Salam..
Semalam selepas pulang bekerja saya telah berjumpa Kak Shima (JMB Seri Mawar). Kerja-kerja pemasangan dan baik pulih bumbung tidak dapat dilaksanakan atas faktor hujan. Insyallah jika semua selesai mudah saya mencari penyewa untuk pangsapuri saya ini.
A-4-10, Blok A, Pangsapuri Seri Mawar,
Bandar Seri Putra, Kajang.
Dah ada yang melihat rumah ini, cuma ada masalah teknikal yang perlu diselesaikan dahulu untuk keselesaan penyewa.
Terima kasih JMB.
tuan kena terus ke JMB kerana saya dah tidak dapat menjawab bagi pihak Mawar.
salam..
Masih menunggu jawapan daripada JMB Seri Mawar, BSP. Butiran peribadi saya ada dalam simpanan. Harap dapat segera menghubungi saya. Terima kasih.
Assalammualaikum..
Saya ingin bertanya mengenai perkembangan masalah bumbung di A-4-10 Pangsapuri Seri Mawar BSP.. Buat masa ini saya masih menunggu pihak pengurusan JMB untuk membuat tindakan sewajarnya mengenai laporan kebocoran syiling dan atap bumbung yang perlu pembaikan segera. Laporan telah dimaklumkan sebelum Hari Raya Aidilfitri yang lalu. Kunjungan saya ke rumah A-4-10 masih tiada sebarang baik pulih dilakukan.
Harap dapat maklumkan kepada saya segera.
Terima kasih.
Assalammualaikum.
Saya orang baru kat forum ini dan menetap di Pangsapuri Seri Mawar, Bandar Seri Putra.
Ni nak war-warkan yang Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Seri Mawar (JMBSM) telah dibentuk untuk menguruskan kerja-kerja penyelenggaraan pangsapuri kami. Perjumpaan dengan penduduk akan diadakan pada Ahad 29 Jun 2008 ni 9.30pagi.
Maklumat terkini berkenaan pangsapuri kami boleh diperolehi di http://pangsapuriserimawar.blogspot.com/.
Harap maklum.