Author Topic: Nabi Tidak Pernah Ajar Umatnya Doa ‘KO’, Jahanamkan Orang Lain: Ustaz Farid Ravi  (Read 1673 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Nabi Tidak Pernah Ajar Umatnya Doa ‘KO’, Jahanamkan Orang Lain: Ustaz Farid Ravi
Sumber: http://peraktoday.com/?p=96313



NOTA: Ustaz Farid sedang belajar di Jordan lagi kan?.. Tak dinyatakan plak interview ni dibuat di mana..  Ustaz Farid merupakan salah seorang barisan Exco Pertama Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (sesi 2011/2012)

“Nabi tidak pernah mengajar kita sebagai umatnya bersikap kurang ajar dengan Allah SWT, apatah lagi ketika berdoa untuk memohon sesuatu,”.

Susulan tindakan ‘Ilmuan Agama’ Pas yang mendoakan kejatuhan sesama umat Islam selain menggunakan bahasa-bahasa kasar ketika berdoa dilihat sebagai sesuatu yang sangat dahsyat oleh beberapa penceramah bebas.

Bagi mengetahui sendiri apakah relevannya tindakan pemimpin serta penyokong Pas sama ada dari segi hokum mahupun akidah sebagai umat Islam, PerakToday.com telah menemuramah seorang Ilmuan Agama yang juga penceramah bebas iaitu Ustaz Farid Ravi Abdullah.

Ketika beliau menonton video rakaman doa selepas solat sunat oleh adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat yang berdoa agar UMNO atau BN dijahanamkan, ia ternyata menimbulkan reaksi terkejut kepada penceramah bebas itu.

Lantas, Ustaz Farid memberitahu sebagai umat Islam, seseorang itu sepatutnya sedar bahawa mereka adalah hamba kepada Allah SWT.

Justeru, apabila seseorang itu berdoa yakni ingin memohon bantuan, meminta sesuatu atau merayu kepada tuhan maka ia perlulah dilakukan dengan bahasa-bahasa yang indah.

“Segala permintaan hamba dipanjatkan melalui doa dan doa kalau dalam Bahasa Arab maksudnya meminta, memohon dan boleh juga difahami dengan merayu.

“Mengenai doa, Allah SWT berfirman:

‘Serulah Tuhan kamu. Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan penuh rendah diri dan juga penuh pengharapan dan takut.’

“Maksudnya Al Quran memberi kita satu persepsi bagi setiap orang yang berdoa mestilah dengan konsep ia dilakukan dengan rasa rendah diri kepada Allah dan penuh perasaan takut.

Nabi Tidak Pernah Ajar Umatnya Doa 'KO', Jahanamkan Orang Lain .mov

“Sebagai pelengkap ia memberi kita satu konsep yang cukup jelas mengenai doa iaitu sebagai umat kita meminta kepad Allah SWT dengan suara yang rendah, dengan perasaan yang takut, penuh pengharapan dan permintaan kita itu mestilah terbit daripada hati yang ikhlas dan jujur hanya kerana Allah dan bukan dengan niat untuk menghancurkan orang lain,” katanya lagi.

Menurut Ustaz Farid, apabila beliau melihat kepada senario yang dilakukan oleh sebilangan umat Islam yang berdiri di bawah sebuah parti politik serta memperjuangkan Islam, maka tindakan seperti menjerit atau meninggikan suara ketika berdoa ternyata menunjukkan golongan berkenaan telah melakukan satu perbuatan yang berdosa.

Apa yang lebih mengecewakan beliau, sudahlah doa itu dilakukan seperti terjerit-jerit malah boleh pula golongan yang berpayungkan sebuah parti Islam mendoakan kehancuran sesama umat Islam.

“Dengan bahasa yang saya boleh anggap sebagai bahasa yang agak kurang ajar dengan Tuhan. Nabi tidak pernah ajar kita berbahasa kurang ajar dengan Tuhan dan siapa kita untuk mengangkat suara tak tentu pasal dengan menjerit-jerit dengan Tuhan.

“Bukankah Allah SWT sentiasa hampir dengan hambanya jadi mintalah dengan bahasa dan suara yang baik dan permohonan itu mestilah permohonan yang baik-baik.

“Dalam Al Quran sendiri ada menyebut supaya gunakanlah bahasa-bahasa yang indah dan lembut ketika berdoa. Malah Nabi pun tidak pernah mengajar umatnya begitu,” terangnya lagi.

Ustaz Farid menambah, beliau tidak menyangka umat Islam di negara ini semakin terkeluar dari landasan Islam semata-mata kerana fahaman politik.

(PART 2) Nabi Tidak Pernah Ajar Umatnya Doa 'KO', Jahanamkan Orang Lain .mov

Katanya, sebagai manusia setiap individu sudah pasti mempunyai keburukan serta kelemahan tertentu namun ia bukanlah penyebab untuk sesetengah pihak mendoakan kehancuran pihak lain.

“Macam mana hanya kerana politik manusia sesama umat Islam berdoa untuk keburukan sahabatnya yang lain dan berdoa untuk melihat kawan ini atau orang yang dia anggap sebagai lawan walaupun seagama dengannya supaya dijahanamkan oleh Allah SWT.

“Nabi Muhammad SAW tidak pernah mengajar kita sebagai umatnya berdoa untuk kehancuran saudara seIslam.

“Ya benar, Nabi pernah berdoa untuk kehancuran orang lain tetapi mesti kita ingat Nabi memohon doa kehancuran kepada kaum kufar. Baginda berdoa kehancuran bagi golongan yang menentang Islam serta mendoakan kehancuran kepada orang-orang kafir dan musyrik di mana golongan ini secara terang-terangan menentang Islam.

“Akan tetapi sesama orang Islam kalau dia tergolong dalam golongan yang seagama dengan kita tetapi melihat ada kekurangan dan kelemahan itu belum lagi mengizinkan mendoakan mereka supaya dijahanamkan.

“Saya sempat mengikuti ungkapan doa yang dipanjatkan untuk menjahanamkan UMNO dan BN. Sejak bila Islam mengajar kita untuk berhimpun ramai-ramai dan menjahanamkan orang lain yang juga umat Islam.

“Mana ada Islam ajar macam ni dan kalau ada di mana buktinya. Sediakan bukti untuk saya dan sebab itu setiap apa yang kita lakukan kita kena berbalik kepada Al Quran.

Ustaz Farid menambah, Al Quran sudah mengajar umat Islam sesuatu yang baik:

‘Sekiranya mereka bertanya kepada engkau wahai Muhammad di mana Aku.. . katakan kepada mereka Aku hampir.’

Justeru beliau menambah, dalam berdoa seseorang itu tidak perlulah menjerit-jerit atau memekik seolah-olah mereka memperlihatkan kepada Allah SWT satu suasana yang sangat tidak terkawal.
« Last Edit: November 23, 2012, 05:59:55 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

akula

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 300
yg doa KO tu dah jelas salah... tp yang kena doa tu pun, kena cermin2 diri gak... kenapa boleh jadi mcm tu... kenapa org marah sangat...


jgn dok jumpa org yg dok sanjung kita aje... org2 felda dah sure sanjung puji... dah dapat durian runtuh... org2 kelantan yg dinafikan hak royalti minyak... memangle diorg marah....

klu najib buat siaran langsung, g jumpa org yg doa tu... mintak penjelasan kenapa marah sangat sampai doa KO.......jumpa dan dengar pun dah cukup....klau salah, pakat2 mintak maaf.... saya yakin senang2 aje dapat balik 2/3 undi...  ramai pengundi atas pagar mengharapkan PM lebih memahami masalah rakyat.. dan jangan pinggirkan golongan tertentu, atau nafikan hak diorng semata2 perbezaan politik...