Author Topic: Soup Kitchens Tidak Dibenarkan Sekitar 2km Dari Pusat Bandar KL - Ku Nan  (Read 924 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Soup Kitchens Tidak Dibenarkan Sekitar 2km Dari Pusat Bandar
Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 1:22 PM  |      Oleh: CHOONG MEK ZHIN  |    editor@mstar.com.my


Sukarelawan Soup Kitchen memberikan makanan kepada golongan gelandangan di sekitar ibu negara.

KUALA LUMPUR: Soup Kitchens yang menyediakan makanan dan minuman kepada golongan gelandangan tidak dibenarkan beroperasi di sekitar radius 2 kilometer dari Lot 10, yang meliputi sebahagian besar pusat bandar, berkuatkuasa serta-merta, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Aktiviti seperti ini hanya menggalakkan orang ramai untuk menjadi gelandangan dan menganggur. Terdapat ramai orang seperti itu yang kami bantu untuk dapatkan pekerjaan tetapi kembali ke tabiat lamanya kerana mereka menyifatkan ia lebih mudah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri majlis perlantikan anggota jawatankuasa badan penasihat Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) Wilayah Persekutuan di Menara DBKL di sini Khamis.


Sukarelawan Pertiwi Soup Kitchen mengedarkan paket makanan percuma kepada gelandangan di beberapa lokasi di ibu negara beberapa kali dalam seminggu

Katanya, tindakan tersebut menyebabkan pembuangan sampah di sekitar bandar raya itu dan menarik kehadiran pemungut sampah yang membawa penyakit.

"Kami mempunyai pelbagai jenis masalah berkaitan sampah di bandar ini dan membelanjakan hampir RM90 juta setahun untuk memunggut bahan buangan itu. Saya tidak melihat tindakan saya keterlaluan tetapi ia perlu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berdisiplin.

Tengku Adnan berkata, bagaimanapun, Soup Kitchens belum dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara tersebut dan mesyuarat dengan mereka bagi membincangkan perkara ini akan diadakan segera.


Radius 2km di keliling Pusat Membeli belah Lot 10 - Google Maps image of the city centre.
« Last Edit: July 04, 2014, 03:10:19 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Tutup Rumah Urut, Rumah Ayam...Bukan 'Soup Kitchen'
Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 9:04 PM  |  Oleh: MICHELLE TAM   |      editor@mstar.com.my

PETALING JAYA: Pengguna laman sosial rata-ratanya kurang senang dengan langkah menghentikan program amal Soup Kitchen di kawasan Bukit Bintang.

Kejam dan tidak berperikemanusiaan, demikian mereka memberi pandangan terhadap cadangan untuk menyekat pemberian makanan percuma kepada golongan gelandangan.

Reaksi sebegini muncul selepas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata program amal Soup Kitchen tidak lagi dibenarkan beroperasi dalam lingkungan 2 km daripada pusat bandar.

Pengguna di Facebook mencela pengumuman itu, dengan beratus-ratus orang memberi pujian kepada Fendi Ahmad, yang menggesa pihak berkuasa untuk memberi tumpuan kepada usaha membasmi, bukannya membendung aktiviti amal.

"Anda patut menutup semua pub/rumah urut/rumah ayam (sarang pelacuran). Bukan Soup Kitchen la ..." tulis Fendi. - Lihat sini --> http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151905144732255&set=a.10150257674622255.285795.11450527254&type=1&relevant_count=1

Seorang lagi pengguna pula menyuarakan persoalannya dengan berani dengan menulis: "Siapakah anda untuk menghalang saya daripada memberi makan kepada saudara saya?"

Kenyataan Tengku Adnan bahawa Soup Kitchen menggalakkan aktiviti gelandangan dan pengangguran juga telah ditolak oleh Lavinia Lo.

"Mereka di situ untuk memberi makanan kepada orang-orang yang malang. Hanya beberapa orang sahaja yang akan mengambil kesempatan terhadap kebaikan mereka.

Mengenai dakwaan bahawa Soup Kitchen menyebabkan sampah-sarap, Alvin Kanniah menggesa supaya pembuat keputusan dasar membuat keputusan berdasarkan penemuan fakta: "Bagaimana begitu mudah mengaitkan 'masalah berkaitan sampah di bandar' dengan mereka yang tiada tempat tinggal dan menganggur! Saya pasti anda mempunyai data untuk menyokong perkara ini?"

Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Pertiwi ketepi amaran Tengku Adnan, terus edar makanan percuma
Posted on Friday, July 04 @ 10:00:00 MYT



Isu Semasa - Pertiwi Soup Kitchen (Pertiwi) akan meneruskan program pengagihan makanan percuma kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur seperti biasa di sebalik amaran Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang mahu mengenakan denda kepada penganjur-penganjur program sedemikian.

Pengasas Pertiwi, Munirah Abdul Hamid berkata, penggagihan makanan yang dilakukan sebanyak empat kali seminggu oleh organisasi itu adalah sejajar dengan ajaran Islam iaitu membantu orang susah dan tidak berkemampuan.
 
"Apa yang saya tahu, kami di Pertiwi tidak melakukan sebarang kesalahan (memberi makanan percuma kepada gelandangan) kerana sebagai orang Islam kita dianjurkan untuk membantu orang lain yang tidak berkemampuan.
 
"Saya memilih untuk membuat sesuatu yang betul mengikut ajaran Islam berbanding takut kepada amaran seorang menteri.
 
"Tambahan pula, Pertiwi dilancarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu biarpun bukan Tengku Adnan tetapi pastilah program ini bukan satu program yang salah atau melanggar peraturan negara,” katanya kepada MalaysiaGazette sebagai reaksi kepada kenyataan Tengku Adnan hari ini.
 
Menteri Wilayah Persekutuan itu memberi amaran kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) seperti Pertiwi yang aktif menganjurkan program penggagihan makanan percuma kepada gelandangan dengan meminta mereka berpindah kawasan operasi yang selalunya di sekitar bandar raya dan segi tiga emas Kuala Lumpur, selewat-lewatnya Isnin ini.
 
Sekiranya gagal, NGO-NGO tersebut akan dikenakan denda.
 
"Saya tak rasa denda kepada penganjur adalah sesuatu yang betul di dalam hal ini.
 
"Tak tahulah bagaimana pendapat anda, tetapi setahu saya, apa yang kami lakukan adalah sesuatu yang betul dan tidak menyalahi undang-undang."
 
"Program akan dijalankan seperti biasa di kawasan-kawasan biasa," tambah Munirah lagi.
 
Pertiwi mengagihkan kira-kira 500 sehingga 750 pek makanan lengkap setiap malam Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad di kawasan sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Puduraya dan Masjid Jamek.
 
Selain itu, ia turut menawarkan perkhidmatan klinik bergerak dan dandanan rambut yang diusahakan oleh sukarelawan-sukarelawan Pertiwi.
 
Pertiwi dilancarkan pada 11 Mac 2010 oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar ketika itu, Datuk Raja Nong Chik di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. - MalaysiaGazette
« Last Edit: July 04, 2014, 03:18:09 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need