Author Topic: Isu Cadbury: Kenyataan Baharu Kelirukan Pengguna  (Read 2050 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

balqis12

  • Temenggung
  • ********
  • Posts: 1515
    • misteri, pelik.....
Isu Cadbury: Kenyataan Baharu Kelirukan Pengguna
« on: June 03, 2014, 08:32:31 PM »
SEREMBAN -  Kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bahawa kedua-dua sampel coklat Cadbury bebas Asid Deoksiribonukliek (DNA) **** (porcine), mengelirukan pengguna Islam di negara ini.

Persatuan Pengguna Negeri Sembilan (PPNS), Khairudin Yunus berkata, situasi yang berlaku sekarang ini tidak sepatutnya terjadi, berikutan ia melibatkan soal haram dan halal sesuatu makanan.

Beliau turut mempersoalkan bagaimana sebelum ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh mengesan penggunaan DNA **** dalam coklat terbabit, dan disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Tambahnya, sebagai pakar dalam hal ini, pihak berkenaan perlu meneliti dan memastikan fakta diperoleh benar-benar sahih sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Pengguna kini semakin keliru dengan apa yang berlaku, sekejap kata sah ada DNA ****, sekejap kata bebas.

"Jabatan berkenaan seolah-olah tidak mempunyai pendirian yang kukuh dalam memastikan isu berkenaan benar-benar sahih atau sebaliknya.

“Sebagai pengguna sudah tentu kita akan keliru sekiranya terdapat fakta bercanggah, sehingga menyebabkan hilang keyakinan terhadap produk berkenaan," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, pihak berwajib perlu memberi penjelasan dengan telus dan jujur agar pengguna Islam tidak dianiaya dengan perbuatan yang tidak sepatutnya.

"Ke mana laporan asal yang dibuat KKM sebelum ini, yang mula-mula mengenal pasti produk berkenaan mengandungi DNA ****? Halalal toiyibah itu penting dalam setiap produk makanan yang dimaka bagi memastikan jiwa umat Islam tidak dinodai dengan benda-benda haram,” katanya.

Kata Khairudin, dengan situasi sekarang, pengguna dinasihatkan supaya tidak membeli produk makanan yang dirasakan was-was tahap kebersihan dan pembuatannya.

Jelasnya, pengguna mempunyai banyak pilihan lain memandangkan di pasaran semasa sekarang ini terdapat pelbagai jenama coklat lain yang disahkan halal.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/isu-cadbury-kenyataan-baharu-kelirukan-pengguna-1.286499

mRs.jeli

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 916
  • Gender: Female
Re: Isu Cadbury: Kenyataan Baharu Kelirukan Pengguna
« Reply #1 on: June 03, 2014, 10:05:50 PM »
Dah was2 xbley mkn da...
miAwW..miAWw..;)

balqis12

  • Temenggung
  • ********
  • Posts: 1515
    • misteri, pelik.....
Re: Isu Cadbury: Kenyataan Baharu Kelirukan Pengguna
« Reply #2 on: June 03, 2014, 10:19:40 PM »
banyak lagi produk coklat lain dipasaran, pilihan ditangan anda...kalau rasa was2 lebih baik jangan dimakan.

mRs.jeli

  • ShahBandar
  • ******
  • Posts: 916
  • Gender: Female
Re: Isu Cadbury: Kenyataan Baharu Kelirukan Pengguna
« Reply #3 on: June 03, 2014, 10:49:32 PM »
Nk slmt n yakin,mknlah koko sgr dr pokok koko ;D
miAwW..miAWw..;)

sang_karibut

  • Hulubalang
  • *****
  • Posts: 565
  • Gender: Male
  • ~pulau pinang kita~
Re: Isu Cadbury: Kenyataan Baharu Kelirukan Pengguna
« Reply #4 on: November 24, 2014, 05:18:01 PM »
beli coklat kompaun wat sendiri lagi jimat....Beryl's Chocolate  8)

dodol16

  • Pelawat
  • *
  • Posts: 1
Re: Isu Cadbury: Kenyataan Baharu Kelirukan Pengguna
« Reply #5 on: November 25, 2014, 12:10:28 PM »
nk gi beli ah coklat cadburry skrg.. cadburry da halal da.. xnak kesah da psl batch coklat yg terkena dna babi tu..

powpow

  • Pelawat
  • *
  • Posts: 4
  • I Love Putra Mahkota
Re: Isu Cadbury: Kenyataan Baharu Kelirukan Pengguna
« Reply #6 on: November 27, 2014, 03:33:22 PM »
ak minat cokelat cadburry la. knpe kena timbul isu ni.. ari tu ak pegi beli, si cashier tu pdg kat ak mcm ak mkn babi je.. bkn JAKIM dah lulus halal ke?  x nak ah beli cokelat.. kwan2 ak pon mmg da hnti mkn dr dulu.

sysygawk

  • Pelawat
  • *
  • Posts: 3
  • I Love Putra Mahkota
Re: Isu Cadbury: Kenyataan Baharu Kelirukan Pengguna
« Reply #7 on: November 28, 2014, 03:14:13 PM »
bosan aku tgk kes mcm ni..nape mesti ade org cube nk menjatuh kan imej org lain..cube korang tgk kt google  sal ramli  burger..yg tu pun dulu dikatakan ade dna babi...yg dgn ikea tu sosej dia pulak..aduii..lepas ni x tau kompeni mane yg kena pulak..
sy rasa mesti ada yg dengki ni pastu sabotaj cdbury. bisnes trick nie..

sysygawk

  • Pelawat
  • *
  • Posts: 3
  • I Love Putra Mahkota
Re: Isu Cadbury: Kenyataan Baharu Kelirukan Pengguna
« Reply #8 on: November 28, 2014, 03:17:12 PM »
ak minat cokelat cadburry la. knpe kena timbul isu ni.. ari tu ak pegi beli, si cashier tu pdg kat ak mcm ak mkn babi je.. bkn JAKIM dah lulus halal ke?  x nak ah beli cokelat.. kwan2 ak pon mmg da hnti mkn dr dulu.
sian kt awk. mereka xtau ke yg jakim dh bgtau halal. dh sahkan halal. jakim kan badan yg brtnggungjwb, xkan diorg nk tpu.. ni link kalau tak caya http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/media/berita/359-kenyataan-umum-jabatan-kemajuan-islam-malaysia-jakim