Author Topic: berhati-hatilah dan mohon disampaikan kpd family kita.....  (Read 2347 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Bob D Sayotters

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 171
  • Gender: Male
  • Sarawak Selamanya
AWAS DGN LELAKI BERBANGSA INDIA BERMOTOSIKAL MENYAMAR SBG TUKANG PAIP
« on: Yesterday at 11:02:38 PM »

Isnin pagi sekitar 9 pagi baru-baru ini, rumah saya telah didatangi oleh seorang lelaki India bermotosikal, berbadan besar dengan membunyikan loceng berkali-kali.Untuk makluman pada ketika itu anak- anak & bibik berada di rumah.Apabila ditanya oleh bibik katanya "kakak panggil saya datang baiki paip rumah".Tapi bibik sya tidak membenarkannya masuk. Saya memang telah selalu berpesan pada bibik agar tidak membuka pagar sekiranya tiada arahan dari saya atau suami. Lelaki India tidak berpuas hati dan bertanya lagi bila saya akan pulang ke rumah, tetapi bibik tidak melayan pertanyaannya.

Untuk makluman lelaki India yang SAMA JUGA pernah masuk ke rumah saya di ats kecuaian anak saya sendiri (8 tahun) kerana yakin dengan gaya lelaki India yang begitu confident kerana menyebut nama suami sya sehingga membenarkan dia masuk sehingga sampai ke dapur Mujur bibik saya menjerit membuatkan lelaki ini panik & terus keluar tanpa sempat mengambil barang. Dengan tangkas bibik sempat menutup pintu utama & menghalau lelaki ini keluar. Walaupun telah dihalau lelaki ini sempat mengetuk pintu semula kononnya untuk mengambil tool box yang tertinggal (hanya helah). Peristiwa itu sgt mencemaskan kerana bayangkan hanya bibik & 3 anak saya berada di rumah dan kalau berlaku perkara tidak diingini, hanya Tuhan sahaja yang tahu...Perkara ini telah berulang DUA KALI dan saya khuatir lelaki ini bukannya seorang tukang paip tetapi mempunyai niat tidak baik samada untuk merompak atau sebagainya. Tolong & sentiasa berpesan pada anak-anak & bibik untuk tidak membuka pagar/pintu rumah. Sekiranya didesak mintak bibik/anak-anak telefon ibu/ayahnya untuk kepastian.Perkara ini telah saya laporkan kepada polis Bangi. Sila sebarkan demi keselamatan keluarga kita bersama. Sayangnya oleh kerana terlalu panik & perasaan fobia no plet motosikal tidak dapat diingati.Cuma katanya motor itu motorsikal lama dan ada bakul di depan.




http://putra-mahkota.com/forum/index.php/topic,11939.msg106573.html#new
"...Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat..."

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 275
tau nama tu yg suspen... hebat depa ni.... :o

Bob D Sayotters

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 171
  • Gender: Male
  • Sarawak Selamanya
tau nama tu yg suspen... hebat depa ni.... :o


tu yg pelik tu..... ish... ish... ish.... mintak2lah dijauhkan segala musibah.....
"...Menangisi perpisahan akibat gagal bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat..."

azraai

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 76
  • Gender: Male
tau nama tu yg suspen... hebat depa ni.... :o
bukan susah pun nak tau nama.
tgk ajelah nama kat surat2/bil yang terselit kat postbox

Ummi Ammar

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 106
  • Gender: Female
Nauzubillah min zalik.. main kasar nampaknya..