Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Komuniti Putra Mahkota => Bandar Seri Putra => Surau Umar Al-Khattab => Topic started by: jabbar4aiman on 10 Nov, 12:39:18 PM

Title: Progress Photos Surau Saidina Umar Al-Khattab sehingga 10 Nov 2010
Post by: jabbar4aiman on 10 Nov, 12:39:18 PM
Salam, komen saya ni berdasarkan pengetahuan sikit-sebanyak yang ada pasal construction, kalo salah jangan perli yer..  ;D

Kerja-kerja menyediakan footing
(http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs458.ash2/73164_127402607315932_120427501346776_160755_7786565_n.jpg)

Foamwork untuk lantai dah ada
(http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs958.snc4/75121_127402817315911_120427501346776_160757_8207229_n.jpg)

Besi tetulang dah mula diikat
(http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs1160.snc4/150248_127403063982553_120427501346776_160759_1738230_n.jpg)
Title: Re: Progress Photos Surau Saidina Umar Al-Khattab sehingga 10 Nov 2010
Post by: jabbar4aiman on 10 Nov, 12:43:42 PM
Tuang konkrit untuk lantai - satu hari aje siap
(http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs925.snc4/73834_127403263982533_120427501346776_160761_7743173_n.jpg)

Foamwork untuk tiang dah mula naik
(http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs494.ash2/76764_127403410649185_120427501346776_160762_980418_n.jpg)

Tiang dah ada terpacak  :)
(http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs580.ash2/150264_127403533982506_120427501346776_160764_859114_n.jpg)

Foamwork Beam atap dah mula pasang
(http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs458.ash2/73132_127403567315836_120427501346776_160765_5785125_n.jpg)
Title: Re: Progress Photos Surau Saidina Umar Al-Khattab sehingga 10 Nov 2010
Post by: putra88 on 10 Nov, 02:18:35 PM
>>>ni dah mcm laporan yg disediakan oleh Penyelia Tapak......anyway tahniah atas usaha melaporkan kemajuan kerja surau berkenaan. Diharapkan surau tu dpt disiapkan dlm tempoh yg ditetapkan agar ia dpt menjadi meeting point semua kariah selain dari utk beribadat....
Title: Re: Progress Photos Surau Saidina Umar Al-Khattab sehingga 10 Nov 2010
Post by: Raiesa on 11 Nov, 10:35:22 PM
Tahniah En jabbar
Title: Re: Progress Photos Surau Saidina Umar Al-Khattab sehingga 10 Nov 2010
Post by: nokiasaya on 15 Nov, 01:28:59 PM
Alhamdulillah  :) Semoga pembinaan surau ini dapat merapatkan ukhuwah penduduk nusa putra..
Title: Re: Progress Photos Surau Saidina Umar Al-Khattab sehingga 23 Nov 2010
Post by: jabbar4aiman on 23 Nov, 10:57:33 AM
Konkrit wall beam dah kering
(http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs592.ash2/154455_130382163684643_120427501346776_174516_2963206_n.jpg)

Dah mula ikat bata
(http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs947.snc4/74039_130382237017969_120427501346776_174518_6518276_n.jpg)

Kerja-kerja membumbung dah bermula.. nampak macam silingnya tinggi, agak-agak dalam 13 kaki..
(http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs964.snc4/75748_130382123684647_120427501346776_174515_297179_n.jpg)
Title: Re: Progress Photos Surau Saidina Umar Al-Khattab sehingga 25 Feb 2011
Post by: jabbar4aiman on 01 Mar, 11:08:01 AM
15 Feb - reflective foil bumbung dah dipasang.
(http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/188880_154189007970625_120427501346776_302861_4418732_n.jpg)

25 Feb - Genting atap dah dihantar ke tapak pembinaan surau (boleh nampak sebelah backhoe)
(http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/183880_154595737929952_120427501346776_305035_2994140_n.jpg)
Title: Re: Progress Photos Surau Saidina Umar Al-Khattab sehingga 3 Mac 2011
Post by: jabbar4aiman on 03 Mar, 09:13:54 AM
1 Mac - Kren mula angkat genting atap ke bumbung
(http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/183880_154595741263285_120427501346776_305036_5512565_n.jpg)

2 Mac - Kerja mengatap bermula
(http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/183880_154595747929951_120427501346776_305037_7540545_n.jpg)

3 Mac - Kerja mengatap hampir selesai
(http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/183880_154595751263284_120427501346776_305038_1627013_n.jpg)
Title: Re: Progress Photos Surau Saidina Umar Al-Khattab sehingga 10 Nov 2010
Post by: aseela on 03 Mar, 02:33:01 PM
maaf bertanya....surau saidina umar ni, mesra OKU ke?..terimakasih
Title: Re: Progress Photos Surau Saidina Umar Al-Khattab sehingga 10 Nov 2010
Post by: jabbar4aiman on 03 Mar, 04:09:55 PM
Mohon maaf, saya tak sempat meneliti pelan bangunan surau masa dipaparkan di papan kenyataan dulu. Sekadar nampak sekali lalu saje.
Title: Re: Progress Photos Surau Saidina Umar Al-Khattab sehingga 10 Nov 2010
Post by: haji_hamid on 11 Mar, 10:00:45 AM
kalau tak ada, masih bole di usulkan pada yg berkenaan ke?. ada beberapa usul yang hendak saya kemukakan...
1. lebih molek jika ada kemudahan ramp untuk yang berkerusi roda naik/turun ke ruang sembahyang utama...wp kurang upaya, tapi sama2 bole memeriahkan surau
2. sudut khutub khanah, mungkin ada yang ingin menyumbangkan buku2....perkongsian ilmu
3. tempat riadah..untuk bersukan...badan sihat, minda cerdas :)

terimakasih :)
Title: Re: Progress Photos Surau Saidina Umar Al-Khattab sehingga 10 Nov 2010
Post by: jabbar4aiman on 11 Mar, 11:38:25 AM
Terima kasih atas cadangan dan pandangan. Namun, macam saya cakap sebelum ni, tak sempat meneliti pelan.. dan pelan nyer pon dah takde di papan notis dah.. apa pun, diharapkan JK Pembinaan Surau SUAK ade le menjengah ke forum ni. Saya ni cuma tolong free untuk war-warkan tentang surau depan rumah tanpa terlibat dengan jawatankuasa..  :)
Title: Re: Progress Photos Surau Saidina Umar Al-Khattab sehingga 26 Mac 2011
Post by: jabbar4aiman on 29 Mar, 11:41:00 AM
26 Mac - Kerja mengatap telah selesai dan kerja mengecat sedang dijalankan
(http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/200442_160462150676644_120427501346776_340778_6184207_n.jpg)
Title: Re: Progress Photos Surau Saidina Umar Al-Khattab sehingga 10 Nov 2010
Post by: ayiesal on 29 Mar, 01:48:25 PM
Alhamdulillah... Hampir siap nampaknye.

Hari2 lalu tapi tak nampak dalam sebab berpagar. Anak2 pon asyik bertanye, bile nak semayang kat surau baru nih... sabor nak, saboorrr....  :)
Title: Re: Progress Photos Surau Saidina Umar Al-Khattab sehingga 10 Nov 2010
Post by: Che Kob on 03 Apr, 10:59:55 PM
Alhamdulillah... Hampir siap nampaknye.

Hari2 lalu tapi tak nampak dalam sebab berpagar. Anak2 pon asyik bertanye, bile nak semayang kat surau baru nih... sabor nak, saboorrr....  :)
Petang tadi berpeluang masuk ke kawasan pembinaan. Alhamdullilah ada kemudahan utk oku and insya allah bulan mei nanti kita sama-sama berjemaah di surau baru. Dari permerhatian saya tadi, tinggal karpet, sliding door jer belum di pasang utk dewan utama. L
Title: Re: Progress Photos Surau Saidina Umar Al-Khattab sehingga 12 April 2011
Post by: jabbar4aiman on 14 Apr, 06:09:48 PM
11 April - Kerja mengecat dah selesai nampaknya
(http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/216235_163993573656835_120427501346776_360612_406274_n.jpg)

12 April - Test lampu ke atau kerja shift malam ni..
(http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/216235_163993576990168_120427501346776_360613_5789177_n.jpg)
Title: Re: Progress Photos Surau Saidina Umar Al-Khattab sehingga 10 Nov 2010
Post by: rosdin on 18 Apr, 07:50:17 PM
Alhamdulillah... surau penduduk Fasa 7 hampir siap sepenuhnya..
kami bakal penduduk Fasa Laman Indah yg mana projek rumah kami hampir siap rasa syukur dgn adanya surau ini.. semoga surau ini dpt mengeratkan tali silaturrahim antara penduduk Fasa 7 yg lain..  :)
Title: Re: Progress Photos Surau Saidina Umar Al-Khattab sehingga 19 April 2011
Post by: jabbar4aiman on 19 Apr, 10:08:24 AM
Dapat berita daripada Pengerusi Surau Saidina Umar Al-Khattab malam tadi. Katanya kerja-kerja pembinaan di bangunan surau telahpun siap. Kontraktor projek kini sedang menjalankan kerja-kerja kemasan kawasan luar seperti lanskap, laluan dan pagar di keliling surau. Namun begitu, tidak dinyatakan oleh beliau jangkaan bilakah surau akan siap sepenuhnya.

Walaupun begitu, jika ada ahli-ahli kariah yang ingin berwakaf apa-apa kelengkapan surau seperti sejadah, naskah-naskah Surah Yassin, Kitab Al-Quran, buku-buku tafsir Quran dan tafsir hadith, barang-barang keperluan pantry (seperti pinggan, mangkuk, cawan, gelas minuman, cerek, periuk dsb) dan buku-buku ilmu agama Islam, bolehlah bersedia dari sekarang. Supaya nanti bolehlah diserahkan kepada Pengerusi dan JK Surau ketika majlis bacaan yassin/tahlil di surau (tertakluk kepada  pengumuman daripada JK Surau)
Title: Re: Progress Photos Surau Saidina Umar Al-Khattab sehingga 10 Nov 2010
Post by: Kapten Shah on 23 Apr, 01:32:23 AM
Assalamualaikum semua,

Baru try2 jer ni. Harap-harapnya dengan adanya surau ini dapatlah mengeratkan lagi semangat kejiranan penduduk-penduduk di sekitar surau ini. Insyaallah.... :)
Title: Re: Progress Photos Surau Saidina Umar Al-Khattab sehingga 10 Nov 2010
Post by: Kapten Shah on 09 May, 10:08:22 AM
Salam....

Ader sesiapa ker yang tahu bila tarikh surau Saidina Umar Al-Khattab ni dibuka? Saya dah tengok karpet dah pasang, lampu kipas dah hidup..cuma tengah buat pagar batu jer sekarang ni...bukan aper..boleh saya war-warkan pada jiran2 di 2/4b/a/c...tq
Title: Re: Progress Photos Surau Saidina Umar Al-Khattab sehingga 10 Nov 2010
Post by: jabbar4aiman on 09 May, 05:42:36 PM
Apa kata petang ni / malam nanti kita gi recce tengok.. Saya pon nak amik gambar utk letak kat sini
Title: Re: Progress Photos Surau Saidina Umar Al-Khattab sehingga 10 Nov 2010
Post by: Atan on 09 May, 06:41:42 PM
Salam,

Rasanya pada 14 Mei 2011 ada buat sedikit Majlis selepas waktu Zohor...tak tahu lah pembukaan ke apa tapi sembahyang Zohor akan diadakan kat Surau Saidina Umar Al-Khattab pada 14 haribulan tu...
Title: Re: Progress Photos Surau Saidina Umar Al-Khattab sehingga 10 Nov 2010
Post by: Kapten Shah on 09 May, 11:59:21 PM
Terima Kasih En Atan... kira belum rasmi/comform lagi la aturcara 14hb ni, Kalau ade info terkini maklum..maner la tahu. perkara baik..perlu dihebah2kan...insyaallah
Title: Re: Progress Photos Surau Saidina Umar Al-Khattab sehingga 10 Nov 2010
Post by: Atan on 13 May, 10:45:46 AM
14hb nie tak jadi lak pulak...entah bila tak tahu lagi...
Title: Re: Progress Photos Surau Saidina Umar Al-Khattab sehingga Mei 2011
Post by: terra2400 on 13 May, 11:06:10 AM
....tukar tarikh je..... ;D ;D ;D.....