Author Topic: Penduduk Mawar dan Dahlia tahan lori hantu!  (Read 2553 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Penduduk Mawar dan Dahlia tahan lori hantu!
« on: 27 Mar, 06:21:41 PM »
Petang semalam, penduduk Mawar dan Dahlia bersatu padu buat sekatan jalan di Jalan SP 4... jalan antara Mawar dan Dahlia.

Kecoh gak lah semalam sehingga malam. Penduduk berjaya menyekat lori keluar masuk dari Jalan SP4 ke arah sungai dan arah bertentangan.

Untuk makluman lori-lori membawa debu dan seterusnya mengotorkan jalan tersebut. Disamping itu hampir kesemuanya dipandu dengan laju. Takut je terlanggar budak2 yang lalu-lalang. Rasanya juga kemungkinan lori tersebut tidak mendapat permit untuk mengeluarkan pasir dari sungai tersebut.

Harap tak akan berlaku sebarang peristiwa buruk.

Giemns

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 365
Re: Penduduk Mawar dan Dahlia tahan lori hantu!
« Reply #1 on: 27 Mar, 07:08:38 PM »
Tahniah kerana inisiatif diambil utk kebaikan penduduk. Bila lapur kat MPKj tah bila nak siasat. Mungkin nak tubuh ajk pemantau dulu.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Penduduk Mawar dan Dahlia tahan lori hantu!
« Reply #2 on: 03 Apr, 02:32:11 PM »
Hari ini saya dimaklumkan tiada lagi lori lalu-lalang setelah MPKj dan JPJ turun padang.

Terima kasih kepada semua yang terlibat atas keperihatinan mereka.

CaptRahman

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 3560
  • Gender: Male
Re: Penduduk Mawar dan Dahlia tahan lori hantu!
« Reply #3 on: 03 Apr, 03:23:54 PM »
Difahamkan ada juga antara penduduk sendiri yang menjadi dalangnya. Dengan bayaran tertentu, mereka menjadi mata dan telinga penyangak pasir ni (kira macam tonto lah).

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ***********
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Penduduk Mawar dan Dahlia tahan lori hantu!
« Reply #4 on: 03 Apr, 05:16:34 PM »
CaptRahman, bab ini saya tak boleh confirmkan.

Tapi apa yg terjadi pada hari pertama kes ini terjadi, ada diskusi antara penduduk dgn towkey tu. Dgr cite ada penduduk yg terlepas cakap suruh towkey tu bayar, so kes boleh selesai. Tapi bukan majoriti katanya, hanya sorang dua yang cakap gitu.

Tapi, penduduk buat laporan MPKj dan JPJ. So, tadi saya dapat maklumat yang tak ada lori lalu situ lagi.