Author Topic: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP  (Read 3887 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #45 on: 13 Nov, 06:22:30 PM »
Dengan upacara ini maka Kerja-kerja Fasa 2 Pembinaan (Struktur) Masjid Al-Mustaqim BSP telah selesai sebagaimana yang telah ditentukan dalam kontrak pembinaan.

Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP

5 Nov 2014 - Upacara Ringkas Serah Kunci Masjid (Handover) Masjid Al-Mustaqim - https://www.facebook.com/media/set/?set=a.812592768796909.1073741866.120427501346776&type=1

Alhamdulillah syukur ke hadhirat ilahi,

Sebentar tadi berlangsung Mesyuarat Tapak buat kali terakhir bagi pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP. Mesyuarat telah dihadiri AJK Pembinaan/Pengurusan masjid, para Perunding, Kontraktor dan Pembekal serta Pegawai Masjid.

Di akhir perjumpaan, telah dilangsungkan Upacara Ringkas Penyerahan Kunci Masjid oleh Kontraktor Gabungmas kepada JK Pembinaan/Pengurusan Masjid yang diwakili oleh Datuk Dr. Abdul Rahman Hasan dengan disaksikan semua yang hadir.

JK Pembinaan/Pengurusan Masjid Al-Mustaqim merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat, terutama kepada para Perunding yang telah sukarela memberikan KOMITMEN SECARA PERCUMA sejak dari mula lagi dan Kontraktor Gabungmas atas kecekalan menyiapkan pembinaan masjid kita ini.

InsyaAllah, JK Pembinaan/Pengurusan Masjid akan mengadakan Upacara Rasmi Penyerahan Kunci Masjid sedikit masa lagi.

Maka, mulai hari ini bermulalah TANGGUNGJAWAB KITA bagi menjaga fasiliti & infrastruktur dan mengekalkan keindahan masjid kita ini bersama-sama.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra




 

FB Page Masjid Al-Mustaqim BSP - http://www.facebook.com/MasjidBSP
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

zull

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 262
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #46 on: 14 Nov, 09:32:09 AM »
Assalamualaikum...

Saya berkesempatan untuk solat Jumaat di Masjid Al-Mustaqim BSP pada minggu lepas... namun sedikit teguran kepada jemaah2 yg meletakkan kenderaan di dalam kawasan masjid, di harap dapat meletakkan kenderaan anda di dalam petak parking yg telah disediakan.

Sebabnya..ada beberapa kenderaan yg di parking bukan dalam petak atau memasuki petak parking yang bersebelahan...
ini menyebabkan petak parking tersebut kosong kerana  kenderaan lain tidak dapat memasukkan kenderaan kedalam petak tersebut kerana ruangnya sempit.

harap kita dapat bagi kerjasama untuk keselesaan bersama...

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Komen tentang Status Pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP
« Reply #47 on: 14 Nov, 12:17:42 PM »
Assalamualaikum...

Saya berkesempatan untuk solat Jumaat di Masjid Al-Mustaqim BSP pada minggu lepas... namun sedikit teguran kepada jemaah2 yg meletakkan kenderaan di dalam kawasan masjid, di harap dapat meletakkan kenderaan anda di dalam petak parking yg telah disediakan.

Sebabnya..ada beberapa kenderaan yg di parking bukan dalam petak atau memasuki petak parking yang bersebelahan...
ini menyebabkan petak parking tersebut kosong kerana  kenderaan lain tidak dapat memasukkan kenderaan kedalam petak tersebut kerana ruangnya sempit.

harap kita dapat bagi kerjasama untuk keselesaan bersama...

Terima kasih. Perkara sebegini sebenarnya perlu keprihatinan jemaah yang hadir, masing-masingnya perlu bertimbangrasa kepada jemaah yang lain. Namun begitu, peraturan tempat parkir seharusnya difahami dan diikuti oleh semua.

Jika tidak nanti akan berulanglah insiden tayar kereta jemaah masuk longkang kerana parking atas grating besi* longkang seperti yang berlaku malam tadi.

Semoga amalan saling ingat-mengingati sesama kita berkekalan hendaknya.

*Perlu diingatkan bahawa GRATING LONGKANG masjid tidak direka untuk menampung berat kereta dan besi grating AKAN PATAH jika melebihi beban.
« Last Edit: 22 Dec, 12:20:07 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need