Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Komuniti Putra Mahkota => Bandar Seri Putra => Surau Umar Al-Khattab => Topic started by: namatakpenting on 16 May, 05:01:27 PM

Title: Berita Surau Phasa 7 BSP - Sudah Siap : 200 org Jemaah
Post by: namatakpenting on 16 May, 05:01:27 PM
BERITA SURAU

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

kepada semua warga Princeton
 
Dimaklumkan AJK Pembinaan SUAK akan mengadakan Majlis Doa Selamat dan Solat Hajat di Surau ini pada 28 Mei 2011 (Hari sabtu). Tuan puan dijemput hadir pada hari tersebut.
 
(http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/228305_10150246372033708_245996843707_8849566_7173124_n.jpg)
Pandangan Hadapan

Tidak berapa hari lagi Surau Syaidina Umar Al-Khattab akan dapat digunakan kepada semua penduduk Fasa 7, Bandar seri Putra. (Princeton, Castanea, Puncak Unggul, Putra, Nusa, Aman & Rimbun Suria)
 
(http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/226982_10150246372108708_245996843707_8849570_3744891_n.jpg) (http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/225753_10150246372053708_245996843707_8849567_906254_n.jpg)
Ruang Dalam Yg Luas

(http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/227994_10150246372078708_245996843707_8849568_187618_n.jpg) (http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/231185_10150246372088708_245996843707_8849569_6998495_n.jpg)
Ruang Dalam Surau

Tempat ibadah ini akan membolehkan aktiviti-aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan dapat dijalankan dengan terautur mengikut tuntutan Islam.
      
(http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/222755_10150246372128708_245996843707_8849571_3542269_n.jpg) (http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/225274_10150246372143708_245996843707_8849572_6389055_n.jpg) (http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/225209_10150246372153708_245996843707_8849573_6678604_n.jpg)
Mesyuarat AJK Pembinaan Surau SUAK Yang Di adakan Baru2 ini.

Sekalung tahniah kepada AJK Pembinaan SUAK, selama ini telah bertungkus lumus dengan merelakan masa mereka bagi merancang pembangunan Surau Syaidina Umar Al-Khattab ini sehingga menjadi kenyataan. Sumber kewangan diperolehi dari sumbangan derma ikhlas penduduk Bandar Seri Putra, Badan Korporat, Politik, Syarikat dan Individu.  Inshaallah hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala susah payah serta keringat tuan/puan itu, hanya Syurga Allah balasannya..  Amin......

salam ikhlas:  ZaludinAB.
(Sumber: Mohd Puzi Razali {mprazali@gmail.com})
Title: Re: Berita Surau Phasa 7 BSP - Sudah Siap : 200 org Jemaah
Post by: sania on 16 May, 05:09:20 PM
Majlis Doa Selamat dan Solat Hajat di Surau ini pada 28 Mei 2011 (Hari sabtu). - lepas magrib ye
Title: Re: Berita Surau Phasa 7 BSP - Sudah Siap : 200 org Jemaah
Post by: namatakpenting on 16 May, 05:11:06 PM
maaf saya tak tahu.. saya hanya terima maklumat seperti yg diemail kepada saya.

Majlis Doa Selamat dan Solat Hajat di Surau ini pada 28 Mei 2011 (Hari sabtu). - lepas magrib ye
Title: Re: Berita Surau Phasa 7 BSP - Sudah Siap : 200 org Jemaah
Post by: Atan on 30 May, 09:22:50 AM
Alhamdullilah..Surau Umar Al-Khattab telah siap dan di rasmikan pada Hari Sabtu lepas, 28 Mei 2011.

Setinggi2 tahniah kepada AJK Surau dan penduduk Phasa 7 BSP  yang telah bertungkus-lumus selama 2 tahun bagi projek pembinaan Surau Umar Al-Khattab.

Harap2 sama2 penduduk Phasa 7 BSP memakmurkan Surau kita.