Author Topic: Kanak-kanak perempuan maut terjatuh dari tingkat enam  (Read 513 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

balqis12

  • Temenggung
  • ********
  • Posts: 1515
    • misteri, pelik.....
Kanak-kanak perempuan maut terjatuh dari tingkat enam
« on: June 13, 2014, 09:14:58 PM »

WANITA dipercayai ibu mangsa memeluk kanak-kanak berusia 7 tahun yang terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat enam di Pangsapuri Sri Angkasa Seksyen 28 Shah Alam, 7 malam tadi.

Shah Alam: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun maut selepas terjatuh dari balkoni rumahnya di tingkat enam Pangsapuri Sri Angkasa Seksyen 28, di sini, awal malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 petang itu, mangsa dikatakan tergelincir dari balkoni rumahnya ketika bermain dengan abangnya.


 
Menurut saksi Mohd Shahril Abd Hadi, 27, sebaik terdengar seorang jirannya menjerit dia bergegas ke tempat kejadian.

"Saya bergegas berlari ke bawah rumah dan melihat mangsa sedang tergantung di balkoninya sambil menjerit meminta tolong.

"Saya bersama seorang lagi jiran cuba menyambutnya dengannya permaidani namun sebelum sempat menyambutnya mangsa sudah jatuh," katanya.


Menurutnya, ketika kejadian ibu bapa mangsa tiada di rumah.


sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/Bergayutdibalkoni//Article?BeritaUtama