Khasiat?
Kaedah bekam telah diperakui keistimewaannya oleh perubatan moden sebagai kaedah yang paling baik sebagai
langkah pencegahan apabila kita dalam keadaan sihat mahupun dalam keadaan sedang sakit. Hal ini telah disampaikan oleh nabi.
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesunggguhnya pengobatan yang paling baik kalian gunakan adalah bekam”,
(Mutaffaqun ‘alaih: Bukhari dan Muslim).
“Kamu sekalian hendaklah berbekam pada tengah Qomahduwwah, maka akan dapat menyembuhkan 72 penyakit”
(Shohih Ibnu Majjah No.3478).
Dengan demikian pengubatan kaedah bekam merupakan sunnah Rasulullah SAW yang sangat dianjurkan untuk dilakukan oleh setiap muslim. Kaedah ini merupakan pengubatan paling ideal baik dari secara Islami mahupun perubatan moden.
Pakar perubatan moden terkejut dengan pernyataan ilmuan Damaskus, Al-Allamah Muhammad Amin Syaikhu, yang melakukan penelitian tentang hijamah “Rahsia mekanisma penyembuhanan melalui kaedah hijamah (berbekam) terletak pada pembersihan tubuh dari darah kotor yang mengganggu fungsi sistem tubuh dalam melaksanakan tugas-tugasnya dengan sempurna, sehingga membuatkan tubuh itu menjadi sasaran mudah berbagai jenis penyakit.”
Hijama tidak memberi efek langsung dalam penyembuhan penyakit.
Hijamah membersihkan pembuluh darah sehingga penyakit tidak sempat muncul.
Jika penyakit telah terlanjur muncul, hijamah membersihkan pembuluh darah sehingga proses penyembuhan berjalan dengan lebih baik. RIngkasannya, hijamah membantu tubuh untuk menyembuhkan dirinya sendiri.
Hijamah membuang sel-sel darah yang sudah mati dari sistem kardiovaskular. Ia bekerja seumpama membersihkan/mencuci radiator kereta. Jika kemderaan anda meragam karena radiator tersumbat, tentu pembersihan ini akan membuat kenderaan anda baik semula. Tapi jika radiator telah retak, tentu usaha ini tidak dapat berfungsi seperti yang diharapkan.
Manusia sangat beruntung kerana mempunyai tubuh yang tidak sama seperti mesin, dimana ia dapat memperbarui sel-selnya. Hijamah akan bertindak kuat pada penyakit seperti stroke, jantung iskemik dan penyakit-penyakit akibat tingginya kadar cholesterol (McConnell, 2007)
boleh rujuk kepada blog saya untuk bacaan yang lebih lanjut
www.bekamnabawi.blogspot.com