Author Topic: Jemputan hadir ke Majlis Kesyukuran di Masjid Al-Mustaqim pada 1 Okt 2014  (Read 1258 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Satu Majlis Kesyukuran akan diadakan pada 1 Okt 2014, dengan bermulanya Solat Maghrib di Masjid.

Aturcara Program ialah:
-    Solat Maghrib
-    Kata Alu-Aluan Pengerusi
-    Bacaan Surah Yaasin
-    Solat Isyak & Sujud Syukur
-    Solat Hajat
-    Doa
-    Jamuan

Semua ahli kariah Bandar Seri Putra dijemput hadir.



Banner makluman program Majlis Kesyukuran (1 Okt) dan Solat Aidil Adha (5 Okt) dipimpin oleh Ustaz Dr. Muhammad Farid Ravi
« Last Edit: 27 Sep, 11:48:59 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

shukri

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 46
  • I Love Putra Mahkota
Jangan lupa ahli kariah lain yang berjiran.

Mereka pun menyumbang juga..

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Jangan lupa ahli kariah lain yang berjiran.

Mereka pun menyumbang juga..
Jemputan dipanjangkan kepada SEMUA ahli kariah sekitar Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Impian Putra, Desa Mahkota, Bangi Avenue dan Pekan Bangi.

Rujuk Event di Facebook -
http://www.facebook.com/events/298102250383180/298127823713956/ :)
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Majlis Kesyukuran di Masjid Al-Mustaqim - 1 Okt 2014 - http://www.facebook.com/media/set/?set=a.793623874027132.1073741854.120427501346776&type=1

Alhamdulillah,

Majlis Kesyukuran bagi menandakan bermulanya sembahyang lima waktu (KECUALI solat Jumaat) di Masjid Al-Mustaqim BSP telah berlangsung dengan jayanya selepas solat Maghrib malam tadi, meskipun bermula sedikit goyah.

Kira-kira seribu jemaah telah hadir ke majlis tersebut, melebihi jangkaan JK Pembinaan, jazakallahu khairan kerana sudi hadir memberi sokongan. Majlis dipengerusikan oleh Tn. Hj. Anwar iaitu Setiausaha JK Pembinaan.

Datuk Pengerusi JK Pembinaan dalam ucapan beliau telah memberi 'update' terkini bahawa kerja-kerja pembinaan akan diteruskan sehinggalah kuarter pegawai masjid siap. Lantaran itu, beliau menyeru penduduk supaya meneruskan sumbangan derma ke tabung pembinaan.

Setelah selesai bacaan surah Yaasin, doa dan solat Isyak, barisan 2 Imam dan 2 Bilal yang dilantik telah memperkenalkan diri masing-masing kepada jemaah yang hadir. Jemaah juga diperkenalkan dengan 2 orang Siak yang mengambil tugas secara sukarela.

Di akhir majlis, Dato' Timb. Pengerusi dalam ucapan beliau telah memperincikan beberapa aspek tentang pembinaan rumah kuarters dan beberapa perancangan yang akan diimplementasikan di kawasan masjid pada masa hadapan.

Pengerusi majlis juga mengumumkan bahawa Solat Sunat Aidil Adha akan bermula jam 8:30 pagi hari Ahad 5 Okt dan disusuli dengan Program Ibadah Korban 7 ekor lembu yang akan dijalankan di perkarangan masjid.

JK Pembinaan merakamkan penghargaan kepada petugas yang bertungkus-lumus menjayakan majlis malam tadi. Segala kekurangan yang timbul bukanlah sesuatu yang dirancang, hanya Allah adalah sebaik-baik Pengatur rancangan.

Semoga Allah memberkati segala usaha kita dalam membangunkan Masjid Al-Mustaqim ini, aminn.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


 
Jemaah yang hadir, boleh nampak sebahagian jemaah muslimat di tingkat Mezannine


Dari kiri: Tn. Hj. Anwar Khan, Setiausaha merangkap Pengerusi Majlis; Datuk Dr. Hj. Abdul Rahman Hasan, Pengerusi JK Pembinaan; dan Dato' Zakaria Husain, Timb. Pengerusi JK Pembinaan merangkap Ketua Dana

 
Barisan 2 imam dan 2 bilal yang dilantik                                                         Kawasan "Anjung Suffah" tempat berzikir & bertahfiz serta ruang untuk akad nikah
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need