Author Topic: Salam ramadhan .& maklumat terkini pembinaan masjid at-taqwa..maaf zahir batin.  (Read 1303 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

zul

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 504
assalamualaikum,

JK pembinaan masjid at-taqwa ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan salam ramadhan buat muslimin dan muslimat dimana jua berada.Moga ibadah puasa kita pada tahun ini lebih baik berbanding tahun lepas.

alhamdullilah, pada hari khamis yang lepas, 19-7-2012 telah diadakan mesyuarat JK pembinaan masjid at-taqwa kali ke12. Berikut dikongsikan beberapa maklumat penting utk rujukan bersama:

1) Kutipan terkini sehingga 30 jun 2012 sebanyak RM152,496.00.
2) Memo utk segerakan pembinaan masjid telah diserahkan kepada pihak JAIS untuk tindakan selanjutnya. Sama-sama kita doakan agar bajet utk dirikan masjid dapat disalurkan secepatnya.
Pihak JAIS telah maklumkan untuk berikan keutamaan kepada pembinaan masjid ini. Namun demikian, pihak JK digalakkan juga untuk mencari dana dan sumbangan utk masjid ini.
3) Segala urusan berkaitan dengan jabatan tanah dan galian telah pun selesai.
4) Pihak Jais memberikan surat kebenaran untuk JK bagi mengadakan tapak gerai sementara.
5) Mesyuarat dimaklumkan keuzuran pengerusi iaitu Tuan Haji Khair bin Omar.Marilah kita sama-sama doakan agar beliau segera sembuh daripada sakit.
6) Mesyuarat bersetuju sebulat suara utk membuat rombakan kecil JK sepertimana berikut:
    Penasihat 2 : Hj Khair Omar
    Pengerusi : Ustaz Hj Zahari Bin Abdul Latif
    T/Pengerusi : Sdr Hj Mohamad Kamal Bin Hj Jasit.
    T/pengerusi 2: Tiada
    AJK yang lain: kekal
7) Mesyuarat dimaklumkan laman web masjid telah lama tidak dikemaskinikan.
    Insya-allah, blog tersebut masih lagi beroperasi. Penerangan lebih kerap perlu dibuat selepas ini.

   terkini daripada laman blog masjid at-taqwa:
   http://masjidat-taqwabukitmahkota.blogspot.com/2012/07/salam-ramadhan-al-mubarak-1433h.html

Sekian. Salam Ramadhan al-mubarak 1433H. Maaf Zahir dan Batin.

Ikhlas,
JK penerangan,
Pembinaan Masjid at-taqwa,
Bdr bukit mahkota.