Author Topic: Mi sanggul pula kena rampas menggunakan logo halal 'ketinggalan zaman'  (Read 509 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

balqis12

  • Temenggung
  • ********
  • Posts: 1515
    • misteri, pelik.....

MI sanggul dijemur di tempat terbuka di sebuah kilang di di Sama Gagah, Bukit Mertajam. FOTO Mohd Kamil Rahim


Bukit Mertajam: Sebuah kilang membuat mi sanggul di Sama Gagah dekat sini, diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPPDNKK) Seberang Perai Tengah (SPT) kerana tidak menggunakan logo halal diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), petang tadi.

Produk mi sanggul keluaran kilang berkenaan banyak dijual di kawasan utara dan hanya menggunakan lambang bulatan ditulis perkataan 'HALAL' berbeza dengan logo seragam berbentuk heksagon ditetapkan JAKIM.

Serbuan jam 3 petang itu susulan aduan orang ramai yang ragu-ragu mengenai logo halal pada bungkusan mi sanggul berkenaan selepas isu bihun cap masjid yang diragui status logo halal disiarkan media-baru-baru ini.

Selain mi sanggul, kilang berkenaan turut mengeluarkan kuetiau dan mi suah yang turut menggunakan logo halal 'ketinggalan zaman' yang tidak lagi diiktiraf JAKIM mengikut Akta Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.

Menurut sumber, sebelum dibungkus mi sanggul dijemur di tempat terbuka, sekali gus menyebabkan ia terdedah kepada kekotoran atau pencemaran.



sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Misanggulpulakenarampas//Article?BeritaUtama