Author Topic: Amal jariah bina masjid di Bandar Seri Putra  (Read 4696 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

ahmadyu

  • Guest
Amal jariah bina masjid di Bandar Seri Putra
« on: 20 Apr, 09:44:45 AM »
Assalamu alaikum wr wb wm.

Alhamdulillah JK Bina Masjid BSP telah dapat kelulusan kutip sumbangan bagi bina sebuah masjid. Sesiapa yang minat boleh dapatkan kupon RM10, RM50 dan RM100 dari pegawai-pegawai yang dilantik atau bankin terus ke akaun Maybank Islamic No. 562834-504024. Untuk keterangan lanjut boleh berhubung dengan Mazlan Ismail 019-621 0497 atau Ahmad Nizam 019-246 2115.

Sekian terima kasih.

Ahmad Yusof
Penghuni Pertama Jalan 8 BSP
019-359 8489

Hairul_Senibina

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 407
  • Gender: Male
Re: Amal jariah bina masjid di Bandar Seri Putra
« Reply #1 on: 20 Apr, 11:03:33 AM »
Salam, saudara Ahmad.

Tumpang tanya...

1) Berapa kutipan sebenar yg hendak dicapai? Berapa anggaran kos pembangunan masjid BSP?

2) Berapa lama anggaran kutipan akan dibuat sebelum pembinaan dimulakan?

3) Bagaimana jika kutipan masih tak mencukupi utk tampung segala kos pembinaan masjid?

4) Bagaimana pula dengan design pembinaan masjid? Bila rekaan masjid akan dimulakan? Siapa yg akan design? Siapa yg akan uruskan planning submission?

5) Siapa yg akan pantau projek pembinaan masjid dari awal hingga siap? Siapa yg akan lantik perunding2?

Maaf banyak bertanya. Sebab saya cuma nak kepastian. Memandangkan kutipan dibuat sendiri oleh JK Masjid, saya berpendapat, seolah2 JK MAsjid adalah client/pemilik yg berhak menguruskan pembinaan masjid dari peringkan planning sehingga ke peringkat handing over, CF etc.

Sekadar nak dapatkan kepastian. Maaf kerana saya memang kurang arif tentang isu begini. Terima kasih banyak2.  :)

Regards,
senibina   :)
"Hormat Menghormati Budaya Kita"  :)

ahmadyu

  • Guest
Re: Amal jariah bina masjid di Bandar Seri Putra
« Reply #2 on: 20 Apr, 05:43:09 PM »
Wa'alaikum salam wr wb wm.

Saudara Senibina,

Terima kasih kerana beri saya maklum balas. Rasanya baik saudara telefon sendiri saya, Mazlan atau Ahmad Nizam. Kerana ditakuti jawapannya tidak memuaskan saudara dan akan disalahertikan pula niat yang sebenar.

Wallahu a'lam.

Ahmad bin Yusof
019-359 8489

Giemns

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 365
Re: Amal jariah bina masjid di Bandar Seri Putra
« Reply #3 on: 20 Apr, 05:58:29 PM »
Tuan Senibina, Kalau dah dapat jawapan tu siarkanlah kat sini, ramai yg nak berkongsi maklumat tu!!

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Amal jariah bina masjid di Bandar Seri Putra
« Reply #4 on: 20 Apr, 06:39:12 PM »
Kalau ada surat kelulusan tu mungkin boleh scan dan papar disini. Surat kelulusan itu juga mesti ada tulis akaun mana yang boleh kita masukkan duit kan? So tak ada salah faham punyalah.

Kemuadian, mungkin boleh start setup blog hanya untuk kutipan ini. Semua FAQ boleh dimasukkan dalam blog. Bila orang tanya, boleh refer to blog atau call orang yang berkenaan.

Tu cadangan saya.

ahmadyu

  • Guest
Re: Amal jariah bina masjid di Bandar Seri Putra
« Reply #5 on: 07 Sep, 11:27:42 PM »
Assalamu alaikum wr wb wm. Selamat berpuasa dan selamat meyambut hari raya idil fitri.

Saudara/saudari sekelian,

Syukur ke hadrat Allah S.W.T yang telah merestui penduduk untuk membina sebuah masjid bagi menampung keperluan beribadat dan juga mewujudkan pusat tumpuan umat Islam di Bandar Seri Putra. Masjid yang diberi nama Masjid Al-Mustaqim ini akan dibina di tapak yang telah disediakan oleh pemaju Bandar Seri Putra seluas 3.6 ekar. Pembinaan masjid ini dianggarkan memerlukan kos sebanyak RM6 juta.

Oleh kerana tiada peruntukan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Pusat, Ahli Jawatankuasa Pembinaan Masjid mengambil initiatif untuk mengumpul dana ini. Kebenaran dari jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga telah diperolehi. Pelbagai kaedah sedang diusahakan untuk mengumpul dana ini termasuklah mengedarkan tabung ke masjid-masjid berhampiran, kutipan derma dari syarikat-syarikat perniagaan dan derma secara ón-line'. Namun setakat ini ianya hanya menyumbang kepada peratusan yang agak kecil.

Justeru itu, AJK memohon penduduk Bandar Seri Putra bersama-sama menghulur bantuan sedaya mungkin untuk menjayakan matlamat mengumpul dana ini. Secara perkiraan, dana sebanyak RM6 juta mampu dikumpul dalam masa hanya 20 bulan. Dimana Bandar Seri Putra mempunyai penduduk melebihi 6,000 keluarga. Sekiranya setiap keluarga menderma hanya RM50 sebulan selama 20 bulan, maka matlamat kita akan tercapai InsyaAllah.

Sumbangan bolehlah dibuat di atas nama Masjid Al-Mustaqim atau bank-in terus ke akaun Maybank Islamic no. akaun:5628 3450 4024. Semoga niat dan usaha kita diberkati Allah S.W.T.

Terima kasih.

AJK Masjid Al-Mustaqim.

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Amal jariah bina masjid di Bandar Seri Putra
« Reply #6 on: 17 Sep, 05:02:47 PM »
Boleh update perkembangan terkini?

dinseriputra

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 39
Re: Amal jariah bina masjid di Bandar Seri Putra
« Reply #7 on: 17 Sep, 05:27:28 PM »
as salam,

mohon tuan AJK masjid pamer surat kebenaran dpd JAIS:

1. SURAT TIADA PERUNTUKKAN DPD JAIS
2. SURAT KEBENARAN KUTIPAN SUMBANGAN/ DERMA DPD JAIS
3. BANK STATEMENT SUPAYA PENDUDUK BSP JELAS ACCT MASJID NI


ingin tahu

dsp

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Amal jariah bina masjid di Bandar Seri Putra
« Reply #8 on: 18 Oct, 05:40:36 PM »
Mohon Tuan Moderator lock dan pindahkan topik ini ke Masjid Bandar Seri Putra. Saya juga mohon agar dapat Rename "Masjid Bandar Seri Putra" kepada "Masjid Al-Mustaqim BSP"
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

Matahati

  • Global Moderator
  • Bendahara
  • ************
  • Posts: 1947
  • Gender: Male
Re: Amal jariah bina masjid di Bandar Seri Putra
« Reply #9 on: 18 Oct, 09:48:52 PM »
Sy pindahkan thread ini dan locked spt yg di minta oleh Tuan Jabbar.
Blog Pelita Hati ~ Surah Yassin :::: Blog Emas & Dinar ~ TanganEmas