Author Topic: Cadangan Pemasangan Pagar Keselamatan Lorong Belakang Fasa Rimbun Suria  (Read 5358 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Kapten Shah

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 55
  • Gender: Male
Salam.....
Satu mesyuarat akan diadakan seperti berikut:

a. Tarikh : 9 Jun 2012
b. Masa  : 9.30 malam
c. Tempat : Rumah No. 24 Jln 2/4B

maklum...

ayiesal

  • Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 2107
  • Gender: Male
  • Rimbun Suria
    • True Journey Begins
Noted. Maaf tak dapat hadir, balik kampung  :P

Kapten Shah

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 55
  • Gender: Male
takpe...janji setuju...borang tu pesan kat sape2 jiran sebelah tu untuk rujukan permit MPKj...nanti kita kutip duit jer...anggaran untuk blok kita RM 150 serumah...

ujang

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 74
row 2/4C semua setuju... cuma tak dapat contact pak pin (umah no19). insyaAllah sy hadir mlm ni. sy dah contact geng-geng lain. semua ada commitment lain mlm nie.

Kapten Shah

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 55
  • Gender: Male
bukan malam ni....malam esok....sabtu malam ahad... ;D

ayiesal

  • Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 2107
  • Gender: Male
  • Rimbun Suria
    • True Journey Begins
 ;D ;D ;D
Semangat betul ujang nak pasang pagar belakang  ;D. Bags bagus...

ujang

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 74
hahaha.... terlebih semangat pulak... hahahaha.
nasib baik abg black bagitau, kalo tak malu je aku gi meeting sorang sorang....

Kapten Shah

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 55
  • Gender: Male
Salam...

1.    Merujuk mesyuarat yang diadakan pada 9 Jun 2012 jam 9.30 malam...berikut adalah perkara yang telah dipersetujui oleh wakil setiap blok yang hadir:

a. Wakil setiap blok menyatakan bahawa majoriti penghuni setiap blok bersetuju untuk pemasangan pagar keselamatan tersebut.

b. Harga yang perlu dibayar bagi setiap penghuni mengikut blok adalah seperti berikut:

      1) Blok 2 - jln 2/4C dan 2/4B (14 buah rumah) - RM150.00/ rumah.
      2) Blok 2 - jln 2/4A dan 2/4B ( 17 buah rumah) - RM 120.00/ rumah.

c. Wang akan dikutip oleh wakil-wakil yang telah dilantik setiap blok/ Jln seperti berikut:

      1) Blok 2, Jln 2/4B - En Azmi/ En Eddy.
      2) Blok 2, Jln 2/4C - En Shukri.
      3) Blok 2, Jln 2/4A - En Shahazan.

d. Mesyuarat bersetuju supaya wang dikutip dari rumah ke rumah mulai 25 - 30 jun 2012.

e. Borang pembayaran akan diedarkan dalam masa terdekat.

f. Pagar keselamatan akan siap dibina sebelum Hari Raya Aidilfitri.

g. Mohon hebahkan kepada jiran-jiran yang tidak hadir mesyuarat tersebut. Kerjasama semua penghuni amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.

ayiesal

  • Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 2107
  • Gender: Male
  • Rimbun Suria
    • True Journey Begins
Cantekkkk... sedang2 elok la bayau masa dapat gaji  ;D

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Kesepakatan yang beginilah yang kita nak tengok dalam kejiranan..  :)
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

Kapten Shah

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 55
  • Gender: Male
janji bayar...jangan masuk gaji sonyap plak! risau jugak...aduhhhhh...

ayiesal

  • Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 2107
  • Gender: Male
  • Rimbun Suria
    • True Journey Begins
Bayaran dah dibuek, agak2 pagar sempat ke naik sebelom Aidilfitri?

bsweetybakery

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 25
    • BSweety Bakery
nak tanya ye...kami di jalan 2/3c dan 2/3a bercadang dan agak bersetuju untuk pasang pagar jalan belakang rumah...ade 1 soalan:
1) perlukan ape2 persetujuan dari pihak tertentu ke? mpkj ke? bomba ke? kalau ade, boleh share tak surat or persetujuan tu ke?

mohon pertolongan sebab kami tengah semangat ni
TQ
BSweetyBakery: Your bakery interest

ayiesal

  • Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 2107
  • Gender: Male
  • Rimbun Suria
    • True Journey Begins
nak tanya ye...kami di jalan 2/3c dan 2/3a bercadang dan agak bersetuju untuk pasang pagar jalan belakang rumah...ade 1 soalan:
1) perlukan ape2 persetujuan dari pihak tertentu ke? mpkj ke? bomba ke? kalau ade, boleh share tak surat or persetujuan tu ke?

mohon pertolongan sebab kami tengah semangat ni
TQ

Abang askar kite yang uruskan hari tu (Black Hackle@RRD). Nombo telipon dia takde plak...

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
nak tanya ye...kami di jalan 2/3c dan 2/3a bercadang dan agak bersetuju untuk pasang pagar jalan belakang rumah...ade 1 soalan:
1) perlukan ape2 persetujuan dari pihak tertentu ke? mpkj ke? bomba ke? kalau ade, boleh share tak surat or persetujuan tu ke?

mohon pertolongan sebab kami tengah semangat ni
TQ

Abang askar kite yang uruskan hari tu (Black Hackle@RRD). Nombo telipon dia takde plak...

hantar message aje pada dia thru forum punya PM..
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need