Author Topic: JANGAN BIARKAN DIRI ANDA MENJADI MANGSA PENIPUAN  (Read 853 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

amran

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 272
  • Gender: Male
JANGAN BIARKAN DIRI ANDA MENJADI MANGSA PENIPUAN
« on: August 01, 2012, 09:01:03 AM »
Orang ramai dinasihatkan jangan terperdaya dengan pelbagai kaedah atau 'modus operandi' yang cuba dilakukan oleh penjenayah. Antara 'modus operandi' penjenayah yang dikesan oleh PDRM Kontinjen Melaka ialah menipu mangsa melalui pesanan ringkas sms. Mangsa akan menerima sms yang memaparkan bahawa mangsa telah memenangi hadiah utama dari Shell (M) berjumlah RM 20,000/- dan meminta mangsa menghubungi talan 017-8231747 serta melayari laman web www.promohadiah.co.cc . Dalam kes-kes seperti ini, mangsa akan melaksanakan transaksi wang ke dalam akaun yang diminta oleh penjenayah bagi membolehkan wang yang ditawarkan dimasukkan ke dalam akuan mangsa. Apabila transaksi wang dilakukan barulah mangsa menyedari dirinya ditipu dan wang hadiah utama yang dijanjikan tidak diperolehi. Dalam kes seperti ini, orang ramai minta untuk membuat laporan kepada pihak polis di Balai Polis yang berhampiran. (Sumber : facebook PDRM)
Am