Author Topic: Pesawat MAS ditembak jatuh di Ukraine  (Read 672 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

balqis12

  • Temenggung
  • ********
  • Posts: 1515
    • misteri, pelik.....
Pesawat MAS ditembak jatuh di Ukraine
« on: July 18, 2014, 06:57:55 AM »

PETIKAN video yang dimuat naik beberapa media Ukraine menunjukkan orang awam sedang memerhati pesawat MH17 terbakar setelah ditembak jatuh di Torez, kira-kira 40 kilometer dari sempadan Ukraine-Rusia.

KIEV – Sebuah pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang dinaiki 295 orang terhempas di Ukraine semalam selepas dilaporkan ditembak dengan peluru berpandu dari daratan ke udara oleh pihak berkuasa Rusia.

Menurut agensi berita Interfax, pesawat MH17 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur semasa ia ditembak jatuh.

Syarikat MAS membuat kenyataan dalam laman Twitter menyatakan pesawat tersebut terputus hubungan selepas ia berlepas dari Amsterdam.

Lokasi terakhir yang dapat dikesan ialah di ruang udara Ukraine. Imej yang dimuat naik di laman YouTube menunjukkan bangkai pesawat tersebut terbakar di Ukraine.

Agensi berita Interfax melaporkan, pesawat itu hilang dari radar apabila ia terbang pada ketinggian 10,000 meter.




sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0718&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Pesawat MAS ditembak jatuh di Ukraine - Koridor penerbangan biasa
« Reply #1 on: July 18, 2014, 12:56:33 PM »
Koridor penerbangan MH17 merentasi Ukraine merupakan laluan biasa bagi perjalanan KLIA ke Eropah (London, Amsterdam, Frankfurt etc). Saya kongsikan di sini flight plan KLIA - London-Heathrow yang diambil ketika dalam pesawat A380 pada penghujung Mei 2014. Laluan merentasi Ukraine melalui ruang udara Donetsk, hampir dengan Grabovo (kawasan nahas).


KUL-LHR flight plan


Laluan penerbangan KUL-LHR merentasi Turkmenistan, Kazakhstan, Russia, Ukraine & Poland.


Kedudukan kawasan nahas MH17 di perkampungan Grabovo (Hrabove) dekat Donetsk. Garisan biru menunjukkan (jangkaan kasar) laluan penerbangan KUL-LHR.
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need