Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Komuniti Putra Mahkota => Bandar Bukit Mahkota => Masjid At-Taqwa => Topic started by: zul on 02 Aug, 05:42:21 PM

Title: Gotong Royong Pembersihan tapak masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota @ 8-8-2010...
Post by: zul on 02 Aug, 05:42:21 PM
   
Monday, August 2, 2010
Pembersihan tapak masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota @ 8-8-2010...


assalamualaikum,

sms terkini diterima daripada setiausaha jawatankuasa pembinaan masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota,sdr junaidi...
" Salam, insya-allah pihak MPKj akan melakukan kerja-kerja pembersihan tapak masjid At-Taqwa,Bdr bukit Mahkota pada hari Ahad/8-8-2010. Sebelum itu,mereka akan turun untuk "site survey" pada jam 9pagi esok 3/8/2010. Sesiapa yang ada kelapangan masa, bolehlah turut serta esok".cc Pengerusi.

Jom kita sama-sama turun gotong royong pada tarikh Ahad/8-8-2010.
Kerjasama semua adalah amat dihargai.

Sekian.
Title: Re: Gotong Royong Pembersihan tapak masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota @ 8-8-2010
Post by: zul on 03 Aug, 12:02:19 PM
pagi tadi seramai 4 pegawai mpkj bersama-sama ahli majlis mpkj zon24, tuan haji mazwan johar turun ke tapak masjid at-taqwa bagi "site survey" utk kerja-kerja pembersihan tapak..insya-allah, kerja-kerja awal akan dimulakan mulai hari khamis ni sehinggalah kemuncaknya pada hari ahad/8-8-2010.
ini kerana kawasan tapak masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota yang ingin dibersihkan luasnya lebih kurang 3 ekar..
jom sama-sama kita bantu. insya-allah, pusat khidmat komuniti putra-mahkota juga akan sama-sama turut serta. :)
 
Title: Re: Gotong Royong Pembersihan tapak masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota @ 8-8-2010...
Post by: mossgenio on 03 Aug, 02:36:57 PM
Kalau perlu land surveyor untuk detail/topo survey bagi kebenaran merancang dsb, boleh inform saya.  ;D
Title: Re: Gotong Royong Pembersihan tapak masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota @ 8-8-2010...
Post by: kirana on 03 Aug, 04:51:21 PM


Jom kita sama-sama turun gotong royong pada tarikh Ahad/8-8-2010.
Kerjasama semua adalah amat dihargai.

LOKASI D SEKSYEN BRAPER?
Title: Re: Gotong Royong Pembersihan tapak masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota @ 8-8-2010...
Post by: Wazzatldmuchampions on 03 Aug, 05:01:55 PM


Jom kita sama-sama turun gotong royong pada tarikh Ahad/8-8-2010.
Kerjasama semua adalah amat dihargai.

LOKASI D SEKSYEN BRAPER?

bersebelahan roundabout seksyen 5 & 6
Title: Re: Gotong Royong Pembersihan tapak masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota @ 8-8-2010...
Post by: PAS Putra Mahkota on 05 Aug, 09:21:55 AM
Assalamualaikum w.h.b.

Sempena Gotong Royong Pembersihan Tapak Mesjid At-Taqwa pada 8-8-2010,
Ahli Majlis bersama AJK Pusat Khidmat Komuniti Putra Mahkota akan melancarkan program "Bersih Walk Putra Mahkota" yang akan bermula pada hari yang sama Jam 7.30 pagi bertempat di Padang Seksyen 4

Sehubungan dengan itu, Pihak cawangan memohon kerjasama mana2 ahli yang berkelapangan pada waktu tersebut untuk turun hadir menghulurkan tenaga dalam program tersebut dan seterusnya membantu AJK Mesjid untuk membersihkan Tapak Mesjid At-Taqwa

InsyaAllah, semoga segala amal jariah tuan puan semua mendapat ganjaran yang setimpal..

Wassalam..
Title: Re: Gotong Royong Pembersihan tapak masjid at-taqwa,bdr bukit mahkota @ 8-8-2010...
Post by: zul on 06 Aug, 04:37:58 PM
salam,

alhamdullilah, kerja-kerja awal pembersihan tapak masjid at-taqwa dah pun bermula semalam,khamis/5-8-2010.
insya-allah, akan diteruskan sehingga ahad/8-8-2010.