Author Topic: Kerosakan pam membekal air kepada penghuni Pangsapuri Seri Melati  (Read 756 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

mrzul

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 118
Sayugia dimaklumkan ketika sesi catuan bekalan air dilakukan di Pangsapuri Seri Melati, hanya terdapat 1 (satu) sahaja pam yang beroperasi di rumah pam berdekatan rumah sampah.

Ini menyebabkan pengurusan dan pengoperasian pam terpaksa dilakukan secara manual oleh En. Bokhari (bukan pekerja tetap lantikan pengurusan JMB). Dan Bekalan air simpanan di tingkat "roof top" tidak dapat dipam masuk dengan sempurnanya. Akhirnya penghuni terpaksa menunggu bekalan air terawat sampai ke pili rumah dengan kadar lewat.

Lebih menyedihkan lagi kebanyakan daripada floating ball di setiap tangki simpanan air setiap tangga dan blok sudah rosak dan tidak dibaik pulih sepenuhnya sehingga menyebabkan air melimpah dari tangki dan mengakibatkan pembaziran.

Persoalannya, di manakah duit sinking fund sebanyak RM60 ribu yang sepatutnya digunakan untuk membaikpulih dan merawat dua buah pam yang rosak itu yang mana setia satu pam jika ingin dibaikpulih berharga lebih dari rm20 ribu?

Ada sesiapa yang berani menyiasat apakah yang dilakukan oleh pihak JMB dalam mengurus tadbir kewangan dan kutipan penghuninya?