Author Topic: Permohonan Pembukaan Kelas Tahun 1 Sesi Petang Bermula Feb 2014  (Read 1353 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

dyean79

  • Guest
Assalamualaikum w.b.t

Tuan/Puan

Perkara di atas dirujuk.

2.       Untuk makluman tuan/puan, anak saya sedang mengikuti kelas Tahun 1 di SRA Bandar Seri Putra yang dijalankan pada sesi pagi. Walau bagaimanapun, anak saya yang bersekolah di SK Bangi pada sesi petang akan bertukar ke sesi pagi setelah perpindahan sebahagian besar murid-murid tahun 1 SK Bangi ke SK Bukit Mahkota pada bulan Feb 2014. Semua murid tahun 1 di SK Bangi dan SK Bukit Mahkota akan bersekolah dalam satu sesi sahaja iaitu sesi pagi bermula Feb 2014.

3.       Buat masa ini, pihak pengurusan SRA Bandar Seri Putra hanya membuka kelas berdasarkan sesi persekolahan SK Bandar Seri Putra. Sehubungan itu, pihak pengurusan SRA Bandar Seri Putra memohon pihak ibubapa yang mempunyai masalah sesi persekolahan yang berbeza dengan SK Bandar Seri Putra mengumpul nama pelajar sekurang-kurangnya 30 orang bagi membolehkan persekolahan sesi petang Tahun 1 dibuka.

4.       Oleh itu, saya memohon pihak ibubapa yang mempunyai anak tahun 1 yang bersekolah di SK Bangi atau SK Bukit Mahkota (bermula Feb 2014) dan ingin memohon persekolahan sesi petang tahun 1 di SRA Bandar Seri Putra bermula Feb 2014, mengisi borang dalam format excel yang disertakan dan e-mel semula kepada saya, Dayana Binti Razali (dyean79@yahoo.com) secepat mungkin.

5.       Kerjasama dan maklum balas segera daripada pihak tuan/puan berkenaan perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.


Yang benar,

DAYANA BINTI RAZALI
e-mel: dyean79@yahoo.com

putera

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 51
  • Gender: Male
Tidak dapat tidak, pastinya SRA Bandar Seri Putra akan buka sesi petang untuk semua tahun 1 hingga tahun 5, kerana SK Bukit Mahkota hanya akan beroperasi satu sesi pagi sahaja untuk semua kelas tahun 1 hingga 5. ;D

Elok dapatkan pengesahan dari SRA dulu apa perancangan mereka.


indraloka

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 16
nama pun sra bsp bkn bkt mahkota hehe

zul

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 504
Insya-allah pihak PIBG SRABSP akan berbincang dengan pihak SRABSP agar kesemua pelajar yang telah berdaftar di SKBBM akan ditukarkan ke sesi petang setelah SKBBM dibuka nanti.
Dicadangkan pertemuaan antara pentadbir SKBBM ,SKBSP & SRABSP diadakan dengan kadar segera.