Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Komuniti Putra Mahkota => Bandar Seri Putra => Topic started by: namatakpenting on 10 Oct, 12:01:07 PM

Title: Bangi Height dan Wakil Persatuan Penduduk BSP
Post by: namatakpenting on 10 Oct, 12:01:07 PM
9 Oktober 2010, 11.30 pagi.

Satu majlis ramah mesra telah dilangsungkan oleh pihak pemaju Bandar Seri Putra (BSP) dengan wakil persatuan penduduk di BSP.

Majlis ringkas ini antara lain untuk perkenalan antara wakil pemaju dan juga wakil penduduk agar dapat bekerja lebih erat dalam masa akan datang.

Pihak Bangi Height dalam pada itu memaklumkan perkembangan terkini kerja-kerja mereka di sini. Antaranya proses menyerahan kawasan kepada MPKj. Ahli Majlis Zon 24 yang turut hadir mengambil perhatian berkenaan perkara ini. Berkenaan lanskap, Bangi Height juga akan menaik taraf bagi mencantikkan disamping memastikan lanskap tersebut tidak menghadang pemandangan pemandu terutama di simpang-simpang. Serta, kerja pemantauan trafik sedang dijalankan dibeberapa persimpangan termasuk persimpangan sekolah SK-BSP. Permohonan mewujudkan lampu isyarat akan dihantar kerana trafik yang sibuk di persimpangan tersebut. Dilaporkan juga terdapat beberapa kemalangan telah berlaku di situ.

Manakala, wakil penduduk sambil menikmati hidangan yang disediakan, telah turut melontarkan pandangan serta cadangan penduduk kepada pihak pemaju. Wakil penduduk juga telah menyampaikan rasa terima kasih kepada pemaju kerana terus menyokong aktiviti penduduk (Majlis Ramah Mesra BSP Sbatu depan ditaja oleh Bangi Height) dan juga terus perihatan dengan mengambil tahu masalah setempat. 'After sales service' yang baik ini amat dihargai penduduk kerana tidak semua pemaju sebegini.

Majlis berakhir sekitar 1 petang.

(http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs779.snc4/65962_477828973707_245996843707_6885465_2425967_n.jpg)

(http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs758.snc4/65845_477829378707_245996843707_6885476_6034033_n.jpg)

(http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs386.snc4/44900_477826903707_245996843707_6885411_8024621_n.jpg)

(http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs782.snc4/66209_477827198707_245996843707_6885430_6164942_n.jpg)

(http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs772.snc4/67261_477827463707_245996843707_6885439_204472_n.jpg)

(http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs094.snc4/36078_477829253707_245996843707_6885472_2175612_n.jpg)

(http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs763.snc4/66394_477827688707_245996843707_6885444_4444158_n.jpg)

-Khai@BSP-