Author Topic: Persatuan Penduduk Castanea  (Read 2325 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

hisham

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 14
Persatuan Penduduk Castanea
« on: February 21, 2012, 05:58:49 PM »
Assalamualaikum...

Seperti kita sedia maklum skim Castanea ni masih belum mempunyai persatuan penduduk (castanea) walaupun sudah lebih 1 tahun didiami.

Selama ini saya telah dipilih secara rawak oleh En Norizan (Bangi Heights) untuk hadir mewakili Castanea dalam setiap mesyuarat yang diadakan oleh Persatuan Penduduk Induk BSP. Sebenarnya saya ialah orang yang kedua dipilih selepas orang yang pertama tidak berminat. Walau bagaimanapun sejak akhir-akhir ini saya tidak lagi hadir mesyuarat sebagai wakil Castanea kerana kesibukan kerja dan tidak dapat memberikan komitmen yang sepenuhnya.

Sehubungan itu, saya berpandangan kita perlulah menubuhkan persatuan penduduk castanea secara rasmi supaya sesiapa yang berminat boleh dilantik sebagai pengurusi dan dapat dipilih hadir mewakili skim Castanea setiap kali mesyuarat diadakan.

Untuk makluman Persatuan Penduduk Induk BSP dan Surau Umar al Khattab (SUAK) mempunyai banyak perancangan dan program yang akan dilaksanakan.  Saya buka topik ini untuk perbincangan dan pandangan semua.

Terima kasih,

Azroul Hisham (0192807748)
No 27 SP2/3J


mossgenio

  • Salah seorang
  • Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 4035
Re: Persatuan Penduduk Castanea
« Reply #1 on: February 21, 2012, 10:26:13 PM »
Setuju. Castanea pun dah makin ramai orang. Mungkin boleh buat majlis perjumpaan dulu.

hisham

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 14
Re: Persatuan Penduduk Castanea
« Reply #2 on: February 23, 2012, 06:04:58 PM »
Memandangkan topik yang dibuka ini tidak mendapat sambutan yang positif kecuali daripada feisal,  ??? saya akan susuli dengan notis bertulis yang akan dihantar ke setiap rumah (insya allah esok). Notis tersebut akan menetapkan tarikh dan tempat untuk perjumpaan bagi membincangkan perkara ini.

Feisal boleh sms saya no hp dan alamat tak, saya nak minta tolong edarkan notis bagi lorong yang berkenaan. Harap-harap cara ini akan berjaya.

Terima kasih,

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Persatuan Penduduk Castanea
« Reply #3 on: February 23, 2012, 06:16:41 PM »
pandangan saya, seeloknya semua rumah di jalan 2 di satukan dan dijadikan persatuan penduduk SP2

mossgenio

  • Salah seorang
  • Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 4035
Re: Persatuan Penduduk Castanea
« Reply #4 on: February 23, 2012, 06:34:59 PM »
Itulah matlamatnya tapi sementara ni warga castanea memang agak tertinggal dalam update maklumat di SP2 ni.

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Persatuan Penduduk Castanea
« Reply #4 on: February 23, 2012, 06:34:59 PM »



mossgenio

  • Salah seorang
  • Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 4035
Re: Persatuan Penduduk Castanea
« Reply #5 on: February 23, 2012, 06:36:32 PM »
Memandangkan topik yang dibuka ini tidak mendapat sambutan yang positif kecuali daripada feisal,  ??? saya akan susuli dengan notis bertulis yang akan dihantar ke setiap rumah (insya allah esok). Notis tersebut akan menetapkan tarikh dan tempat untuk perjumpaan bagi membincangkan perkara ini.

Feisal boleh sms saya no hp dan alamat tak, saya nak minta tolong edarkan notis bagi lorong yang berkenaan. Harap-harap cara ini akan berjaya.

Terima kasih,

Dah sms dan PM. Saya akan cuba bantu apa yg boleh.

hisham

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 14
Re: Persatuan Penduduk Castanea
« Reply #6 on: February 24, 2012, 09:08:34 AM »
Saya pun setuju, sebabnya penduduk Castanea ni tak ramai dalam 52 unit rumah sahaja. Tapi persetujuan semua perlu ada.

Untuk makluman saya dah lama join Puncak Aman punya aktiviti sebabnya rumah saya berhadapan dengan Puncak Aman. Mereka wujudkan yahoo group dan semua info disampaikan melalui yahoo group.

saya rasa idea ini juga boleh kita buat untuk Castanea.

Azroul

motek

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 17
Re: Persatuan Penduduk Castanea
« Reply #7 on: February 25, 2012, 02:49:25 PM »
Setuju dgn cadangan kita gabung dgn SP2 atau Punchak Aman, mmndgkan jumlah castanea pun tak ramai..sy mmg dah join depa utk aktiviti bacaan yassin, kenduri dan juga sukan, badminton n futsal.

Mgkin dgn cara notis kita akan dapat nama penduduk dan nombor telefon..seterusnya kalo ada smbutan boleh la buat perjumpaan kecil2an sesama kita..utk bincang lanjut pasal persatuan penduduk..InsyaAllah bole jadinya setakat simple makan2

Azrul sorry, sy yg mencadangkan pasal post tp terlupa plak nak masuk forum ;D
Kalo ada apa2 nak mintak tolong kasik roger

hisham

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 14
Re: Persatuan Penduduk Castanea
« Reply #8 on: February 26, 2012, 08:14:51 PM »
Syafiq: No prob, aku cadang nak buat perjumpaan dgn wakil setiap lorong sabtu depan (3 mac). Setiap lorong hantar 2-3 org. Aku dah ada contact no setiap lorong so nanti aku sms utk confirm. Kita bincang details masa tu.

mossgenio

  • Salah seorang
  • Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 4035
Re: Persatuan Penduduk Castanea
« Reply #9 on: February 26, 2012, 08:40:19 PM »
Elok jugak buat perjumpaan dulu sambil kenal-kenal.

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Persatuan Penduduk Castanea
« Reply #9 on: February 26, 2012, 08:40:19 PM »