Author Topic: Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP  (Read 15355 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« on: 19 Mar, 04:18:11 PM »
March 15 - Fasa 2 Pembinaan Masjid Bermula

Kontraktor yang telah berjaya dalam Tender Pembinaan Struktur tempohari bersetuju menyiapkan struktur Masjid Al-Mustaqim dalam tempoh 15 bulan bermula pada 15 Mac 2013.

Gambar menunjukkan Pengerusi JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim menyerahkan dokumen Surat Tawaran kepada wakil Kontraktor yang berjaya memperolehi kontrak Tender Fasa 2 Pembinaan (Struktur) Masjid Al-Mustaqim BSP.
« Last Edit: 28 Mar, 12:31:37 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Nampaknya kontraktor dah mula masuk ke tapak pembinaan masjid.. Kelihatan Backhoe meratakan jalan masuk serta kren mengangkat kabin ke dalam kawasan pembinaan pada pagi ini kira-kira jam 11:30am.

Status terkini akan cuba dikemaskini bersama-sama gambar di lain masa.


Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra
« Last Edit: 28 Mar, 12:35:57 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
http://maps.google.com.my/maps?q=2.887554,101.788434&num=1&t=h&z=18
Tapak Pembinaan Masjid Al-Mustaqim, BSP

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.546903412032514.1073741826.120427501346776&type=3&uploaded=4



Laporan Kemajuan No.2 Projek Pembinaan Masjid Al-Mustaqim yang dibentangkan ketika Mesyuarat Tapak Ke-2 pada 29 Mei 2013.

Keseluruhan kerja-kerja dilaporkan pada 7%, iaitu kehadapan 2% (atau cepat 9 hari) daripada perancangan.

Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


Nota: Cover meletakkan tarikh 13 Mei 2013 kerana tarikh asal mesyuarat tapak ke-2 adalah pada 14 Mei 2013. Status kemajuan projek adalah mengikut tarikh terkini iaitu 28 Mei 2013.



Ringkasan


Gambar di Tapak Masjid


Aktiviti Semasa di Tapak Masjid
« Last Edit: 09 Jul, 11:13:12 AM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #3 on: 01 Jun, 12:14:33 AM »
Dia nak tau berapa sehari KALAU delay.

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Berdasarkan maklumat terakhir, keseluruhan kerja-kerja dilaporkan pada 11% setakat 14 Jun 2013.

Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra
« Last Edit: 30 Oct, 01:00:03 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Hasil Mesyuarat Tapak No.5 yang telah berlangsung pada pagi 22 Ogos 2013
  • Status terkini pembinaan masjid adalah pada kadar 21% setakat 22 Ogos 2013 (terkehadapan kira-kira 1% atau 4 hari dari Jadual/Timeline Projek)
  • AJK yang hadir telah melawat struktur binaan masjid untuk melihat sendiri hasil kerja kontraktor (site visit)
  • Kesemua Juru Perunding Projek telah mengiringi AJK yang hadir ketika lawatan tapak (site visit)
  • Dato' Zakaria Hussin (Timb. Pengerusi JK Pembinaan) telah diberi penerangan oleh arkitek tentang perkembangan terkini dan beberapa pindaan/perubahan yang dibuat
  • Keseluruhan Prestasi dan Kualiti Kerja kontraktor pembinaan adalah pada tahap yang MEMUASKAN
Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra
« Last Edit: 04 Nov, 12:50:12 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
hasil Mesyuarat Tapak No.6 yang telah berlangsung pada pagi 18 Sept 2013:
  • Status terkini pembinaan masjid adalah pada kadar 24% setakat 18 Sept 2013
  • Keseluruhan Prestasi dan Kualiti Kerja kontraktor pembinaan adalah pada tahap yang MEMUASKAN, namun begitu JK Pembinaan akan TERUS MEMANTAU kerja-kerja yang dijalankan
Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra
« Last Edit: 30 Oct, 01:02:23 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Gambar-gambar ketika lawatan ke tapak pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP oleh JK Pembinaan diketuai olah Dato' Zakaria Husin (Timb. Pengerusi), Tn.Hj.Anwar Khan (Setiausaha) dengan diiringi oleh barisan perunding projek dan wakil kontraktor projek.

FB Masjid Al-Mustaqim BSP - http://www.facebook.com/media/set/?set=a.618906068165581.1073741831.120427501346776&type=1

Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra



Pandangan panorama dari pintu utama (mengadap tapak pasar malam)


Pandangan Panorama dari luar ruang solat utama (mengadap jalan besar Persiaran Seri Putra 1)


Corner shot - perspektif dari bucu kanan masjid - Pintu kanan masjid mengadap KUIS


Pintu utama (mengadap jalan masuk) dan ruang foyer


Timb. Pengerusi JK Pembinaan dan barisan perunding & kontraktor berbincang di ruang foyer masjid


Minaret kanan sudah mula dibina

JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda.
« Last Edit: 24 Jan, 06:25:33 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Hasil Mesyuarat Tapak No.7 yang telah berlangsung pada pagi 28 Okt 2013:
  • Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Dato' Zakaria Husain dan dihadiri oleh wakil kontraktor dan perunding projek. Setiausaha JK Pembinaan dan Pegawai Penerangan telah hadir bagi pihak JK Pembinaan.
  • Status terkini pembinaan masjid adalah pada kadar 36 peratus setakat 28 Okt 2013
  • Keseluruhan Prestasi dan Kualiti Kerja kontraktor pembinaan adalah pada tahap yang MEMUASKAN, namun begitu JK Pembinaan akan TERUS MEMANTAU kerja-kerja yang dijalankan
  • Selepas mesyuarat, semua yang hadir telah melawat struktur pembinaan bagi melihat sendiri pembinaan/perubahan yang telah dibuat kepada struktur binaan masjid.
Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


« Last Edit: 04 Nov, 01:35:04 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Gambar Pembinaan Masjid pada 16/12/2013.

Kontraktor Projek melaporkan pada Mesyuarat Tapak yang ke-8 berlangsung pada 19hb November bahawa 43% kerja pembinaan telah siap (sehingga tarikh mesyuarat). Mesyuarat Tapak telah dipengerusi oleh Dato' Zakaria Husain, dan dihadiri oleh Tn. Hj. Zakariah, Prof. Ir. Dr. Riza Atiq Abdullah dan Setiausaha yang mewakili JK Pembinaan.


Nota: Secara tidak rasmi, ketika gambar ini diambil, progress pembinaan telah melepasi kadar 50% siap.

Lihat gambar-gambar lain di FB Masjid Al-Mustaqim BSP - http://www.facebook.com/media/set/?set=a.643946865661501.1073741833.120427501346776&type=1

Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra



Pandangan panorama dari pintu utama (mengadap tapak pasar malam)


Pandangan Panorama dari luar ruang solat utama / mimbar (mengadap jalan besar Persiaran Seri Putra 1)


Corner shot - perspektif dari bucu kanan masjid - Pintu kanan masjid mengadap KUIS


Pintu utama (mengadap jalan masuk) dan ruang foyer


Bahagian dalam - kelihatan tangga ke ruang solat tingkat 1 telah dibina


Pintu kanan masjid (mengadap KUIS) - kelihatan proses menuang konkrit untuk struktur minaret sedang berjalan

JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda.
« Last Edit: 24 Jan, 06:24:35 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 275
Re: Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #10 on: 17 Dec, 11:44:28 PM »
saja tanya ye... masjid ni nampak rendah sikit, biasa kalau pergi masjid2 lain tinggi2 binaan dia... kalau masuk tu nak pandang ceiling nun jauh kat atas tu...

agaknya sebab nak kurangkan ruang untuk pasang air cond ke? sapa2 yg tau boleh saja bagi jawapan...

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP - Gambar 3 Jan 2014
« Reply #11 on: 04 Jan, 11:39:46 PM »
Gambar pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP pada 3/1/2014.. diambil daripada tingkat 3 blok SRA-BSP.



Sila lihat attachment utk gambar lebih besar (zoom-in)
« Last Edit: 04 Jan, 11:43:40 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 275
Re: Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #12 on: 10 Jan, 09:43:06 PM »
nampak petang tadi kubah piramid dah ada, hampir complete dah rangka masjid ni

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Gambar Pembinaan Masjid pada 23/1/2014.

Kontraktor Projek melaporkan pada Mesyuarat Tapak yang ke-11 berlangsung pada 23 Jan 2014 bahawa 57% kerja pembinaan telah siap (sehingga tarikh mesyuarat). Mesyuarat Tapak telah dipengerusi oleh Dato' Zakaria Husain, dan dihadiri oleh Tn. Hj. Zakariah dan Setiausaha yang mewakili JK Pembinaan.


Lihat gambar-gambar lain di FB Masjid Al-Mustaqim BSP - http://www.facebook.com/media/set/?set=a.662779620444892.1073741834.120427501346776&type=1

Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


JK Pembinaan menjemput Warga Bandar Seri Putra agar dapat melayari Page FB Masjid Al-Mustaqim BSP, klik pada "LIKE" serta invite/jemput rakan-rakan FB anda untuk "LIKE" Page FB masjid supaya boleh mendapat notis tentang semua perkembangan pembinaan masjid melalui akaun FB anda.


Pandangan panorama dari pintu utama (mengadap tapak pasar malam)


Pandangan Panorama dari luar ruang solat utama / mimbar (mengadap jalan besar Persiaran Seri Putra 1)


Corner shot - perspektif dari bucu kanan masjid - Pintu kanan masjid mengadap KUIS


Pintu utama (mengadap jalan masuk) dan ruang foyer


Bahagian dalam - Ruang solat utama


Ruang solat muslimah di tingkat mezzanine (tingkat 1)


Pan view dari flat roof sudut kanan
« Last Edit: 24 Jan, 06:19:14 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )

View composite luar tingkat mezzanine (180 degree) - Ruang solat muslimah 


View composite ruang foyer (180 degree) - dari dalam
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need