Salam...
1. Merujuk mesyuarat yang diadakan pada 9 Jun 2012 jam 9.30 malam...berikut adalah perkara yang telah dipersetujui oleh wakil setiap blok yang hadir:
a. Wakil setiap blok menyatakan bahawa majoriti penghuni setiap blok bersetuju untuk pemasangan pagar keselamatan tersebut.
b. Harga yang perlu dibayar bagi setiap penghuni mengikut blok adalah seperti berikut:
1) Blok 2 - jln 2/4C dan 2/4B (14 buah rumah) - RM150.00/ rumah.
2) Blok 2 - jln 2/4A dan 2/4B ( 17 buah rumah) - RM 120.00/ rumah.
c. Wang akan dikutip oleh wakil-wakil yang telah dilantik setiap blok/ Jln seperti berikut:
1) Blok 2, Jln 2/4B - En Azmi/ En Eddy.
2) Blok 2, Jln 2/4C - En Shukri.
3) Blok 2, Jln 2/4A - En Shahazan.
d. Mesyuarat bersetuju supaya wang dikutip dari rumah ke rumah mulai 25 - 30 jun 2012.
e. Borang pembayaran akan diedarkan dalam masa terdekat.
f. Pagar keselamatan akan siap dibina sebelum Hari Raya Aidilfitri.
g. Mohon hebahkan kepada jiran-jiran yang tidak hadir mesyuarat tersebut. Kerjasama semua penghuni amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.