Author Topic: Majlis Meletakkan Batu Tanda Masjid Al-Mustaqim BSP - 30 Mac 2014  (Read 1983 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
MAJLIS MELETAK BATU TANDA DI TAPAK MASJID AL-MUSTAQIM, BANDAR SERI PUTRA

Sumber:
http://www.facebook.com/MasjidBSP/posts/696081237114730
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Perletakan Batu Tanda Masjid Al-Mustaqim telah berlangsung seperti berikut:
 
Tarikh :  Ahad, 30hb Mac 2014
Waktu :  9.00 pagi
Tempat : Tapak Masjid Al-Mustaqim

Jemputan ke majlis tersebut merangkumi AJK Pembinaan, para Perunding Projek, Pengerusi Persatuan Penduduk & Pengerusi Skim dan Surau dan mereka juga telah dipelawa untuk upacara Meletak Batu Tanda pembinaan masjid kita ini.

Turut hadir adalah YBhg Ustaz Nushi Mahfodz, Ahli Majlis MPKj Zon 23 (juga memangku Zon 24). Hadirin juga telah dibawa melawat bangunan masjid dan diberi penerangan tentang pembinaan yang sedang berjalan.

Dalam ucapannya, Datuk Dr. Hj. Abdul Rahman Hasan selaku Pengerusi JK Pembinaan Masjid menyatakan bahawa majlis ini diadakan bagi memberi peluang semua wakil penduduk & wakil surau untuk melihat sendiri kemajuan projek pembinaan dan untuk bersama-sama (secara simboliknya) meletakkan batu tanda pada bangunan masjid itu sendiri. Beliau juga telah mengimbau kembali usaha untuk mendirikan masjid ini dari permulaannya pada tahun 2008, milestone-milestone utama sehinggalah ke status terkini pembinaan yang kini 70 peratus siap.

Datuk Dr. Hj. Abdul Rahman Hasan juga merakamkan perhargaan kepada penyumbang terbesar iaitu pemaju Bangi Heights dan Jabatan Perdana Menteri, masing-masing di atas sumbangan RM1 juta yang telah disalurkan ke Tabung Pembinaan. Penghargaan juga telah beliau berikan kepada semua perunding, penduduk dan AJK yang telah memberikan tenaga dan wang ringgit mereka dalam merealisasikan sehingga terbinanya bangunan Masjid ini. Beliau juga berharap masjid ini akan menjadi mercu penyatuan masyarakat Bandar Seri Putra apabila ia siap nanti.

Dalam taklimatnya, Dato' Zakaria Husain selaku Tim. Pengerusi JK Pembinaan (merangkap Ketua Dana) menyeru penduduk untuk terus menyumbang ke Tabung Pembinaan kerana kita masih memerlukan kira-kira RM2 juta lagi. Beliau juga menerangkan bahawa kos tersebut merangkumi pembinaan 6 unit kuarters imam, bilal & siak masjid.

Dato' Zakaria juga mengambil kesempatan ini untuk memuji komitmen yang diberikan oleh penduduk BSP yang menyumbang secara tetap setiap bulan secara 'standing instruction' ke dalam Tabung Pembinaan. Beliau juga memberikan pujian dan penghargaan kepada para perunding projek atas ketekalan dan komitmen yang diberikan meskipun mereka bekerja dengan tiada imbuhan wang ringgit (pro bono).

Aturcara pada majlis berkenaan ialah:
 
9.00 pagi      -  Ketibaan AJK dan Para Jemputan
                     -  Alu-Aluan daripada pengacara
                     -  Bacaan Doa oleh Ustaz Syamsul Hakim
                     -  Ucapan Pengerusi JK Pembinaan Masjid - Datuk Dr. Hj. Abdul Rahman Hasan
                     -  Taklimat daripada Timbalan Pengerusi JK Pembinaan Masjid - Dato' Zakaria Husain
                     -  Meletak Batu Tanda (oleh AJK Pembinaan, Para Perunding, Pengerusi PP & Pengerusi Skim dan Surau)
                     -  Jamuan
                     -  Lawatan ke Dalam Kawasan Masjid

Gambar-gambar ketika acara akan menyusul kemudian.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra
« Last Edit: 31 Mar, 12:16:19 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

carlamms

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 227
  • Gender: Male
Alhamdulillah..! 8)
TvT166..

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 275
kuarters tu rumah sebuah sebuah ke? saja bertanya, sebab kalau bajet RM 2 juta, 6 unit rumah harga dalam RM 300k lebih sebuah, tak sure rumah jenis apa yg bakal dibina... mungkin elok juga share kan apa dalam perancangan, sama macam share pembinaan masjid, ada lakaran masjid etc, mudah sikit dapat buy in masyarakat utk terus menyumbang... sekadar pendapat saya lah...

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Rasanya dah lama dikongsikan maklumat pasal masjid. Lakaran pun dah pernah share. Mungkin boleh korek semula disini
http://putra-mahkota.com/forum/index.php/board,71.0.html

kuarters tu rumah sebuah sebuah ke? saja bertanya, sebab kalau bajet RM 2 juta, 6 unit rumah harga dalam RM 300k lebih sebuah, tak sure rumah jenis apa yg bakal dibina... mungkin elok juga share kan apa dalam perancangan, sama macam share pembinaan masjid, ada lakaran masjid etc, mudah sikit dapat buy in masyarakat utk terus menyumbang... sekadar pendapat saya lah...

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Cuba tengok sini untuk gambar dan lakaran

https://www.facebook.com/MasjidBSP/photos_albums

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 275
Saya mungkin tak berapa arif, tapi sebenarnya tak berapa nampak lakaran rumah kuarters yg dimaksudkan... gambar lakaran masjid memang ada... yg rumah tak perasan ada ke tak...

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Lukisan Pelan Kuarters Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #6 on: 01 Apr, 08:35:43 PM »
kuarters tu rumah sebuah sebuah ke? saja bertanya, sebab kalau bajet RM 2 juta, 6 unit rumah harga dalam RM 300k lebih sebuah, tak sure rumah jenis apa yg bakal dibina... mungkin elok juga share kan apa dalam perancangan, sama macam share pembinaan masjid, ada lakaran masjid etc, mudah sikit dapat buy in masyarakat utk terus menyumbang... sekadar pendapat saya lah...
Enam (6) unit rumah kuarters akan menelan bajet maksimum RM1 juta sahaja.. Secara mudahnya, kuarters akan dibina mengikut konsep "Town House" 2 tingkat  (iaitu 3 buah rumah tingkat bawah, dan 3 buah rumah tingkat atas). Arkitek masih belum finalize rekabentuk rumah itu lagi, namun begitu rekabentuknya dapat dilihat secara kasar dalam lukisan pelan terbaru.

Terima kasih atas pertanyaan, gambar pelan memang telah lama di-scan, cuma tak sempat nak upload ke FB.




Gambar-gambar ketika Majlis Meletak Batu Tanda kini boleh dilihat di FB Masjid Al-Mustaqim BSP - http://www.facebook.com/media/set/?set=a.696672050388982.1073741840.120427501346776&type=1

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra
« Last Edit: 01 Apr, 08:44:29 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 275
Jelas sikit tentang rumah kuarters untuk kakitangan masjid ni dah nampak pelan... baru paham yg kita perlukan RM 1 juta lagi untuk masjid, dan RM 1 juta lagi untuk kuarters... Insya-Allah sama sama kita terus meyumbang...

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male