Saya pun nak tumpang mencelah.. Pada setiap hari Jumaat di laman wakaf belakang blok B pun terdapat beberapa orang pelajar yang duduk bermain judi sambil menghisap rokok dari awal azan zohor hingga habis waktu solat Jumaat. Saya pon tak pasti budak2 ni solat Jumaat atau tak, sebab bila saya balik ke rumah nampak kumpulan budak2 sekolah ni masih lagi berkumpul dan melepak di laman wakaf.
Dengan muka tak hormat org tua yang lalu lalang sambil menghisap rokok.
Sebelum tu pada belah malam beberapa orang remaja bawah umur berkumpul melepak bermain judi, Guna kemudahan internet yang kita pun tak tahu apa benda website yang dia bukak.
Pada pendapat peribadi, saya tidak bersetuju dibuat laman wakaf di belakang blok B. Inilah kesannya. Siapa yang berani nak tegur budak2 zaman ni yang kurang ajar. Mungkin ibubapa tidak mengambil berat tentang anak2 sehingga perangai mereka semakin menjadi2.