Author Topic: negara kito  (Read 5541 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

jebat

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 54
Re: negara kito
« Reply #15 on: September 01, 2012, 10:59:34 PM »
Zulkifli Nordin?..ha..ha..ada gak orang dungu yang dengar cakap mamat ni...

Kapten dungu hanya percaya cakap Mahpus jer.......



Sempena bulan baik ini, saya minta anda semua janganlah gelak kuat-kuat lepas baca artikel ni. Senyum je cukuplah ya ... Kesiaaaaaaan Mahfuz kalau orang gelakkan dia.

Saya cukup hairan lah macamana artikel macam ini boleh terlepas di Harakah. Mahfuz yang cakap tu satu hal la, tapi orang yang tulis artikel sekali dengan editor Harakah .... diorang pun SAMA juga ker ? Kemudian beratus ribu orang Pas yang baca Harakah tu pun .... takkan takde sorang pun yang nak tegur Harakah supaya tarik balik artikel ...demi menyelamatkan kemaluan Mahfuz !

Mungkin SEMUANYA SAMA CERDIK macam NAIB PRESIDEN PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Dari artikel, BN hanya tunai 7.25% janji sepenggal, Mahfuz cuba menjadi JAGUH MATEMATIK , cuba MEMPERBODOHKAN Naib Presiden Umno, Datuk Ahmad Zahid yang sebelum ini berkata - kerajaan Barisan Nasional (BN) berjaya menunaikan lebih daripada 87 peratus janji yang dibuat sejak daripada pilihan raya umum pada 1959 ketika di bawah Parti Perikatan...

DENGAN PENUH KONFIDEN SEKALI MAHFUZ MELANCARKAN SERANGAN MAUT BELIAU -

"Kalau Zahid hendak sangat bermain dengan angka, 87 peratus dibahagikan dengan 12 kali pilihan raya, maknanya hanya 7.25 peratus janji kerajaan BN atau Perikatan yang ditunaikan setiap penggal.

"Ia bermakna Pakatan Rakyat (PR) lebih banyak menunaikan janji sebab Zahid yang kata kerajaan negeri di bawah PR hanya menunaikan kurang 15 peratus daripada keseluruhan janji yang dibuat dalam satu penggal pilihan raya.

"Kurang 15 peratus mungkin 14 peratus dalam satu penggal pilihan raya dan ia jelas lebih banyak dari hanya 7.25 peratus janji yang ditunaikan oleh kerajaan BN atau Perikatan dalam satu penggal pilihan raya . Itu kalau Zahid hendak sangat bermain angka," kata Mahfuz.


Dua kali Mahfuz sebut - Kalau  Zahid hendak sangat bermain angka ... ! MEMANG KONFIDEN GILER !!

Tapi Mahfuz sedar atau tidak angka 87 yang disebut itu adalah dalam bentuk peratusan % BUKANNYA dalam bentuk bilangan contohnya 87 biji, atau 87 projek, atau 87 buah ... Mana boleh dibahagikan 12 untuk mencari % bagi satu penggal !

Saya beri satu contoh mudah -

Katakanlah % hakmilik orang Melayu dalam ekonomi pada penggal pertama adalah 10%, penggal kedua 10% juga dan begitulah seterusnya selama 12 penggal .... Kalau mengikut cara pengiraan Mahfuz, sekarang orang Melayu sudah pun memiliki lebih dari 100% harta negara ! ( 10% x 12 penggal = 120% ! ) Nampak ? MASUK AKAL KE ?

Peratusan adalah satu cara menyatakan perbandingan dalam bentuk pecahan daripada 100. Kalau 100% itu adalah PENUH, maka 87% bermakna sudah hampir penuh ! Dan jika 87% itu merujuk kepada sepanjang 12 penggal, bermakna SETIAP PENGGAL secara puratanya adalah juga sebayak 87%.

Jika satu penggal itu kurang dari 87%, penggal berikutnya harus LEBIH dari 87% supaya kekurangan itu dapat di offset kembali.  Kalau Mahfuz tidak faham juga maksud PURATA, rasanya payah dah orang tua tu nak faham apa yang saya tulis ni.

87% bukan satu angka yang menunjukkan bilangan yang boleh dibahagi sepertimana yang disangkakan oleh Mahfuz. Konsep % yang difahami oleh Mahfuz TIDAK DIAJAR dialam ini, entah mana dia belajar ntah ...

Dah la tu, dijadikan tajuk artikel pulak tuh !

Nah, kalau Mahfuz hendak sangat bermain dengan angka ....saya bagi satu lagi contoh perbandingan -

Pas telah bertanding sebanyak 10 pilihanraya dan katakanlah Pas telah berjaya mendapat secara konsisten sokongan sebanyak 30% pengundi. Adakah ini bermakna SETIAP KALI Pilihanraya selama 10 kali itu, Pas hanya mampu mendapat 3% saja sokongan rakyat ? ( 30% dibahagi 10 = 3% ? )
« Last Edit: September 01, 2012, 11:16:51 PM by jebat »

jebat

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 54
Re: negara kito
« Reply #16 on: September 01, 2012, 11:27:58 PM »
Menjadi satu trend kebiasaan bagi penyokong dan pemimpin PAS tatkala bertelikah pendapat sesama Islam, mereka akan sentiasa mengambil pendirian mendahulukan kepentingan politik kepartian sekalipun ianya langsung tidak menepati anjuran Islam yang mahu umatnya berlapang dada dalam menerima perbezaan pandangan.

Sikap bongkak dan perilaku taksub pada parti yang ditonjolkan oleh penyokong dan pemimpin PAS dalam banyak hal membabitkan kepentingan ummah seakan sudah satu lumrah berkemungkinan berkait rapat dengan asal usul penubuhan PAS itu sendiri yang lahir dari perasaan dendam dan irihati.

Lanjutan dari itu menyebabkan ramai penyokong PAS mahupun pemimpin mereka sentiasa berusaha mencari alasan untuk memperlihatkan pendirian mereka dalam sesatu isu adalah betul dan tidak pernah silap, manakala apa sahaja yang diusahakan oleh UMNO akan cuba dipropagandakan sebagai salah dan tidak pernah betul di mata mereka.

Pada mereka, hanya PAS sahaja yang layak diiktiraf sebagai pejuang Islam sedangkan orang-orang Islam yang mendukung perjuangan UMNO dianggap sebagai telah lari dari landasan Islam sekaligus dihukum sebagai kafir dan hanya neraka jahanam sahajalah tempat yang sesuai untuk orang Islam yang menentang PAS.

Bila sahaja UMNO tampil dengan pelbagai program pembangunan Islam misalnya penubuhan Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Tabung Haji, membina masjid-masjid dan surau misalnya, tidak bertangguh lagi PAS segera menggerakkan jenteranya bertujuan memperlekehkan segala daya usaha tersebut sebagai kononnya tiada nilai di sisi Allah s.w.t.

Di awal penubuhan Tabung Haji, Bank Islam dan UIA, tidak sedikit kata nista dan tuduhan jahat dilemparkan konon semuanya itu sekadar wayang oleh pihak Kerajaan Pusat pimpinan BN untuk menarik sokongan umat Islam yang di dakwa semakin telah beralih arah kepada PAS.

Tidak cukup dengan tuduhan tersebut, ada pula yang lancang mulutnya menghukum sesiapa sahaja yang mengerjakan haji dengan menggunakan khidmat Tabung Haji maka ibadah hajinya tidak sah dan perlu dilaksanakan sekali lagi.

Sedangkan sejak Tabung Haji beroperasi secara rasmi pada 1963, badan tersebutlah yang paling banyak berjasa membantu umat Islam merencanakan wang tabungan mereka, membantu menguruskan perjalanan dan penginapan sehinggalah selesai terlaksana ibadah haji di Kota Suci Mekah.

Malah kini, tiada siapa pun dapat menafikan hampir di segenap pejabat Tabung Haji di seluruh negara pastinya mudah untuk kita bersua muka dengan penyokong PAS yang mencari rezeki di Tabung Haji tanpa sedikitpun rasa segan atau malu pada kata dusta dan tuduhan yang pernah pemimpin mereka lemparkan dulu.

Jika benar penubuhan Tabung Haji itu hanyalah wayang atau haram berurusan dengannya, apa perlu lagi untuk penyokong PAS menumpang rezeki di sana? Atau sebenarnya segala tuduhan sebelum ini hakikatnya hanyalah omong kosong politik kepartian dek kerana benci dan iri hati dengan kebijaksanaan pemimpin UMNO dalam menguruskan hal ehwal kemaslahatan umat.

Demikian juga bila Bank Islam dan UIA ditubuhkan, bukan sedikit propaganda dimainkan oleh pemimpin PAS cuba menghasut umat supaya meyakini kedua-duanya itu hanyalah 'senjata politik baru' UMNO untuk melemahkan pengaruh PAS.

Dalam pada hasutan terus dilaksanakan, tak semena-mena bila PAS mengambilalih Kelantan pada 1990, boleh pula MBnya membuat keputusan menyimpan wang kantung negeri tersebut dalam Bank Islam. Malah dengan bangga pula Nik Aziz mengumumkan kononnya Kelantan adalah satu-satunya negeri yang menyimpan dan berurusan dengan Bank Islam.

Pelik bukan? Sekian lama sebelumnya penubuhan Bank Islam diperlekehkan hanya kerana ia hasil usaha pemimpin UMNO, selang bertahun kemudiannya PAS berbangga pula dapat berurusan dengan 'senjata politik baru' UMNO.

Inilah tabiat kebiasaan PAS yang agak terserlah sekian lama, malu untuk mengakui jasa bakti UMNO dalam membangunkan umat Islam dan meningkatkan imej agama, tapi di masa yang sama kerana wujudnya sikap taksub pada parti sendiri telah menghalang pemimpin PAS untuk memberi pengiktirafan sewajarnya.

Begitu juga bila UIA mula beroperasi, ramai pemimpin PAS mendakwa penubuhannya semata-mata untuk meningkatkan imej Islamik UMNO. Saban tahun berlalu selepas itu, universiti tersebutlah yang banyak menghasilkan produk anak muda yang pro PAS malah ada kalangan pemimpin PAS sekarang pun datangnya dari universiti itu.

Masjid dan surau pula yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan hasil keprihatinan UMNO terhadap amal ibadat umat Islam juga dipandang sepi oleh pemimpin dan penyokong PAS.

Dalam pada itu, disebabkan taksub pada semangat kepartian, boleh pula PAS menumpukan usaha khusus untuk mengambil alih jawatankuasa sesebuah masjid dan surau untuk keperluan melebarkan pengaruhnya melalui program keagamaan di Rumah Allah itu.

Untuk kepentingan politik PAS tidak segan menyeleweng hasil usaha UMNO yang sepatutnya digunakan untuk kepentingan umat. Mereka hanya tahu mengomel kata dusta mempertikaikan segala usaha UMNO, tapi bila tiba masanya mereka jugalah yang paling ke depan menyalahgunakan kemudahan tersebut.

Segalanya ini membuktikan PAS bukanlah sebuah parti Islam sebagaimana kerap dipropagandakan oleh pemimpin mereka. PAS hanyalah sebuah parti politik yang memperalatkan Islam demi manfaat peribadi, puak dan parti.

PAS gagal melihat realiti dengan mata hati akan hakikat dirinya yang sebenar. Ketaksuban pada parti menyebabkan PAS dibutakan mata hati hingga gagal melihat kenyataan yang sejak lebih 60 tahun usia PAS, hanya air liur dan kecelaruan fikiran sahaja yang dapat disumbangkan olehnya kepada umat dan negara.
« Last Edit: September 02, 2012, 12:20:28 AM by jebat »

my

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2882
Re: negara kito - gambar malam merdeka
« Reply #17 on: September 02, 2012, 10:56:11 AM »
apo dah jadi??  sudah tukar ka .....












« Last Edit: September 02, 2012, 11:20:58 AM by my »

Tetikus Hensem

  • Penghulu Bendahari
  • *******
  • Posts: 1026
Re: negara kito
« Reply #18 on: September 02, 2012, 02:13:28 PM »
Ini kumpulan pemisah, nak buat negara sendiri ???

WIN

  • Penghulu Bendahari
  • *******
  • Posts: 1056
  • Gender: Female
Re: negara kito
« Reply #19 on: September 03, 2012, 08:30:31 AM »
Nak tukar Malaysia jadi Singapura kedua ke??
Ramai Melayu sokong.  Siapa pulak yg bakal dominasi pemerintahan 'singapura kedua' ni nanti? Melayu juga ke? Atau Melayu sekadar melukut ditepi gantang?

mRs.jeli

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 916
  • Gender: Female
Re: negara kito
« Reply #20 on: September 03, 2012, 10:34:29 PM »
x kreatif lgsg bendero eh.... ;D
bendero lamo gk yg cnteq ;)
miAwW..miAWw..;)

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: negara kito - gambar malam merdeka - Jalur Gemilang
« Reply #21 on: September 04, 2012, 03:21:20 PM »
apo dah jadi??  sudah tukar ka .....







Belum sampai sebulan lagi teman komen pasal Jalur Gemilang, dah keluar gambor jadah ni.. dema ni buat main-main aje hal-hal bendera ni.. teman copy paste balik untuk rujukan..

Ni yang payahnya bila akal seseorang tu dah dibutakan oleh sentimen emosi.. kepalanya dah dimomokkan bahawa kononnya "buku/catatan sejarah negara adalah propaganda UMNO", sama la jugak dengan kes YB Manoharan dulu tu (yang nak tukar bendera kalau pakatan menawan putrajaya)..
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada tahun 1948, dirasakan perlu diadakan sebuah bendera sebagai lambang kepada kewujudan Persekutuan tersebut. Penciptaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diilhamkan melalui satu pertandingan mereka cipta bendera yang dianjurkan di peringkat kebangsaan.

Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini telah menerima sebanyak 373 reka bentuk bendera untuk dikemukakan kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk dibuat pertimbangan dan pemilihan. Dari jumlah tersebut, hanya tiga rekaan sahaja yang dipilih untuk disenarai pendekkan. Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Reka bentuk kedua hampir serupa dengan reka bentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam 2 bulatan mengelilingi Keris Bersilang, tersebut. Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru - putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri.


ENCIK MOHAMAD BIN HAMZAH
Rekaan bendera yang telah berjaya memenangi pertandingan ini adalah hasil ciptaan seorang arkitek kerajaan dari Johor iaitu Allahyarham En. Mohamad bin Hamzah. Rekaan beliau menggambarkan sebelas jalur biru dan putih dan bulan sabit dan bintang berwarna putih berada di sebelah kiri.



Pemilihan bendera ini telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950 setelah dibuat beberapa pindaan. Pada asalnya, bulan sabit dan bintang adalah berwarna putih, tetapi atas cadangan Sultan Kedah dan persetujuan Raja-Raja Melayu yang lain, warna putih itu telah digantikan dengan warna kuning bagi melambangkan warna Diraja. Akhirnya, pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara mengenai Bendera Persekutuan Tanah Melayu, seperti yang diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu. (ref: http://pssklk.blogspot.com/2010/08/bendera-persekutuan-tanah-melayu.html)



"That in the opinion of this Council the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:-  Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."
« Last Edit: September 04, 2012, 05:30:34 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

Atan

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 242
  • GP800
Re: negara kito
« Reply #22 on: September 04, 2012, 03:50:49 PM »
....sedih and takut dengan apa yang berlaku..kuasa luar macam mula nak masuk....semoga Malaysia ini merdeka selama2nya..

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: negara kito - Design Asal En. Mohammad bin Hamzah (mengikut rekod)
« Reply #23 on: September 04, 2012, 06:00:28 PM »
Tajuk lagu dah lupa, cuba dicari tak jumpa.. lirik masih ingat lagi..

Merah, putih, biru dan kuning,
Warna ... bendera kita 2X
Merah tanda berani,
Putih tanda bersih,
Biru tanda bersatu,
Kuning raja berdaulat,
(repeat)


Tegakkan Bendera Kita - Sudirman (S Atan / Sudirman Hj. Arshad)

Hormatilah bendera kita
Ia lambang negara
Bersatu padu kita dibawahnya
Hidup berkeluarga

Putih merah biru kuning
Warna bendera kita
Berkibar-kibar megah
Di angkasa
Kemegahan semua

Tegakkan bendera kita



 :( Gamaknye dema yang mawak bendera 3 kalar dalam gambor tu tak merase dengor lagu-lagu ni mase renik dulu.. budak2 sekarangggg..  :(

UPDATE: Disertakan DESIGN ASAL En. Mohammad bin Hamzah (mengikut rekod)




Six blue and five white horizontal stripes. A red canton half the length of the flag resting on top of the white stripe second from the bottom. A yellow five point star, oriented with one point in the six o'clock position, in the centre of the canton, and a yellow crescent, arranged like a C, between the star and the hoist.

Explanation. One stripe for each state or settlement. Yellow star and crescent represented sultanate monarchies of the states, and the religion of the states. The red field of the canton represented British protection and the complete red, white, blue associated the Federation with the Commonwealth.
- Sumber dari: http://www.fotw.net/flags/my!1949.html
« Last Edit: September 04, 2012, 06:21:36 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: negara kito - Bendera Rakyat (People's Flag) 1947 - PUTERA-AMCJA
« Reply #24 on: September 04, 2012, 06:42:10 PM »




Bendera Rakyat telah dikibarkan secara rasmi di seluruh Malaya pada 10 Dis 1947. Menurut akhbar Utusan Melayu, hampir semua bandar² dan pekan² termasuk Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Sungai Siput, Alor Setar dan Singapura telah mengadakan istiadat menaikkan bendera tersebut.

Semasa istiadat mengibarkan Bendera Rakyat di bangunan Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura pada pagi 10 Dis 1947, Taha Kalu, Setiausaha Agung Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) telah menerangkan:

    Bendera Rakyat yang baru kita naikkan ini ialah sebagai cogan persatuan rakyat yang berjiwa maju progresif. Bendera ini telah sama² diukir dan diputuskan oleh dua badan gabungan yang besar di Malaya, iaitu Pusat Tenaga Rakyat dan Majlis Bergerak Serentak Se-Malaya (PUTERA-AMCJA). Bendera ini kita namakan Bendera Rakyat, kerana ia adalah satu gambaran atau satu tanda, tegasnya satu cogan merupakan persatuan rakyat seluruh Malaya. Persatuan yang kita yakini akan bertahan kuat perdiriannya tiap² hari.

Sumber - http://10tahun.blogspot.com/2008/02/bendera-rakyat-1947.html
Sumber lain - http://ayampenyek.blogspot.com/2012/09/ape-itu-sang-saka-malaya-bendera-merah.html
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

my

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2882
Re: negara kito
« Reply #25 on: September 05, 2012, 09:02:41 AM »

timo kasih bebanyak abg jabbar kito....byk info yg dio dodahkan  ;D ;D ;D ;D ;D

AlexFuky

  • Pelawat
  • *
  • Posts: 3
  • I Love Putra Mahkota
negara kito
« Reply #26 on: October 06, 2017, 06:55:06 PM »
jika sampai indonesia jadi negara islam
bisa dipastikan para kafir akan sangat menderita
jangan sampai itu terjadi