Author Topic: Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor  (Read 798 times)

0 Members and 2 Guests are viewing this topic.

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ************
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor
« on: August 11, 2014, 04:25:32 PM »
Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor sehinggalah usul "Undi Tidak Percaya" dibentangkan dalam Dewan Negeri Selangor.. entah bila-bila nanti bersidangnya tu.. hehehe..

http://www.facebook.com/notes/abdul-khalid-ibrahim/dymm-tuanku-sultan-perkenan-menteri-besar-sedia-ada-terus-menjalankan-tugas/10152357776922991?fref=nf



DYMM Tuanku Sultan Perkenan Menteri Besar Sedia Ada Terus Menjalankan Tugas
August 11, 2014 at 3:18pm

Saya telah manghadap DYMM Sultan Selangor hari ini pada 11 Ogos 2014, 9 pagi di Istana Alam Shah Klang untuk memaklumkan kedudukan saya sebagai Menteri Besar Selangor selepas pemecatan saya sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam pertemuan tersebut, saya telah sembah maklum kepada DYMM Tuanku bahawa saya telah dipecat daripada PKR pada 9 Ogos 2014 oleh Lembaga Disiplin PKR.

Lanjutan daripada pemakluman saya, DYMM Tuanku telah bertanyakan sama ada saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

Saya telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatan saya sebagai ahli PKR, saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

Justeru, DYMM Tuanku berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan selanjutnya DYMM Tuanku telah perkenan untuk saya terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Sehingga ada perkembangan baharu, saya masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
11 OGOS 2014
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

Kamcaurl

  • KamcaurlCC
  • Pelawat
  • *
  • Posts: 6
  • Gender: Male
  • I Love Putra Mahkota
Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor
« Reply #1 on: August 12, 2019, 10:19:24 PM »
ni cerita fb

abatan Bomba & Penyelamat Malaysia Fire & Rescue Department of Malaysia
KAJANG: Keghairahan seorang penuntut Universiti Teknologi MARA UiTM Shah Alam menawan puncak Bukit Broga di Semenyih, Selangor semalam, bertukar menjadi pengalaman pahit selepas dia cedera parah akibat terjatuh dari ketinggian 50 meter.

D...alam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa yang dikenali sebagai Norhanani Shahim, 23, dari Semenyih, Kajang dipercayai mendaki berseorangan sebelum tiba-tiba tergelincir dan terjatuh di lereng bukit

Sumber memberitahu Berita Harian, sepasukan enam anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kajang serta dua pembantu perubatan Hospital Kajang untuk operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Katanya, pasukan penyelamat tiba di tempat kejadian kira-kira jam 11 pagi.
namun operasi itu mengambil masa berikutan laluan masuk yang sukar serta sempit ke tempat kejadian.

Beliau berkata, usaha membawa mangsa keluar dari tempat kejadian perlu dilakukan berhati-hati berikutan tahap kecederaan tulang belakangnya yang serius.
“Wanita malang itu berjaya dikeluarkan selepas dua jam iaitu jam kira-kira jam 1 petang dan dia dikejarkan ke Hospital Kajang untuk rawatan lanjut,” katanya sambil menambah keadaan mangsa dilaporkan stabil

Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra

Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor
« Reply #1 on: August 12, 2019, 10:19:24 PM »