
Menghurmati jiran, tidak mahu bergaul dgn komuniti setempat n banyak lg.
Macam parking masa pasar malam/ramadan.  ;D
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: putra frozen on September 25, 2010, 02:10:53 AM
 ;) :) :D ;D biasa la tu..
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: saiful2115 on October 05, 2010, 05:37:14 AM
BSP mahal berbanding  BBM???

Kat BSP semua benda boleh di katakan ada skrg. Alhamdulillah semua ada, Sekolah,bank,kedai,surau,balai polis,kolej universiti pun ada. Pasai tu la harga BSP dah tinggi. Strategi yang baik dari UMLAND. Boleh dia naikkan harga property kat situ tinggi2. sampaikan sekarang ni hampir semua tanah UMLAND kat BSP ni dah dimajukan.

Pada mereka yang kat BBM tu, harap bersabar semua. Tuan2 semua kira nye beruntung juga kerana dpt beli rumah dengan harga yang rendah. sambil tu boleh gunakan kemudahan yang ada kat BSP tu, pasal bukannye jauh sgt kan?. Bersetuju dengan komen saudara sebelum nie, ARAPROP ni tunggu BSP dah betul2 pack, dia akan launch projek2 baru dia. Masa tu harga mesti dah tinggi. Contoh semi-D terbaru yang akan di launch tahun depan (Show house dah nak siap) harganye RM500K ke atas. Kalau tgk masterplan pun, mcm2 akan di buat kat BBM tu (sekolah,masjid,shop lot baru) dan xsilap kawasan berhampiran tol akan dibuat commercial center. Tengok jalan kat BBM pun lebar, cuma tidak di maintain je ( mungkin sbb xramai sgt penduduknye kot). Penduduk2 yang seksyen dalam2 kt BBM tu pun ada dua option untuk keluar ke tol ( nak amik kanan atau kiri) Xde la sesak sgt nnt kalau dah banyak penduduk (maybe lagi 5-10 tahun), kalau di BSP tu la satu2 nye jalan nak keluar masuk (sampai skrg ni tgk semakin teruk jalan tu kena lenjan hari2).

Apa2 pun tunggu dan lihat..syukur dengan apa yang kita ada.
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: namatakpenting on October 05, 2010, 09:39:00 AM
saya takut orang bumiputra tak dapat beli sebab harga dah terlampau tinggi.

Post by: mossgenio on October 28, 2010, 07:16:33 PM
Banglow BBM lagi mahal dari yg kat BSP. Trend dah nak berubah kut....
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: ed_BSP on February 05, 2011, 02:29:24 AM
Sudah 2 tahun posted first message dlm thread nie...

ANDA BOLEH LIHAT SENDIRI..bagaimana progress di BBM dan BSP!  Masing-masing di atas komen-komen saudara..., cadangan ke arah penambaikan.... telahpun menampakkan hasilnya di mana pembangunan rancak sedang berlaku... 

Manalah tahu 5, 10 thn akan datang, segala komentar negatif tu dah tiada dan mungkin masalah baru pula timbul.....KESESAKAN JALANRAYA seperti di Bandar Baru Bangi sekarang ni. Aduh.... semoga apa yang saya cakap di pagi nie taklah menjadi kenyataan ...   

Tak lama lagi...projek LAMAN INDAH, BSP akan siap. Sy yg berada di Tmn sebelahnya yang saya kira adalah antara kumpulan terkecil Fasa 7 BSP akan 'bersaing' untuk keluar ke tempat kerja pagi-pagi. Dan sudah tentu akan menambahkan lagi keceriaan di pagi hari :D   

Bukan itu sahaja sedara2 sekalian, projek terbaru yang lebih 'HOT' lagi akan dimulakan tidak lama sahaja lagi! Jika anda semua perasan pagar hijau atas tol BSP-BBP(Putra Mahkota) yang dulunya tempat saya sorang-sorang berjoging sambil melihat burung Tekukur bertelur...akan menambahkan ahli kariah BSP .... aduhai nilaian tanahnya minima pun RM600K ++ !!!    :P

So, anda yang meletak kenderaan di persimpangan ofis Bangi Height untuk ke pasar malam BSP akan sedikit sebanyak menghalang laluan ke perumahan elit yang akan dibina tidak lama lagi. Sudah tentu akan menimbulkan rasa ketidaksenangan penghuni utk tmn perumahan baru yang dijangka elit! (kot??) Jika dibandingkan dengan Jiran-jiran Elit kita di Banyan Close, BBM...sudah tentu mereka di Banyan Close lebih privasi dan lebih secured.

Hmmm, rumahKu syurgaKu....     wassalam
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: jabbar4aiman on February 25, 2011, 04:58:40 PM
...Tak lama lagi...projek LAMAN INDAH, BSP akan siap. Sy yg berada di Tmn sebelahnya yang saya kira adalah antara kumpulan terkecil Fasa 7 BSP akan 'bersaing' untuk keluar ke tempat kerja pagi-pagi. Dan sudah tentu akan menambahkan lagi keceriaan di pagi hari :D  

Bukan itu sahaja sedara2 sekalian, projek terbaru yang lebih 'HOT' lagi akan dimulakan tidak lama sahaja lagi! Jika anda semua perasan pagar hijau atas tol BSP-BBP(Putra Mahkota) yang dulunya tempat saya sorang-sorang berjoging sambil melihat burung Tekukur bertelur...akan menambahkan ahli kariah BSP .... aduhai nilaian tanahnya minima pun RM600K ++ !!!    :P

Mengikut sumber dalaman, kawasan tu akan dibina rumah Semi-D dan Cluster.. sepatutnya bulan Februari launch, tapi ni dah nak ujung bulan pon rasanya macam takde plak dengar berita apa-apa..
Title: Re: Kenapa Rumah di Seri Putra Mahal Berbanding Bukit Mahkota ?
Post by: amamrzahraa on March 29, 2012, 10:50:36 PM
erm..mula2 dulu masa kawasan BSP dan BBM dibuka....sebab BBM kurang popular disebabkan wujudnya temapt buang sampah sungai kembong.....dan masa tengah rancak pembangunan.lion group hadapi masalah..hampir nak bankrap..tapi rasanya masing2 ada kelebihan dan kekurangan...nya..

http://ammarzahraa.blogspot.com (http://ammarzahraa.blogspot.com)