Author Topic: Bedah akademik PPSMI, jemput hadir ke KUIS, Bangi 14 Mac  (Read 1555 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

binjai

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 178
  • KEMATIANMU SEMAKIN HAMPIRRR...!!!
Bedah akademik PPSMI, jemput hadir ke KUIS, Bangi 14 Mac
« on: March 12, 2009, 09:28:24 AM »
menarik nie...

Harakahdaily
Wed | Mar 11, 09 | 4:18:35 pm MYT 
BANGI, 11 Mac (Hrkh) - Rakyat Malaysia, khususnya orang-orang Melayu dijemput hadir ke seminar PPSMI yang akan dibentangkan lima tokoh terkemuka di Dewan Teater Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dekat sini, pada hari Sabtu 14 Mac 2009. Iklan   

Dato' Dr Hassan Ahmad, Profesor Dr Abdul Aziz Bari, Profesor Emeritus Dr Abdullah Hassan, Profesor Dr Shaharir Mohamad Zain dan Profesor Dr Mat Rofa Ismail akan membentangkang kertas kerja mereka dalam seminar yang sehari yang akan bermula jam 8.00 pagi itu.

Seminar dijangka lebih menarik apabila perjuangan orang-orang Melayu bagi mempertahankan hak dan ketuanan bahasa sendiri, dinafikan oleh Umno yang melabelkan penentangan mereka sebagai didalangi elemen politik.

Rakyat yang mahu mengetahui kebenaran yang lebih mendalam mengenai impak PPSMI terhadap bangsa Melayu dijemput hadir beramai-ramai.

Bagi yang berminat, sila hubungi urusetia program seperti berikut:
Hazwani 0133684906 | [email protected] com
Razali Bidin 0196442868 | [email protected] com.my
Hakim 0132829225 | [email protected] yahoo.com
Azli Maarif 0123378925 | [email protected] com

Penganjur juga menetapkan yuran penyertaan bagi orang awam iaitu RM30 seorang, manakala pelajar ditetapkan RM15 seorang. - mr
 

wmn961

  • Guest
Re: Bedah akademik PPSMI, jemput hadir ke KUIS, Bangi 14 Mac
« Reply #1 on: March 12, 2009, 12:34:05 PM »
Assalamualikum tuan,

Nak memperjuangkan hak dan ketuanan bahasa sendiripun ada dikenakan bayaran ke? Kalau terdapat bayaran okla, kalau saya berkelapangan, insyaAllah saya nak datang. Nak tahu juga perkara sebenar yang sejak kebelakangan ini panas diperdebatkan mahupun dipihak kerajaan dan juga pihak pembangkang. Semoga apa sahaja yang kita usahakan akan mendapat perhatian dari Allah S.W.T. Yang penting kita ikhlas dalam memperjuangkan sesuatu isu tanpa dipengaruhi oleh faktor2 atau perkara2 yang lain, Allah Maha Mengetahui. Berfikirlah wahai pemimpin2 di saf kepimpinan kerajaan mahupun pembangkang demi kebaikan rakyat. Apapun terima kasih atas info jemputan tersebut. Renung2kan dan selamat beramal....

AaM

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 205
  • Helang Berlegar
Re: Bedah akademik PPSMI, jemput hadir ke KUIS, Bangi 14 Mac
« Reply #2 on: March 12, 2009, 07:32:43 PM »
Lama tak masuk PM nih ... alasan mcm biasalah, tak menyempat.

Teringin gak nak pegi, tambah pulak berlaku dekat betul dgn tempat kita. InsyaAllah, jika ada keinginan & kekuatan akan ku jejak kaki ke KUIS nanti.

Pilu sebenarnya bila nak cerita psl nasib bahasa Melayu d tanahair kita nih. Mungkin sbg renungan, saya pinjamlah kata2 pujangga spt dibawah:

"SAYA kena dekat hidung, mata dan juga kena tolak. Rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa. Ini merupakan kali pertama saya terkena gas pemedih mata dan ia mungkin akan berlaku lagi kerana saya akan terus memperjuangkan misi membantah PPSMI selagi kerajaan tidak memansuhkannya," kata Penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI, Sasterawan Negara Dato' A. Samad Said.

Akhir sekali, fikir2kanlah ... Selain iman yg perlu diwarisi, tak cukup rasanya dgn hanya sebiji songkok Melayu, sebilah keris dan baju Melayu  yg bakal kita tinggal kan sbg warisan Bangsa Melayu buat titipan anak-anak kita nanti. Bahasa juga adalah identiti kita. Kalau tak org Melayu yg mempertuturkannya, siapa lagi?

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu adalah juga satu usaha yg patut disokong buat kelangsungan tamadun bangsa Melayu itu sendiri. Kerana setiap tamadun itu dikenali bukan sekadar kerana kecanggihan teknologinya, tetapi kerana latar budaya dan bahasa pendidikannya.


Timakasih sdr binjai atas makluman ini.

Saya jawa, tp bahasanya semakin pupus sbb byk sebablah ... B.Melayu pun mungkin menemui nasib yg sama kalu tak hati2 ... :'(.

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Re: Bedah akademik PPSMI, jemput hadir ke KUIS, Bangi 14 Mac
« Reply #2 on: March 12, 2009, 07:32:43 PM »