Author Topic: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP  (Read 3884 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 275
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #30 on: 26 Jun, 11:20:44 AM »
lakaran nampak lebih cantik sebenarnya...

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #31 on: 26 Jun, 01:18:18 PM »
lakaran nampak lebih cantik sebenarnya...

Lakaran berdasarkan kreativiti pelukis dan arkitek pelan.. Hasil sebenar berdasarkan kos siling dan bahan yang digunakan..
« Last Edit: 30 Jun, 10:37:51 AM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

akula

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 300
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #32 on: 26 Jun, 05:04:39 PM »
Tahniah pada semua AJK.... dah molek dah tu...
biasa le lakaran touch up bg nampak cantik,,, masa korang beli rumah dulu pun gambar iklan punyale cantik dr rumah sebenar...

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 275
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #33 on: 27 Jun, 12:42:13 PM »
biasa lah, dalam gambar up sikit lah  8)
bajet takat ni, kita bersyukur apa yg dapat dibina dengan bajet tu...
tahniah... dan harap sampai ke penghujung....


mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 275
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #34 on: 21 Jul, 02:23:05 PM »
Dah boleh countdown kot, tinggal seminggu lagi nak raya... dah ada hebahan ke permbukaan masjid raya ni?

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #35 on: 21 Jul, 04:06:15 PM »
Sedikit perkembangan:
  • Penggunaan pada Bulan Ramadhan dirasakan berisiko tinggi kepada keselamatan para jemaah dan kanak-kanak yang mengunjungi masjid sepanjang bulan itu, memandangkan bahan-bahan pembinaan masih terdapat di sekitar kawasan pembinaan. JK Pembinaan memutuskan untuk meletakkan sasaran penggunaan masjid adalah untuk solat Hari Raya Aidiladha. Wakil Persatuan Penduduk BSP (PPBSP) yang turut hadir ke mesyuarat juga tiada halangan dengan keputusan ini.
Laporan JK Teknikal:
  • Hj Zakariah melaporkan sehingga kini masjid itu sudah 86% siap.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra

Harap maklum.
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

epis6666

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 48
  • I Love Putra Mahkota
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #36 on: 22 Jul, 12:23:49 PM »
masjid dah nak siap...tanah lapang sebelah masjid tu depa nak buat ape la pulak...

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #37 on: 22 Jul, 01:32:58 PM »
raya korban baru boleh mula solat :)

Dah boleh countdown kot, tinggal seminggu lagi nak raya... dah ada hebahan ke permbukaan masjid raya ni?

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #38 on: 22 Jul, 04:39:53 PM »
masjid dah nak siap...tanah lapang sebelah masjid tu depa nak buat ape la pulak...

Kawasan lapang antara bangunan masjid dan pencawang TNB merupakan kawasan parking.  ::)

Kawasan lapang mengadap tapak masjid adalah lot komersial yang dimiliki oleh pemaju Bangi Heights.  :)
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 275
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #39 on: 25 Sep, 07:22:15 AM »
alhamdulillah, 9 hari lagi...

epis6666

  • Penghuni
  • **
  • Posts: 48
  • I Love Putra Mahkota
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #40 on: 26 Sep, 03:37:46 PM »
macam baru 80% siap je...harap sempat le siap dalam masa 8 hari...

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #41 on: 26 Sep, 07:37:53 PM »
macam baru 80% siap je...harap sempat le siap dalam masa 8 hari...

Dah 99% siap.. bahagian dalam cuma tinggal nak touch-up, cuci & pasang kabinet..

Yang Tuan nampak "macam 80%" tu sebab pagar, landskaping & turap parkir kawasan dia luas dan besar, tetapi sebenarnya 3 kerja tu boleh dibuat serentak, jadi insyaAllah akan selesai cepat.
« Last Edit: 27 Sep, 11:42:32 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

carlamms

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 227
  • Gender: Male
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #42 on: 29 Sep, 09:01:56 AM »
jom sama2 imarahkan masjid..! 8)
TvT166..

ishamim

  • Guest
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #43 on: 12 Nov, 01:52:08 PM »
Salaw wbt, sy ingin memberi sedikit komen tentang ruang solat muslimat di masjid al mustaqim, bsp. Baru2 ini ruang solat muslimat di pindahkah ke tingkat atas, di mana saya berpendapat agak kurang mesra.

Sy memikirkan ibu, isteri dan kaum hawa yg sakit perlu naik tangga untuk mendirikan solat.

Kalau dilihat pada waktu subuh, zohor & asar hanya 3 saf sahaja yg penuh di barisan lelaki.

Kita mahu mahu masjid ini lebih praktikal & mesra kepada jemaah tidak kira, anak2, remaja, lelaki & kaum hawa.

Saya mencadanagkan dibuka semula ruang sudut solat wanita di bahagian bawah sediakala. Lihat sahaja masjid2 lain, yg lebih mesra seperti masjid kuning kota damansara, masjid al-taqwa TTDI dll. 

Harap AJK2 masjid al-mustaqim ini lebih perihatin dlm hal ini.

Terima kash.

-Iskandar Hamim

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #44 on: 12 Nov, 03:28:35 PM »
Assalam,

Ruang solat muslimat sememangnya di bahagian atas.

Pada awalnya, JK Pengurusan memang ingin melayan permintaan muslimah untuk berada di bawah dan diasingkan menggunakan penghadang kayu.

Namun setelah 6 minggu masjid beroperasi, didapati penghadang itu kerap kali jatuh yang mana kali terakhir lalu telah menimpa jemaah wanita pada hari Ahad 8 Nov 2014 ketika sedang solat Isyak. Pemerhatian Siak juga mendapati bahawa anak-anak yang bermain dalam dewan solat utama selalu melanggar penghadang. Pemeriksaan yang dibuat oleh Datuk Pengerusi sendiri selepas kejadian juga mendapati bahawa banyak penghadang kayu telah rosak/tidak bersambung dan mendatangkan risiko untuk tumbang dengan sendiri tanpa diusik.

Perlu dijelaskan di sini bahawa penghadang kayu telah dibeli oleh AJK Muslimah Masjid sendiri menggunakan infaq yang dikumpulkan dari kalangan jemaah wanita di BSP (yakni tidak menggunakan dana tabung pembinaan).

Maka, untuk keselamatan jemaah muslimah sendiri, keputusan telah dibuat untuk muslimah menggunakan SEPENUHNYA ruang solat yang dikhususkan untuk mereka di tingkat atas dengan pengecualian diberi untuk jemaah yang uzur untuk menggunakan kawasan solat di bawah.

Walau bagaimanapun, perkara ini masih belum muktamad dan tindakan susulan sedang dijalankan.

Terima kasih.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


Nota:

  • JK Pembinaan/Pengurusan Masjid juga sedang meneliti cadangan-cadangan dari Pegawai JAIS yang datang ketika Upacara Serah Kunci bagi memperbaiki/menangani kawalan ke atas anak-anak kecil yang kerap bermain dalam dewan solat utama.
  • Gambar bertarikh 8 Nov 2014 menunjukkan susunan penghadang kayu di kawasan persalinan sahaja (yang lain telah dibawa keluar oleh Siak & JK Pembinaan/Pengrusan Masjid selepas kejadian timpa jemaah tersebut)
  • Gambar bertarikh 12 Nov 2014 menunjukkan susunan penghadang kayu (BARU) yang masih ingin digunakan oleh AJK Muslimah Masjid - supaya tidak membazir.
« Last Edit: 12 Nov, 03:31:15 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need