Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Komuniti Putra Mahkota => Bandar Seri Putra => Surau Umar Al-Khattab => Topic started by: namatakpenting on 29 Jan, 12:10:42 AM

Title: Sambutan Maulidurrasul di SUAK 5 Feb 2012
Post by: namatakpenting on 29 Jan, 12:10:42 AM
(https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/387553_2573335247172_1068007345_2823419_843097423_n.jpg)

5 hb Feb 2012 (Ahad) akan diadakan majlis sambutan maulidurRasul di surau SUAK. Semua dijemput hadir... Pelbagai program dijalankan.. antaranya perarakan selawat, Pertandingan mewarna, khat... bacaan alquran, ceramah agama dan banyak lagi... Aktiviti malam >>ceramah dan BBQ kambing. Rugi tak datang.

"SURAU MERIAH MASYARAKAT BARAKAH"

Majlis Sambutan
Maulidur Rasul &
Ramah Mesra Penduduk Fasa 7

5 Februari 2102 (AHAD)
7.30 pagi

Aturcara:

7.30 pagi
- Pendaftaran dan Taklimat
- Perarakan
- Sarapan pagi
- Jualan Khas
- Kuiz agama, pertandingan tulisan & mewarna khat
- Berzanji & Bacaan Al-Quran
Ceramah Agama (Ustaz Mohd Asri Abdullah)
Penyampaian hadiah, sumbangan & Hadiah Misteri

12.30 tgh
- Jamuan Tengahari Ala Kampong

8.00 malam
- Ceramah Agama oleh Ustaz Shuhadak

9.30 malam
- Jamuan Malam Ala BBQ (kambing panggang)

Pertanyaan:
En. Zaludin - 012-2075677
En. Azhari - 019-3373633
Hj. Puzi - 012-4581266
Title: Re: Sambutan Maulidurrasul di SUAK 5 Feb 2012
Post by: ayiesal on 02 Feb, 05:09:27 PM
Jom kito memeriahkan sambuatan Maulidurrasul tahun nih. Den mungkin dapek datang malam je kot, sobab waktu siang den banyak kendori. Sebonanye den nak makan kambing pangang  ;D
Title: Re: Sambutan Maulidurrasul di SUAK 5 Feb 2012
Post by: my on 02 Feb, 05:12:37 PM
Jom kito memeriahkan sambuatan Maulidurrasul tahun nih. Den mungkin dapek datang malam je kot, sobab waktu siang den banyak kendori. Sebonanye den nak makan kambing pangang  ;D

den dah agak   ;D ;D ;D ;D ;D....wargo BBM, TIP, PMC moh kito .... ;D ;D ;D ;D
Title: Re: Sambutan Maulidurrasul di SUAK 5 Feb 2012
Post by: ayiesal on 02 Feb, 05:14:54 PM
Jom kito memeriahkan sambuatan Maulidurrasul tahun nih. Den mungkin dapek datang malam je kot, sobab waktu siang den banyak kendori. Sebonanye den nak makan kambing pangang  ;D

den dah agak   ;D ;D ;D ;D ;D....wargo BBM, TIP, PMC moh kito .... ;D ;D ;D ;D

my, kito poie samo2 malam tu...  ;D
Title: Re: Sambutan Maulidurrasul di SUAK 5 Feb 2012
Post by: sazzahan on 02 Feb, 05:16:32 PM
Jom kito memeriahkan sambuatan Maulidurrasul tahun nih. Den mungkin dapek datang malam je kot, sobab waktu siang den banyak kendori. Sebonanye den nak makan kambing pangang  ;D

den dah agak   ;D ;D ;D ;D ;D....wargo BBM, TIP, PMC moh kito .... ;D ;D ;D ;D

bulih ko BBM poie samo?
Title: Re: Sambutan Maulidurrasul di SUAK 5 Feb 2012
Post by: my on 02 Feb, 05:17:29 PM
Jom kito memeriahkan sambuatan Maulidurrasul tahun nih. Den mungkin dapek datang malam je kot, sobab waktu siang den banyak kendori. Sebonanye den nak makan kambing pangang  ;D

den dah agak   ;D ;D ;D ;D ;D....wargo BBM, TIP, PMC moh kito .... ;D ;D ;D ;D

my, kito poie samo2 malam tu...  ;D

orait..tunggu den...den naik flight dari saint barbados... ;D ;D ;D
Title: Re: Sambutan Maulidurrasul di SUAK 5 Feb 2012
Post by: mud_ismail on 03 Feb, 09:59:57 AM
Jom kito memeriahkan sambuatan Maulidurrasul tahun nih. Den mungkin dapek datang malam je kot, sobab waktu siang den banyak kendori. Sebonanye den nak makan kambing pangang  ;D

Salam,

Wakakakakaaaaa...

Sekian.
Title: Re: Sambutan Maulidurrasul di SUAK 5 Feb 2012
Post by: my on 03 Feb, 12:50:21 PM
Jom kito memeriahkan sambuatan Maulidurrasul tahun nih. Den mungkin dapek datang malam je kot, sobab waktu siang den banyak kendori. Sebonanye den nak makan kambing pangang  ;D

den dah agak   ;D ;D ;D ;D ;D....wargo BBM, TIP, PMC moh kito .... ;D ;D ;D ;D

bulih ko BBM poie samo?

bulih yo datang....nanti den sambut....datang yo...tapi jangan lupo kalu den dah takdo nanti jangan lupo datang ziarah den... ;D ;D ;D ;D
Title: Re: Sambutan Maulidurrasul di SUAK 5 Feb 2012
Post by: sazzahan on 06 Feb, 04:11:39 PM

nak ziarah ekau kek mano? klo kek saint barbados kem salam jer laa huhuhu
Title: Re: Sambutan Maulidurrasul di SUAK 5 Feb 2012
Post by: my on 06 Feb, 07:40:26 PM

kirim al fatihah utk den... ;D ;D ;D ;D
Title: Utusan: Pereratkan persefahaman, perpaduan melalui Maulidur Rasul
Post by: namatakpenting on 06 Feb, 08:42:30 PM
Pereratkan persefahaman, perpaduan melalui Maulidur Rasul
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm#.Ty94FuMp4Z0.facebook (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm#.Ty94FuMp4Z0.facebook)

Oleh Hassan Mohd. Noor

(http://www.utusan.com.my/pix/2012/0206/Utusan_Malaysia/Rencana/re_03.1.jpg)
Penduduk Fasa 7 Bandar Seri Putra menyertai perarakan Maulidur Rasul, semalam.

SEMALAM umat Islam di seluruh dunia memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sambutan kali ini bertemakan Persefahaman Asas Perpaduan Ummah. Pelbagai tafsiran boleh dibuat mengenai tema ini.

Sama ada kita hidup dalam masyarakat Islam atau bukan Islam, persefahaman amat penting. Tanpa persefahaman, masing-masing akan membawa ideologi yang pelbagai ke dalam masyarakat yang akhirnya mencetuskan suasana tidak harmoni. Bagi masyarakat Malaysia, persefahaman dan perpaduan sering digambarkan melalui sambutan perayaan termasuk Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Krismas dan pelbagai lagi. Tetapi adakah ia sekadar pada sambutan perayaan? Persefahaman bukan sekadar perlu diwujudkan di kalangan masyarakat pelbagai kaum tetapi juga seagama. Kita dapat lihat pada hari ini, bagaimana umat Islam berbalah sesama mereka sehingga membawa kesengsaraan dan kematian. Pada masa yang sama, mereka yang bukan beragama Islam khususnya Israel terus menindas masyarakat Islam di bumi Palestin.

Persefahaman dan perpaduan menjadi isu Selak kali ini selepas melihat suasana yang berlaku di Mesir. Saya baru kembali dari Kaherah bersama program ‘turun padang’ Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang diketuai Aziz Jamaludin Mhd. Tahir. Pada kesempatan itu, sempatlah meninjau seketika apa yang berlaku di Dataran Tahrir dan sekitarnya. Ternyata suasana di kawasan berkenaan masih ‘panas’. Sebelum detik hitam bola sepak berlaku di Port Said, boleh dikatakan saban hari ada saja kumpulan kecil mengadakan demonstrasi, berarak di kawasan sekitar sambil melaungkan pelbagai slogan. Ada juga yang mengadakan ceramah. Begitulah suasana di Kaherah. Dan di stesen televisyen pula, saya terharu melihat dokumentari mengenai kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin. Seorang lelaki diheret keluar tanpa perasaan kemanusiaan. Seorang wanita pula merayu supaya lelaki itu dilepaskan. Dan selepas diseret jauh daripada rumah, jentera digunakan untuk merobohkan sebuah kediaman. Begitulah kekejaman di bumi Palestin. Satu iklan lain pula menunjukkan bagaimana perlunya rakyat Mesir yang beragama Islam dan minoriti beragama Kristian bersatu membangunkan negara itu. Pada akhir iklan itu, bulan sabit dan salib dicantumkan sebagai simbolik perlunya persefahaman dan perpaduan. Begitulah pentingnya perpaduan.

Justeru persefahaman perlu diwujudkan di semua peringkat masyarakat sama ada di desa atau di kota. Tidak kira fahaman politik, matlamat akhir adalah perpaduan.

Semalam bagi menyokong matlamat mewujudkan persefahaman yang menjadi kunci perpaduan, saya sempat menghadiri sambutan Maulidur Rasul dan Ramah Mesra Surau Sayyidina Umar Al-Khattab di kawasan perumahan Fasa 7 Bandar Seri Putra, dekat Bangi. Meriah majlis itu. Tetapi temanya ialah Surau Meriah Masyarakat Barakah. Berdasarkan tema itu, sudah tentulah sambutannya meriah.

Seawal 7 pagi, penduduk sekitar - lelaki, wanita, kanak-kanak mula berkumpul. Masing-masing membawa bekalan kuih muih serta makanan untuk santapan bersama. Surau tidak perlu mengeluarkan belanja sarapan pagi. Pengerusi majlis Zaludin Abu Bakar memulakan acara dengan menjemput imam Ustaz Abu Zaki Ismail membacakan doa. Kemudian berlangsunglah perarakan kira-kira sejauh 2 kilometer mengelilingi taman perumahan itu. Sambil berselawat yang diketuai oleh Ustaz Syarul Azman Shaharuddin, pasukan kompang turut memeriahkan perarakan. Selesai acara, mereka menikmati juadah yang dibawa dari rumah. Sambil minum dan makan, diadakan acara cabutan bertuah, kuiz agama untuk kanak-kanak dan dewasa. Majlis diserikan juga dengan bacaan al-Quran oleh Awangku Umar Pengiran Hamdan (Johan qari Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan 2009) dan berzanji oleh Ustaz Nor Naemi. Ketika berlangsung ceramah oleh Ustaz Mohd. Asri Abdullah di ruang dewan surau, kanak-kanak ‘disenyapkan’ seketika dengan peraduan mewarna dan menulis khat. Dalam ceramahnya, Mohd Asri antara lain mengajak masyarakat mengenali lebih dekat akhlak Rasulullah SAW. Majlis kemudiannya diakhiri dengan ucapan Pengerusi Surau, Abd. Rani Pengiran Othman atau lebih dikenali sebagai Pak Rano. Dalam ucapannya, Pak Rano berharap, majlis seumpama itu akan meningkatkan persefahaman di kalangan penduduk. Beliau mahu semua pihak mengenepikan fahaman politik dengan keutamaan kepada perpaduan umat. Baginya itu amat penting bagi mewujudkan perpaduan yang kental di kalangan penduduk. Sesuai dengan peranan surau yang bukan sekadar tempat ibadat tetapi juga sebagai tempat melaksanakan aktiviti kemasyarakatan, Pak Rano mengumumkan akan membina gelanggang futsal untuk anak-anak muda beriadah sambil mendekatkan diri dengan surau. Sebelum solat Zuhur, para jemaah dihidangkan dengan nasi lauk kawah kambing. Sambutan tidak berakhir di situ sahaja tetapi disambung dengan ceramah oleh Ustaz Shuhadak selepas solat Maghrib. Sesudah Isyak, para jemaah dihidangkan pula dengan kambing panggang.

Begitulah sambutan kecil tetapi amat bermakna dan meriah bagi penduduk di kawasan taman perumahan. Pastinya di seluruh negara semalam, hari ini, esok atau hujung minggu ini akan ada lagi majlis Maulidur Rasul di peringkat masjid atau surau. Gerakkan anak-anak kariah untuk sama-sama memeriahkan surau dengan pelbagai aktiviti agama dan kemasyarakatan supaya mereka mendapat berkat dalam kehidupan seharian. Sekalung tahniah kepada seluruh ahli jawatankuasa Surau Sayydina Umar Al-Khattab, Bandar Seri Putra.
Title: Re: Sambutan Maulidurrasul di SUAK 5 Feb 2012
Post by: mossgenio on 06 Feb, 08:53:17 PM
Duk belakang tak masuk la dalam gambar...
Lalu depan rumah ayiesal, keta pun takder.

P/S: sib baik dia ubah pendekkan laluan. Kalau tak semput jugak tuh.
Title: Re: Sambutan Maulidurrasul di SUAK 5 Feb 2012
Post by: ayiesal on 08 Feb, 05:24:18 PM
Duk belakang tak masuk la dalam gambar...
Lalu depan rumah ayiesal, keta pun takder.

P/S: sib baik dia ubah pendekkan laluan. Kalau tak semput jugak tuh.

Den ado kek melako... Mak abah den ajak tengok adik kek MMU  :)
Title: Re: Sambutan Maulidurrasul di SUAK 5 Feb 2012
Post by: my on 08 Feb, 05:38:33 PM
Duk belakang tak masuk la dalam gambar...
Lalu depan rumah ayiesal, keta pun takder.

P/S: sib baik dia ubah pendekkan laluan. Kalau tak semput jugak tuh.

Den ado kek melako... Mak abah den ajak tengok adik kek MMU  :)

ayo...beriyo2 ajak ari tu....ado den tapau kan kambing sikit ha... ;D ;D ;D ;D
Title: Re: Sambutan Maulidurrasul di SUAK 5 Feb 2012
Post by: ayiesal on 08 Feb, 05:46:01 PM
Duk belakang tak masuk la dalam gambar...
Lalu depan rumah ayiesal, keta pun takder.

P/S: sib baik dia ubah pendekkan laluan. Kalau tak semput jugak tuh.

Den ado kek melako... Mak abah den ajak tengok adik kek MMU  :)

ayo...beriyo2 ajak ari tu....ado den tapau kan kambing sikit ha... ;D ;D ;D ;D

Ado? den nak... lotak kek pagar den  ;D ;D ;D
Title: Re: Sambutan Maulidurrasul di SUAK 5 Feb 2012
Post by: my on 08 Feb, 05:52:06 PM
Duk belakang tak masuk la dalam gambar...
Lalu depan rumah ayiesal, keta pun takder.

P/S: sib baik dia ubah pendekkan laluan. Kalau tak semput jugak tuh.

Den ado kek melako... Mak abah den ajak tengok adik kek MMU  :)

ayo...beriyo2 ajak ari tu....ado den tapau kan kambing sikit ha... ;D ;D ;D ;D

Ado? den nak... lotak kek pagar den  ;D ;D ;D

tapi itu cito semalam...ari ni den dah abih kan...takdo laie dah...plastik yo ado... ;D ;D ;D
Title: Re: Sambutan Maulidurrasul di SUAK 5 Feb 2012
Post by: namatakpenting on 08 Feb, 06:21:14 PM
cam kenal lak abang baju itam tu :)

(https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/417607_3021048879733_1068007345_3012314_1039487541_n.jpg)

(https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc7/402462_3021037799456_1068007345_3012299_380720539_n.jpg)

Lain2 di sini:
https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.330187323693324&type=1 (https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.330187323693324&type=1)
Title: Re: Sambutan Maulidurrasul di SUAK 5 Feb 2012
Post by: mossgenio on 08 Feb, 08:00:25 PM
Hahahaha....  tu la pasal. Malas jer nak cerita pasal kambing tuh.

Tapi takde lak nampak my.....  ::)
Title: Video: Sambutan Maulidurrasul di SUAK 5 Feb 2012
Post by: namatakpenting on 13 Feb, 11:55:35 AM
Maulidur Rasul BSP.mov (http://www.youtube.com/watch?v=zYwRSwtyNT4&feature=youtu.be#)