Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra
Komuniti Putra Mahkota => Bandar Bukit Mahkota => Topic started by: putramahkota_bangi on November 20, 2008, 12:59:34 PM
-
(http://www.melayu.com/v2/sembang2/img/smiley/sm21.gif)
PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN 2&3
BUKIT MAHKOTA , BANGI, 43000 KAJANG, SELANGOR
Senarai Edaran Kepada :
Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Mahkota, Bangi
Pengerusi Persatuan Penduduk Desa Ria, Nilai
Pengerusi Persatuan Penduduk Nilai Spring Home, Nilai
Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Dahlia, Seri Putra
Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Melati, Seri Putra
Pengerusi Persatuan Penduduk Putra Teres, Seri Putra
Pengerusi Persatuan Penduduk Putra 96, Seri Putra
Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 4, Bkt Mahkota
Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 5, Bkt Mahkota
Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 6, Bkt Mahkota
Tarikh : 20 Nov. 2008
Tuan,
JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH
Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas.
2. Jawatankuasa Biro Belia Dan Sukan, Persatuan Penduduk Seksyen 2 & 3 akan mengadakan Pertandingan Bolasepak 9 Sebelah Remaja Bawah 15 Jemputan Bukit Mahkota. Pertandingan tersebut akan diadakan seperti berikut :-
Tarikh : 28 Disember 2008 ( Ahad )
Masa : 8.30 Pagi – 6.30 petang
Tempat : Padang Bolasepak Bukit Mahkota , Seksyen 4
3. Semoga pertandingan ini akan dapat mengujudkan suasana harmoni dan semangat kesukanan yang tinggi diantara remaja setempat. Borang Penyertaan akan diberi kemudian.
Sekian terima kasih.
Jawatankuasa Biro Belia dan Sukan ,
Persatuan Penduduk Seksyen 2 & 3 Bandar Bukit Mahkota
-
Kenapa Pangsapuri Seri Mawar tidak di jemput? Banyak aktiviti yg dijalankan, kami tak dijemput. Kenapa ya?
-
Kenapa Pangsapuri Seri Mawar tidak di jemput? Banyak aktiviti yg dijalankan, kami tak dijemput. Kenapa ya?
salam ...
jika seri mawar mempunyai cukup team ..boleh hantar permohonan.
Tiada masalah. Cuma saya tak tahu nk berhubuang dengan siapa yg berkenaan di seri mawar. Skrg ni sdr SB boleh ker sediakan team anda.
Saya sedia menanti. ;D
-
Tak sempat nak sediakan.
Mungkin lepas ini kalau ada sebarang jemputan atau pertandingan boleh disalurkan ke Pejabat Bersama "Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Seri Mawar" dan "Persatuan Penduduk Pangsapuri Seri Mawar", A-G-14, Pangsapuri Seri Mawar, Bandar Seri Putra.
Terima kasih
-
tiada yg berminat ker taja Team Remaja di kawasan tuan2. Dari pada dibiarkan budak2 remaja tu melapak di Cyber Cafe. Baik ler taja diaorg tu main bola. . . byk manfaatnya.
-
Vista Seri Putra pun tak di jemput ke?
Janganlah kerana pasukan Vista Johan didalam pertandingan Futsal anjuran Kelab Sukan BSP, maka pasukan remaja kami tak di jemput. He! He!
-
ermm... baginilah. Jika tuan2 ada team remaja bawah 15 tahun. sila hantar permohonan kepada Pengerusi Persatuan Penduduk sek 2 dan 3, Bkt mahkota .
Permohonan tuan akan dipertimbangkan. sila hantar secepat mungkin. daftarkan 12 pemain sahaja.
-
Cuma nak tanya. Padang bola Seksyen 4 kat deretan kedai tu ke?
Boleh main lagi ke padang tu. Macam dah tak de rumput aje.
-
PERSATUAN PENDUDUK SEKSYEN 2&3
BUKIT MAHKOTA , BANGI, 43000 KAJANG, SELANGOR
Senarai Edaran Kepada :
Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 2, Bkt Mahkota
Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 3, Bkt Mahkota
Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 4, Bkt Mahkota
Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 5, Bkt Mahkota
Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 6, Bkt Mahkota
Tarikh : 26 Feb. 2009
Tuan,
JEMPUTAN MENYERTAI PERTANDINGAN BOLA SEPAK
REMAJA BAWAH 15
Adalah saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara diatas.
2. Jawatankuasa Biro Belia Dan Sukan, Persatuan Penduduk Seksyen 2 & 3 akan mengadakan Pertandingan Bolasepak Remaja Bawah 15 Jemputan Bukit Mahkota. Pertandingan tersebut akan diadakan seperti berikut :-
Tarikh : 21 Mac 2009 ( Sabtu )