Author Topic: 2 maut, 2 parah kereta perisai ATM terbalik  (Read 455 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

balqis12

  • Temenggung
  • ********
  • Posts: 1515
    • misteri, pelik.....
2 maut, 2 parah kereta perisai ATM terbalik
« on: July 04, 2014, 11:53:56 AM »


Keadaan kereta perisai yang terbalik hingga meragut nyawa dua anggota tentera dan dua lagi cedera parah. - Foto Sinar Harian oleh Ridauddin Daud
< 1 / 1 >
KUALA KANGSAR - Dua anggota tentera ?masing-masing ?berpangkat Koperal dan Sarjan maut apabila kereta perisai tentera yang ?dinaiki ?bersama dua lagi anggota ?hilang kawalan ?sebelum terbalik di Kilometer 232 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan), petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.46 petang itu, mangsa, Sarjan Bayong Burma maut di tempat kejadian, sementara Koperal Che Mohd Fatanah Che Ismail, 31, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kangsar.

Dua lagi anggota dikenali Lans Koperal Freaddy Barlabas, 29, dan Koperal Sharifuddin Abdullah, 36, dilaporkan parah di beberapa bahagian badan dan sudah menerima rawatan di hospital sama.

Siasatan awal mendapati, kenderaan dipercayai dipandu Freaddy yang dalam perjalanan dari Kedah untuk menjalani latihan menembak di Negeri Sembilan itu, hilang kawalan akibat tayar pecah.

Keadaan itu menyebabkan, kenderaan terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik ke bahu kiri laluan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/dua-tentera-maut-kereta-perisai-terbalik-1.296138