Author Topic: Majlis Penyerahan Cek RM1 juta daripada Jabatan Perdana Menteri - 5 Ogos 2012  (Read 3476 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Jabatan Perdana Menteri telah bersetuju menyerahkan cek sumbangan untuk pembinaan Masjid Al-Mustaqim sebanyak RM1 juta pada Hari Ahad, 5hb Ogos yang lalu bertempat di Dewan Vista Seri Putra, bermula jam 6.15 petang.

Penyelaras DUN Bangi Merangkap Ketua UMNO Bahagian Serdang, Datuk Fathil telah hadir untuk menyempurnakan majlis tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada ahli kariah yang hadir dan marilah kita semua berdoa semoga Allah memudahkan lagi usaha kita untuk membina masjid ini.. Amin

Aturcara Majlis

6.15 ptg            -          Ketibaan Para Jemputan
6.30 ptg            -          Kata Alu-Aluan Juruacara (Ustaz Nushi)
                         -         Ucapan Dr. Hj. Abdul Rahman Hasan, Pengerusi JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
                         -         Upacara Penyerahan Cek daripada YBhg Datuk Hj Mohd Fathil bin Daud,  Penyelaras DUN Bangi
                                    merangkap Ketua UMNO Bhg. Serdang kepada Dr. Hj. Abdul Rahman Hasan, Pengerusi JK
                                    Pembinaan Masjid
                         -         Doa (Ustaz Nushi)



7.30 malam       -          Majlis Berbuka Puasa
7.45 malam       -          Solat Maghrib (di Surau Al-Mustaqim, Vista Seri Putra)
                         -        Jamuan Makan Malam
                                  (Selepas Makan Malam hadirin menunaikan Solat Isyak dan Solat Teraweh di Surau Al-Mustaqim.)

Gambar-gambar sekitar majlis tersebut boleh di lihat di sini - https://www.facebook.com/media/set/?set=a.414650728591117.93152.120427501346776&type=1

Disertakan juga keratan akhbar Utusan Malaysia hari ini (7 Ogos 2012) yang melaporkan majlis tersebut. Terima kasih diucapkan kepada sahabat kita (warga Princeton BSP) dari Utusan Malaysia di atas laporan ini.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra
« Last Edit: 07 Aug, 04:48:08 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

Norfeal1980

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 918
Syukur .... Alhamdulillah ...  ;D ;D ;D

sazzahan

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2916
minta pencerahan. PM ker JPM yg bagi?  ;D

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
minta pencerahan. PM ker JPM yg bagi?  ;D

Yang meluluskan bajet RM 1 juta = PM
Pembayaran wang/cek RM 1 juta = JPM melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Selangor,

Yang terima wang/cek = tak kesah sangat pon  ::) , janji duit masyukkk akaun Pembinaan Masjid  ;D ..
« Last Edit: 07 Aug, 04:48:32 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

sang_karibut

  • Hulubalang
  • *****
  • Posts: 565
  • Gender: Male
  • ~pulau pinang kita~
x kesah la sapa yang bagi...
yang bagi tu orang Islam dan menyumbang untuk kegunaan Ummah sejagat...
terima kasih juga kepada penyumbang2 yang lain...

my

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2882
minta pencerahan. PM ker JPM yg bagi?  ;D

ekau bilo laie  ;D ;D ;D ;D ;D ;D

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 275
Alhamdulillah... mungkin dapat cecah 3 juta i.e. 50% mark dalam hujung tahun ni...

Hmm.... TS syed bukhari tak nak derma ke? Rasanya company dia baru beli UM Land hari tu... boleh lah lawan check DS Najib... :)

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Alhamdulillah... mungkin dapat cecah 3 juta i.e. 50% mark dalam hujung tahun ni...

Hmm.... TS syed bukhari tak nak derma ke? Rasanya company dia baru beli UM Land hari tu... boleh lah lawan check DS Najib... :)
Surat Rayuan Sumbangan telahpon dihantar kepada beliau (dan lebih 4,000 syarikat lain) dan langkah-langkah 'follow-up' sedang berjalan..

Rujuk Laporan bulan April 2012 -
http://putra-mahkota.com/forum/index.php/topic,5636.msg99818.html#msg99818

Quote
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary and a group of investors are buying out United Malayan Land Bhd (UMLand) to take the property developer private at RM2.50 per share. The tycoon's acquisition trail is gaining momentum. This is the second public-listed entity that Syed Mokhtar wants to privatise this week.

UMLand said newly incorporated Seleksi Juang Sdn Bhd (SJSB), in which Syed Mokhtar holds a 50% equity stake, is offering RM2.50 per share to buy out UMLand minority shareholders. (Financial Daily)

In an announcement to the Singapore Stock Exchange yesterday, CapitaLand said the sale was consistent with its “active capital management strategy” and reflected its “ability to take advantage when the right opportunity to recycle capital presents itself”.

CapitaLand, South-East Asia’s largest property developer, is partly- owned by the Singapore government through its investment arm Temasek Holdings. The stake purchase from CapitaLand was executed in two offmarket transactions on the local stock exchange via Seleksi Juang Sdn Bhd.

After completion of the acquisition, Syed Mokhtar and UMLand deputy chairman/executive director Datuk Ng Eng Tee, along with parties acting in concert, will hold 77.52% of UMLand.(Malaysian Reserve)
 
Source: ECM Newz Bits 13 July 2012
« Last Edit: 10 Aug, 04:25:59 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 275
Terbaik lah AJK... bulan baik ni, mungkin ada company2 terbuka hati nak menderma...

Cumanya, baru perasan... rasanya berita ni tak termasuk dalam blog ADUN Bangi, mana tau sape kenal, boleh inform utk hebahan.... takpa bantuan tersebut dari Pusat atau Negeri, kira satu malaysia... senegara.... semua boleh combo sekali... :)