Author Topic: KEPADA UST SHAMSUL DAN CAPT RAHMAN.  (Read 1633 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

guy

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 10
KEPADA UST SHAMSUL DAN CAPT RAHMAN.
« on: 03 Oct, 02:49:39 PM »
Assalamualaikum Ust Shamsul dan S/U MC,Capt Rahman,Shahrul dan Zaki dan lain-lain
Berjumpa juga kita di alam forum ini,
Saya boleh memahami perasaan Ust akhirnya masuk juga ke forum ini walaupun berat.
Saya yakin Ust telah memikirkan dahulu tindakan ini dan mengambil tindakan untuk kebaikan.walaupun komen tak bernama.
Berkesan atau tidak sya kurang pasti kerana masalah Vista ni sya rasa harus diselesaikan secara bersemuka.
Adakah semua tindakan MC baru ini betul,bagaimana dgn tindakan MC lama.

Yang paling penting bagi saya adalah duit penduduk..sbb ini bukan duit MC baru atau MC lama.
duit penduduk adalah amanah.

Saya nak tanya soalan..Ust ada,Capt Rahman pun ada.
BERAPA BAKI DUIT SINGKING FUND yg ada pada hari ini.Sepatutnya ada sekitar RM500k
Adakah duit ini pernah digunakan,kalau pernah untuk apa dan adakah MC sekarang ini merancang untuk menggunakan duit Sinking Fund ini?

Nak jumpa dua2 susah,nak baca sendiri tak faham.Saya mohon sgt tak perlu gaduh2,tak perlu sindir2,tak perlu berselindung
Minta Ust dan Capt Rahman terangkan secara gentlement dan terbuka.

Sya mohon penjelasan.

Shamsul

  • Guest
Re: KEPADA UST SHAMSUL DAN CAPT RAHMAN.
« Reply #1 on: 04 Oct, 04:11:06 PM »
Salam,

Untuk makluman tuan, untuk akaun sinking fund, bagi akaun yang lalu, baki yang tercatat dalam buku akaun simpanan sekitar RM 100K +-. Akaun ini masih lagi atas nama pengurusan MC yang lalu, ia sedang dalam proses pindah akaun dari akaun simpanan kepada akaun semasa.

Manakala, bagi kutipan bermula tahun ini, baki akaun sinking fund sekitar RM 19K +-. Boleh lihat laporan kewangan semasa di papan kenyataan berhampiran bilik pengurusan.

InsyaAllah, saya secara peribadi tidak menghadapi sebarang masalah peribadi dengan pengurusan lalu, apa yang diperkatakan hanyalah berkaitan isu pentadbiran bagi menjawab isu-isu yang timbul. Seandainya ia tidak melibatkan isu yang dibangkitkan di sini, saya lebih senang untuk berurusan/menjawab secara berdepan dengan mana-mana pihak. Sehubungan dengan itu, saya mengharapkan agar mana-mana pihak, tidak melaga-lagakan antara pengurusan yang terkini dan pengurusan yang terdahulu.

Saya secara peribadi menghulurkan tangan kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk dari barisan ahli MC yang lalu demi kebaikan VSP.

Seandainya ada jawapan-jawapan dilihat seolah-olah menyalahkan pengurusan yang terdahulu sepenuhnya atas apa yang telah berlaku, maka saya kira itu satu persepsi yang salah kerana jawapan yang saya tampilkan hanyalah memperjelaskan mengapa sesuatu tindakan itu diambil oleh pihak MC kini yang dilihat berbeza dari cara pengurusan terdahulu setelah dibangkitkan oleh penanya-penanya dalam forum ini.

Saya mengiktiraf kebajikan-kebajikan yang telah dilaksanakan oleh MC yang terdahulu dalam rakaman-rakaman penghargaan kepada mereka sebelum ini. Namun dalam masa yang sama, tanggungjawab saya untuk memperbaiki apa-apa kelemahan dari sudut-sudut tertentu. Itu jugalah yang akan dilaksanakan oleh bakal-bakal pengganti kami selepas ini. Jawatan ini bukanlah satu jawatan kekal. Ia boleh sahaja dijawat oleh sesiapa yang bersedia untuk memberikan sumbangan bagi kawasan VSP ini.

Sekian. Terima kasih.

Salam Persaudaraan.
Pengerusi MC VSP 2013.


Shamsul

  • Guest
Re: KEPADA UST SHAMSUL DAN CAPT RAHMAN.
« Reply #2 on: 05 Oct, 06:35:58 PM »
Salam, Sdr. Guy,

Ucapan terima kasih di atas keprihatinan pihak tuan.

Kutipan setiap tahun bagi bayaran sinking fund adalah berjumlah RM 80 x 700 buah rumah. Keseluruhannya ia mencecah 56K setahun. Saya bersetuju dengan kira-kira tuan.

Penjelasan baki sinking fund tahun 2013 (tahun kami mengambil alih pentadbiran MC) adalah 19K, ia adalah jawapan yang insyaAllah saya mampu menjawabnya lengkap dengan kutipan dan perbelanjaan pembaikan bagi kerosakan besar yang telah dilakukan untuk tahun ini. Saya menjemput pihak tuan untuk hadir ke pejabat kami untuk ditunjukkan bukti penerimaan dan perbelanjaan untuk diambil makluman oleh pihak tuan.

Saya juga berbesar hati menjemput pihak tuan untuk hadir mesyuarat agung yang dijadualkan berlangsung sekitar Januari 2014 untuk sessi pembentangan tugasan dan kewangan untuk sama-sama dimuhasabahkan. 

Angka 19K kutipan bagi akaun sinking fund (2013) adalah anggaran sehingga Ogos 2013, kemungkinan besar adanya peningkatan kutipan hasil dari operasi yang baru dijalankan baru-baru ini.

Ianya akan dipaparkan dari masa ke semasa di papan kenyataan berhampiran pejabat MC VSP untuk makluman segera.

Tuan boleh hubungi pihak kami atau saya sendiri atau bendahari untuk penjelasan lengkap tentang akaun semasa VSP.

Terima kasih atas keprihatinan.

Salam persaudaraan,
Pengerusi MC VSP 2013.




z1z1

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 220
Re: KEPADA UST SHAMSUL DAN CAPT RAHMAN.
« Reply #3 on: 06 Mar, 03:42:02 PM »

Saya juga berbesar hati menjemput pihak tuan untuk hadir mesyuarat agung yang dijadualkan berlangsung sekitar Januari 2014 untuk sessi pembentangan tugasan dan kewangan untuk sama-sama dimuhasabahkan. 

Terima kasih atas keprihatinan.

Salam persaudaraan,
Pengerusi MC VSP 2013.


Januari 2014 ka januari 2015? pengerusi salah taip kot... 2015 kot sebenarnya.. sebab tiada pon mesyuarat agung januari 2014 haritu.. dah masuk bulan mac dah pon..