Author Topic: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP  (Read 3885 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

Tetikus Hensem

  • Penghulu Bendahari
  • *******
  • Posts: 1026
Kalau betul niat kontraktor, dapat dua keuntungan. Untung duit, untung pahala. Insyaallah... :)
« Last Edit: 13 Nov, 06:16:44 PM by jabbar4aiman »

sazzahan

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2916
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #1 on: 30 May, 03:42:49 PM »
berapa LAD sehari?

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #2 on: 31 May, 03:39:07 PM »
berapa LAD sehari?

Projek baru 8 minggu jalan.. mane ade LAD lagi..
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

Tetikus Hensem

  • Penghulu Bendahari
  • *******
  • Posts: 1026
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #3 on: 02 Jun, 02:57:55 AM »
Projek baru 8 minggu jalan.. mane ade LAD lagi..
Projek mungkin delay kalau kutipan derma terhenti... ;)

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #4 on: 03 Jun, 10:28:28 AM »
Dia nak tau berapa sehari KALAU delay.

Kena tengok dalam kontrak le..
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

mossgenio

  • Salah seorang
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 4035
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #5 on: 12 Jun, 10:21:04 PM »
Dia nak tau berapa sehari KALAU delay.

Kena tengok dalam kontrak le..

Entah la dia tu. Nanti suruh dia check kontrak.  ;D

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 275
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #6 on: 09 Nov, 09:54:53 AM »
salam en jabbar... perkembangan masjid bertambah baik... dalam laporan berikutnya, kalau tak keberatan, boleh juga inform kami ahli qariah perkembangan 36% (actual) vs XX% (planned), dan bagus juga kalau ditambah maklumat target completion... kiranya agak2 dengan perkembagan sekarang tarikh siap masjid ni bila... sekadar pandangan....

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #7 on: 11 Nov, 02:58:58 PM »
salam en jabbar... perkembangan masjid bertambah baik... dalam laporan berikutnya, kalau tak keberatan, boleh juga inform kami ahli qariah perkembangan 36% (actual) vs XX% (planned), dan bagus juga kalau ditambah maklumat target completion... kiranya agak2 dengan perkembagan sekarang tarikh siap masjid ni bila... sekadar pandangan....

Assalamualaikum,

Status 'actual vs planned' tidak dapat dikongsikan kerana sebarang perselisihan dikhuatiri mengundang fitnah*, terutama jika yang membaca tidak terlibat secara langsung dengan projek pembinaan masjid itu sendiri (tidak hadir mesyuarat tapak atau tidak hadir mesyuarat bulanan JK Pembinaan**).

Tarikh-tarikh utama telah saya kongsikan dalam post pertama bagi topik ini. Ringkasan perancangan projek:

  • Projek Mula - 15 Mac 2013
  • Jangkaan Siap - 14 Jun 2014
  • Tempoh Projek - 15 bulan
Bagi mereka yang memang dalam industri pembinaan juga akan faham bahawa untuk menepati 'Planned Progress' merupakan priority utama pengurusan projek. Namun begitu, terdapat faktor-faktor yang tidak dapat dielakkan (seperti cuaca, perubahan spesifikasi/drawing pelan, kerja-kerja di luar kontrak - VO) yang akan memberi impak kepada progress projek. Pihak JK Pembinaan juga berpendapat bahawa projek pembinaan masjid kita ini adalah dinamik dan persepsi/pandangan/respons*** ahli kariah perlu diambil kira ketika pembinaan berjalan.

Kesemua isu/pendapat (yang mana relevan) yang sampai ke pengetahuan JK Pembinaan akan dibawa ke mesyuarat tapak untuk perbincangan. Sebarang penyelesaian (tindakan/pemantauan) akan dirangka/dipersetujui oleh wakil JK Pembinaan dengan sokongan barisan perunding yang terlibat. Keputusan tersebut pula akan dibawa ke mesyuarat bulanan JK Pembinaan untuk 'endorsement' dan diminitkan.

Ahli Jawatankuasa Pembinaan yang terdiri daripada penduduk BSP dari pelbagai bidang (technical, non-technical, profesional, penjawat awam, pentadbir, wakil pemaju Bangi Heights) sentiasa memikirkan yang TERBAIK buat kariah Masjid Al-Mustaqim Bandar Seri Putra.

Terima kasih di atas pandangan yang diberikan.

Pegawai Penerangan
JK Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


* SEKADAR CONTOH - "Progress slow ni, duit tabung dah ke lain kot.."; "Masjid dah terbengkalai.."
** Jawatankuasa Pembinaan sentiasa mengalu-alukan participation ahli kariah yang berminat untuk terlibat aktif dengan pembangunan Masjid Al-Mustaqim.
*** Dalam karier profesional saya terdapat satu condition/keadaan yang kami panggil IKIWISI atau "I Know It When I See It" yang biasanya timbul apabila client/pelanggan projek melibatkan end-user yang berpengetahuan terhad dalam bidang teknikal (non-technical people).
« Last Edit: 11 Nov, 03:06:17 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 275
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #8 on: 11 Nov, 07:15:28 PM »
oke juga macam tu, as long as tarikh dijangka siap tu dipaparkan pun sudah memadai... insyaAllah kalau ikut plan asal, lagi 7 bulan masjid ni akan siap dibina...

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 275
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #9 on: 16 Dec, 01:13:06 PM »
gambar panorama... canggih canggih... ;D

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #10 on: 17 Dec, 10:59:13 AM »
gambar panorama... canggih canggih... ;D

Kameraman amatur part-time, takde "fish-eye lens".. jadi buat post-production edit kreatif sikit-sikit jer..  ;)
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #11 on: 19 Dec, 11:03:26 AM »
saja tanya ye... masjid ni nampak rendah sikit, biasa kalau pergi masjid2 lain tinggi2 binaan dia... kalau masuk tu nak pandang ceiling nun jauh kat atas tu...

agaknya sebab nak kurangkan ruang untuk pasang air cond ke? sapa2 yg tau boleh saja bagi jawapan...
Kena lawat tapak dulu tuan, baru boleh rasa.. siling, kubah dan minaret masjid memang dah tinggi.. kalau tengok dalam gambar kat bawah ni, jarak lantai ke siling di Foyer dah 2 kali ganda ketinggian manusia biasa..



Minaret masjid kalau ikut dalam pelan 37 METER tinggi.. yang dalam gambar corner shot tu sedang dibina dah naik tiga ruas/rangka, akan ada 2 lagi ruas/rangka + kubah yang akan naik.. puncak kubah pulak kira-kira 2/3 (dua per-tiga) ketinggian minaret (ikut lukisan perspektif ni la, dimensi sebenar tak check/ukur betul2 masa tengok pelan hari tu sebab tak bawak scale ruler pergi miting  ::))




NOTA: Ini lukisan tampak yang lama, lukisan yang baru ada beza sikit dengan yang ini. Tapi dimensi masih lebih kurang sama.

Memang, masjid kita ni tidak le se-GAH macam Masjid Putra dan Masjid Besi di Putrajaya atau Masjid Wilayah Persekutuan kat Jalan Duta.. :)

Tapi sepadan la dengan kos pembinaan yang hanya juta-juta aje berbanding puluh-puluh & ratus-ratus juta yang digunakan untuk bina masjid-masjid tu..  ::)

Binaan masjid kita ni lebar, sebabnya kita nak memaksimakan jumlah jemaah dan pada masa yang sama mengambil kira kemungkinan ruang solat muslimah dipindah ke tingkat bawah. Telah ada perbincangan dibuat tentang susun atur ruang masjid nanti supaya tidak menyukarkan golongan wanita warga emas.
« Last Edit: 20 Dec, 10:57:15 AM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 275
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #12 on: 19 Dec, 07:32:38 PM »

Binaan masjid kita ni lebar, sebabnya kita nak memaksimakan jumlah jemaah dan pada masa yang sama mengambil kira kemungkinan ruang solat muslimah dipindah ke tingkat bawah. Telah ada perbincangan dibuat tentang susun atur ruang masjid nanti supaya tidak menyukarkan golongan wanita warga emas.

Haa.. bagus jugak cadangan tu... cuma confuse sikit, binaan masjid ni dua tingkat ye en jabbar?
« Last Edit: 23 Dec, 12:10:19 PM by jabbar4aiman »

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #13 on: 20 Dec, 10:52:49 AM »

Binaan masjid kita ni lebar, sebabnya kita nak memaksimakan jumlah jemaah dan pada masa yang sama mengambil kira kemungkinan ruang solat muslimah dipindah ke tingkat bawah. Telah ada perbincangan dibuat tentang susun atur ruang masjid nanti supaya tidak menyukarkan golongan wanita warga emas.
Haa.. bagus jugak cadangan tu... cuma confuse sikit, binaan masjid ni dua tingkat ye en jabbar?
Ya.. sebahagian dari Ruang Solat Utama adalah dua tingkat, seperti yang ditunjukkan dalam pelan di bawah.




Sumber: http://www.facebook.com/media/set/?set=a.122315667824626.19996.120427501346776&type=3 - NOTA: sila abaikan lukisan perspektif lama yg ada dalam album tersebut.
« Last Edit: 20 Dec, 10:57:56 AM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 275
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #14 on: 22 Dec, 12:33:08 PM »
Bahagian atas yg color purple tu ruang solat kat atas, yg lain bumbung kalau tak salah... tak berapa arif baca drawing color2 ni...