Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Komuniti Putra Mahkota => Bandar Seri Putra => Masjid Bandar Seri Putra => Topic started by: jabbar4aiman on 11 Dec, 01:37:19 PM

Title: Surat Pelepasan Cukai daripada LHDN untuk Masjid Al-Mustaqim BSP
Post by: jabbar4aiman on 11 Dec, 01:37:19 PM
Assalamualaikum Semua,

JK Pembinaan memanjatkan Syukur Alhamdulillah di atas limpah kurniaNya...

Di atas usaha kuat YBhg Datuk Saian, Masjid Al-Mustaqim BSP berjaya mendapatkan Surat Pelepasan Cukai daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), berkuatkuasa pada 15hb Disember 2011 sehingga 14hb Disember 2014 (tempoh 3 tahun).

Resit rasmi boleh didapati daripada Bendahari (sdr Ahmad Nizam tel: 019-2462115) atau daripada Setiausaha (Tn. Hj. Anwar tel: 019-8852321) dengan membawa maklumat dan item berikut:

Tolong war-warkan kepada sahabat, kenalan, para jemaah di surau, rakan sekerja, serta penduduk BSP mengenai perkara ini supaya kita akan mendapat sumbangan yang lebih banyak bagi merealisasikan hasrat kita untuk melihat sebuah masjid di BSP dibina.
 
Walau bagaimanapun, Setiausaha akan berada di luar kawasan mulai esok selama seminggu.

Sekian, wassalam.
 
Yang Menjalankan Tugas,
MOHD ANWAR KHAN
Setiausaha

Title: Re: Surat Pelepasan Cukai daripada LHDN untuk Masjid Al-Mustaqim BSP
Post by: sazzahan on 11 Dec, 03:53:05 PM
alhamdulillah. bermula 15 disember 2011.  :D
Title: Re: Surat Pelepasan Cukai daripada LHDN untuk Masjid Al-Mustaqim BSP
Post by: Tomatoman on 12 Dec, 11:03:12 AM
utk individu boleh tak? still kena RM5000.00 keatas gak ke?
Title: Re: Surat Pelepasan Cukai daripada LHDN untuk Masjid Al-Mustaqim BSP
Post by: jabbar4aiman on 12 Dec, 11:13:18 AM
utk individu boleh tak? still kena RM5000.00 keatas gak ke?

Boleh.. yg ditulis tu maksudnya memerlukan alamat penderma RM5,000.00 ke atas sahaja.. bawah RM5,000 tak wajib beri alamat..
Title: Re: Surat Pelepasan Cukai daripada LHDN untuk Masjid Al-Mustaqim BSP
Post by: jabbar4aiman on 17 Dec, 05:41:34 PM
Bawak slip bank-in jumpa Bendahari/Setiausaha, kita akan keluarkan resit rasmi dengan jumlah total derma (mengikut dalam slip). Jumlah itulah yg akan diguna untuk letak dalam borang income tax untuk pengecualikan cukai untuk tahun ini.

Mohon pastikan slip bank-in masih ada dakwat, ye.. mesti kena nampak tertera nombor akaun Masjid Al-Mustaqim
Title: Re: Surat Pelepasan Cukai daripada LHDN untuk Masjid Al-Mustaqim BSP
Post by: namatakpenting on 21 Dec, 09:04:46 AM
bro, dicadangkan agar surat2 berkaitan dapat discan (letak watermark) dan kongsikan di sini.
Title: Re: Surat Pelepasan Cukai daripada LHDN untuk Masjid Al-Mustaqim BSP
Post by: sazzahan on 21 Dec, 09:06:47 AM
masih ada 10 hari lagi untuk menderma sebelum tahun depan  ;D ;D
Title: Re: Surat Pelepasan Cukai daripada LHDN untuk Masjid Al-Mustaqim BSP
Post by: ayiesal on 21 Dec, 01:19:06 PM
masih ada 10 hari lagi untuk menderma sebelum tahun depan  ;D ;D

Maksudnye untuk dapat pelepasan cukai 2011 la eh... bijak ko eh  ;D ;D ;D
Den punyo gaji mmg tak cukup untuk baya cukai lagik...
Title: Re: Surat Pelepasan Cukai daripada LHDN untuk Masjid Al-Mustaqim BSP
Post by: jabbar4aiman on 21 Dec, 06:10:42 PM
Surat LHDN masih pada Setiausaha.. sedang diusahakan untuk di-digital-kan untuk rujukan semua..
Title: Re: Surat Pelepasan Cukai daripada LHDN untuk Masjid Al-Mustaqim BSP
Post by: my on 21 Dec, 08:30:57 PM
masih ada 10 hari lagi untuk menderma sebelum tahun depan  ;D ;D

Maksudnye untuk dapat pelepasan cukai 2011 la eh... bijak ko eh  ;D ;D ;D
Den punyo gaji mmg tak cukup untuk baya cukai lagik...

iyo ko tu.. ;D ;D ;D
Title: Re: Surat Pelepasan Cukai daripada LHDN untuk Masjid Al-Mustaqim BSP
Post by: ayiesal on 21 Dec, 08:35:55 PM
masih ada 10 hari lagi untuk menderma sebelum tahun depan  ;D ;D

Maksudnye untuk dapat pelepasan cukai 2011 la eh... bijak ko eh  ;D ;D ;D
Den punyo gaji mmg tak cukup untuk baya cukai lagik...

iyo ko tu.. ;D ;D ;D

Den dah 10 tahun kojer, satu sen cukai pon tak pernah baya lagi. Kadang2 zakat pon den tak masukkan dalam pelepasan cukai sobab dah tau takkan kene cukai. Maklumlah, den ni pangkat bawahan jer...  :(
Title: Re: Surat Pelepasan Cukai daripada LHDN untuk Masjid Al-Mustaqim BSP
Post by: sazzahan on 22 Dec, 09:29:21 AM

....Kadang2 zakat pon den tak masukkan dalam pelepasan cukai sobab dah tau takkan kene cukai.
baguslaa camtu huhuhu
Title: Re: Surat Pelepasan Cukai daripada LHDN untuk Masjid Al-Mustaqim BSP
Post by: my on 22 Dec, 06:18:12 PM
masih ada 10 hari lagi untuk menderma sebelum tahun depan  ;D ;D

Maksudnye untuk dapat pelepasan cukai 2011 la eh... bijak ko eh  ;D ;D ;D
Den punyo gaji mmg tak cukup untuk baya cukai lagik...

iyo ko tu.. ;D ;D ;D

Den dah 10 tahun kojer, satu sen cukai pon tak pernah baya lagi. Kadang2 zakat pon den tak masukkan dalam pelepasan cukai sobab dah tau takkan kene cukai. Maklumlah, den ni pangkat bawahan jer...  :(

iyo la ni.. ;D ;D ;D
Title: Re: Surat Pelepasan Cukai daripada LHDN untuk Masjid Al-Mustaqim BSP
Post by: ayiesal on 23 Dec, 04:08:16 PM

Botul... Den punyo cukai bersamo tak pornah kono bayor dan tak perlu masuk apo2 kat pelepasan tu sobab mmg tak lepas punye. Sapo2 ado kojo best, bulehla tolong den  ;D ;D ;D
Title: Re: Surat Pelepasan Cukai daripada LHDN untuk Masjid Al-Mustaqim BSP softcopy
Post by: jabbar4aiman on 27 Dec, 03:31:26 PM
Disertakan softcopy surat-surat terkini:

Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Title: Re: Surat Pelepasan Cukai daripada LHDN untuk Masjid Al-Mustaqim BSP
Post by: zul on 27 Dec, 05:30:42 PM
tahniah...boleh kongsikan prosedur utk dapatkan kelulusan LHDN ini?.terima kasih.
Title: Re: Surat Pelepasan Cukai daripada LHDN untuk Masjid Al-Mustaqim BSP - Prosedur
Post by: jabbar4aiman on 27 Dec, 06:03:52 PM
tahniah...boleh kongsikan prosedur utk dapatkan kelulusan LHDN ini?.terima kasih.

Prosedur telah saya war-warkan di sini http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=3279.msg59798#msg59798 (http://putra-mahkota.com/forum/index.php?topic=3279.msg59798#msg59798) pada tahun 2010.

Sepengetahuan saya, pihak JK Pembinaan sendiri memang follow prosedur yang sama untuk membuat permohonan.
Title: Re: Surat Pelepasan Cukai daripada LHDN untuk Masjid Al-Mustaqim BSP softcopy
Post by: my on 27 Dec, 06:49:24 PM
Disertakan softcopy surat-surat terkini:

  • muka pertama Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) yang dikeluarkan oleh LHDN kepada Tabungwang Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP untuk rujukan semua penderma.
  • Surat Pemberitahuan daripada Pengerusi JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim berkenaan Kelulusan LHDN tersebut

Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim

bosar kan bang attachment tu... ;D ;D
Title: Re: Surat Pelepasan Cukai daripada LHDN untuk Masjid Al-Mustaqim BSP softcopy
Post by: daddyvw on 27 Dec, 06:56:29 PM

klik jer kat gambar tu dan tunggu jap... dia boleh besar dengan sendirinya... ::) ::) ::)
Title: Re: Surat Pelepasan Cukai daripada LHDN untuk Masjid Al-Mustaqim BSP softcopy
Post by: jabbar4aiman on 27 Dec, 07:13:59 PM
Disertakan softcopy surat-surat terkini:

  • muka pertama Surat Kelulusan Potongan Kepada Penderma di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan (ACP 1967) yang dikeluarkan oleh LHDN kepada Tabungwang Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP untuk rujukan semua penderma.
  • Surat Pemberitahuan daripada Pengerusi JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim berkenaan Kelulusan LHDN tersebut

Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim

bosar kan bang attachment tu... ;D ;D

Bosa ko?.. kocik yooo.. 240 + 187 = 427KB..  Max att 15,000KB.. 3% pon tak sampai..  ;D

LHDN Masjid1.jpg (240.06 KB, 720x1040 - viewed 16 times.)
LHDN Masjid2.jpg (186.86 KB, 720x1040 - viewed 16 times.)