Author Topic: BUKAN KUCING KAMI  (Read 2869 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

deejaVu

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 21
  • Gender: Female
  • the cutest ever!!!
BUKAN KUCING KAMI
« on: August 09, 2012, 10:41:41 PM »
Kepada
Yang berkenaan

BUKAN KUCING KAMI

Menjawab surat tuan bertarikh 10 Ogos 2012, ingin kami tegaskan kucing yang berak merata-rata itu bukanlah kucing kami. Kucing kami tidak pernah walaupun sedikit, sekejap pun menjejak kaki keluar dari rumah. Kucing kami tidak kenal pun dunia luar selain rumah kami dan klinik veteriner.

Harapnya pihak JMB teliti dahulu setiap aduan/komplen sebelum menuduh @ melabel kami sebagai tuan kucing tersebut. Apalah salahnya jika selepas menerima komplen itu, pihak JMB datang melihat sendiri atau menyiasat terlebih dahulu. Setahu kami pihak JMB ada menugaskan pekerja pembersihan di setiap tangga blok (itulah gunanya kita bayar yuran 'maintainance' kan?), mengapa tidak dipanggil pekerja sahaja bersihkan? Bukannya melulu terus menghukum kami dengan surat tersebut?

Sebagai salah satu ahli keluarga yang mendiami pangsapuri ini, kami pun tahu tanggungjawab berjiran sebab itu kucing kami yang hanya seekor itu tidak pernah dilepas bebas ke mana-mana apatah lagi berak di hadapan rumah jiran. Dia sendiri tahu berak dalam 'litter box'nya sendiri malah siap kambus lagi. Tak cukup itu kami sembur dengan cecair khas penyerap bau setiap kali selepas pasir dibersihkan. Setiap hari, setiap malam kami pastikan tiada najis tertinggal lama dalam 'litter box' tersebut. Malah kami pernah menghantar seekor anak kucing liar/terbiar itu ke klinik haiwan gara-gara dipijak oleh tayar kereta salah seorang penghuni. Kami guna duit kami sendiri. RM480 bukanlah jumlah sedikit untuk merawat seekor anak kucing yang bukan milik anda!! Akhirnya dia mati juga tapi kami puas hati sekurang-kurangnya dalam bulan Ramadan ini, dalam insan lain menghalau, memukul, melanggar dan memandang jijik kucing-kucing terbiar ini kami terpanggil membantu makhluk Allah sekecil itu.

Semuanya dilakukan atas dasar memenuhi rasa tanggungjawab, kasihan, simpati dan perikemanusiaan. Memberi makan kucing berkeliaran itu (seekor sahaja pun) atas dasar simpati dan kasihan sesama makhluk. Mereka juga makhluk Allah. Kalau mereka ada akal memang sahlah takkan adanya mereka berak merata-rata. Namanya juga binatang. Memberi makan (sekiranya ada) tidak bermakna itu kucing kami. Surat berkenaan lebih layak diberi kepada empunya kucing sebenar yang hanya tahu bawa datang kucing tapi tak pandai menjaga kebajikannya.

Dalam hal ini, saya langsung tidak menyalahkan jiran yang mengajukan komplen/aduan. Itu hak mereka (Siapa tidak angin kalau ada taik depan rumah kan?) Kami cuma terkilan menerima surat dan dilabel sebagai 'tuan punya kucing' yang berak merata tanpa JMB terlebih dahulu menyiasat perkara sebenar. Kalau JMB pun rimas dengan kucing-kucing liar ini berkeliaran, mengapa tidak dikembirikan sahaja dan dihantar ke pusat-pusat kurungan haiwan? Itu lebih baik daripada menjadi punca bermasam muka sesama jiran.

Sekian

Penghuni di Seri Melati
« Last Edit: August 10, 2012, 03:05:53 PM by deejaVu »

CaptRahman

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 3560
  • Gender: Male
Re: BUKAN KUCING KAMI
« Reply #1 on: August 10, 2012, 09:34:27 AM »
Ha...ha...surat terbuka untuk JMB... :D

my

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2882
Re: BUKAN KUCING KAMI
« Reply #2 on: August 10, 2012, 09:58:59 AM »

fuhh...panjang lebar cito eh  ;D ;D ;D ;D

MsSpectra

  • Sekarang dah
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2735
  • Gender: Female
Re: BUKAN KUCING KAMI
« Reply #3 on: August 10, 2012, 10:13:56 AM »
bab kucing nih sensitif skit klu ddk kat pangaspuri nih. Kita x marah org nk bela kucin..tp ada plak hamba Allah yg hanya pandai bela, tp pemalas nk jaga. Binatang tu mmg x paham bahasa, tp tuan yner sebagai manusia kene laa prihatin ngan jiran tetangga. Sy stuju ngan cara deejavu nih bela kucin..ca klu btul dia bela cara cm2..mmg x mendtgkan mslh pd org lain.

Tetikus Hensem

  • Penghulu Bendahari
  • *******
  • Posts: 1026
Re: BUKAN KUCING KAMI
« Reply #4 on: August 10, 2012, 10:40:14 AM »
Kucing yang berak merata-rata ni biasanya kucing liar tidak bertuan. Tapi bila mana-mana penghuni suka beri makan, secara tak langsung mereka dah jadi tuan kepada kucing tersebut kerana kucing akan mula 'bermastautin' di kawasan tersebut. Bila makan kat situ, beraknya pun kat situ juga. Rasanyanya, tuan yang tak rasmi ni sepatutnya bertanggungjawab terhadap hasil buangan kucing tersebut kerana mereka yang menarik kucing liar berumah di situ... :)

daddyvw

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6482
  • Waaa....ccCHA!!!
Re: BUKAN KUCING KAMI
« Reply #5 on: August 10, 2012, 10:41:26 AM »
Ha...ha...surat terbuka untuk JMB... :D

MuaHaHaHa...  ;D ;D ;D  kena balas pantun ler...

WIN

  • Penghulu Bendahari
  • *******
  • Posts: 1056
  • Gender: Female
Re: BUKAN KUCING KAMI
« Reply #6 on: August 10, 2012, 11:37:57 AM »
Kalau nak dikira perikemanusiaan+pahala bagi kucing makan, memang dah berbelas ekor kucing yang berkeliaran dikeliling rumah saya ni. Tapi kerana tak mahu mendatangkan masalah pada diri sendiri dan jiran2 saya batalkan rasa perikemanusiaan pd kucing2 liar ni sebab kalau kita bagi makan selalu, dia akan sentiasa datang pd kita. Najisnya? Ikut sempat dia la. Saya tak peduli najis dia sebab tak melepas kat rumah saya. Kalau melepas kat rumah jiran macamana? Saya lebih pentingkan jiran daripada kucing2 liar ni.

MsSpectra

  • Sekarang dah
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2735
  • Gender: Female
Re: BUKAN KUCING KAMI
« Reply #7 on: August 10, 2012, 11:46:00 AM »
Tu laa pasal. Sama mcm p/puri Nuri ni.. tampal pelekat kebersihan merata2.. tp tukang lekat tu sendiri pengotor. Bela kucing tp x gheti nk jaga, bahan buangan merata kat umah org. Bawah tangga dh jadi kandang kucing. Satu yg pasti, klu dh nama nyer ddk pangsapuri / flat / kondominium x sesuai nk bela binatang peliharaan klu x di kurung di dlm umah.

deejaVu

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 21
  • Gender: Female
  • the cutest ever!!!
Re: BUKAN KUCING KAMI
« Reply #8 on: August 10, 2012, 03:00:09 PM »
anak buah sy sndiri dah bersihkan pun najis tu. Sebenarnya 'najis' tu bukan 'poo' atau 'hasil berak' dia itu cuma muntah. Org bela kucing akan tahu mana satu muntah mana satu 'taik' kucing. Kucing liar pun sebenarnya kalau nak 'melepas biasanya dia akan cari pasir. Tempat parking kereta saya berlambak taik kucing sebab kebetulan brhampiran dgn saluran air hujan yang bila kering segala debu, habuk dan pasir mendak kat situ akhirnya menjadi port 'membuang. Saya tak kesah aje. Pointnya di sini adalah, cara notis itu disampaikan umpama baling batu sembunyi tangan. Walhal notis itu bertarikh hari ini dan tujuannya untuk ditampal di papan awam tu bagi semua orang baca. Tapi ada hamba Allah ni dia g ketuk pintu rumah selit notis bawah pintu kemudian lari sebelmun sempat kita buka pintu. Nampak sangaaattt :) tapi tak mengapalah yg itu saya pun sudah berdepan dengan pihak yang berkenaan dan mengambil inisiatif memandulkan kucing yang muntah merata itu supaya kebajikannya terjaga. Kepada tuan punya kucing itu kalau tercari-cari kucingnya sila ke klinik haiwan seri putra tu