Author Topic: Majlis Doa Selamat di Tapak Masjid BSP 9 Jun 2012 (Sabtu) jam 10 pagi  (Read 1888 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )


Assalamualaikum Semua,

Sukacita dimaklumkan bahawa MAJLIS DOA SELAMAT akan diadakan di TAPAK MASJID bermula jam 10.00 pagi pada HARI SABTU, 9hb Jun ini.

Aturcara bermula 10.00 pagi:
- Ketibaan Para Jemputan
- Bacaan Doa
- Ucapan Pengerusi Pengelola
- Ukur Halus bagi Menetapkan Arah Kiblat (untuk disahkan oleh pegawai dari Pejabat Mufti Negeri Selangor)
- Penyerahan Surat Tawaran Kerja-kerja Fasa 1 Pembinaan (Cerucuk) kepada kontraktor yang dilantik
- Jamuan

(Sumber: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=385065698216287&set=a.120435738012619.19392.120427501346776&type=1

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra
« Last Edit: 07 Jun, 12:03:27 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Alhamdulillah,

Dengan bersaksikan Pengerusi-pengerusi Skim di BSP dan ahli-ahli kariah yang hadir, MAJLIS DOA SELAMAT telah berjaya diadakan di TAPAK MASJID pada HARI SABTU, 9hb Jun 2012. Aturcara bermula agak lewat kira-kira 10.30 pagi dan berakhir kira-kira sejam kemudian.

Pengesahan Kerja2 Ukur Halus Penentuan Arah Kiblat telah juga dibuat oleh pegawai dari Pejabat Mufti Negeri Selangor.

Gambar-gambar lain boleh di lihat di sini - https://www.facebook.com/media/set/?set=a.387499411306249.87332.120427501346776&type=1



Ahli Kariah meneliti Lukisan Pelan Binaan Masjid


Pegawai dari Pejabat Mufti Negeri Selangor meninjau kerja-kerja ukur halus untuk Penetapan Arah Kiblat


Ustaz Abdullah, Pegawai Pejabat Mufti Negeri Selangor menunjukkan arah Kiblat yang betul yang telah diukur halus mengikut darjah, minit dan saat


Dr. Abd. Rahman Pengerusi JK Pembinaan menandatangani Borang Pejabat Mufti Selangor (Penetapan Arah Kiblat) - turut kelihatan Tn. Hj. Anwar Khan, Setiausaha JK Pembinaan


Penyerahan Surat Tawaran Kerja2 Cerucuk kepada Kontraktor yang dilantik (Norwest Holding Sdn Bhd) - turut kelihatan Dato' Zakaria (Pengerusi Pengelola Majlis) dan Ustaz Nushi (selaku MC, Pembaca Doa dan Wakil PPBSP)
« Last Edit: 11 Jun, 01:39:14 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

Atan

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 242
  • GP800
Berita majlis ini ada masuk paper Mingguan Malaysia semalam...siap gambar sekali...

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Berita majlis ini ada masuk paper Mingguan Malaysia semalam...siap gambar sekali...

Laaa.. ye ke, silap tak beli Mingguan semalam.. sesiapa ada buat paper cutting berita tu buleh tolong scan dan post di sini tak..?
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need