Author Topic: Komen tentang Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim  (Read 3958 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Komen tentang Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
« on: 19 Oct, 04:43:43 PM »
so apa perancangan jawatankuasa untuk mengutip dengan lebih aktif? Buat sale? Marathon berkain pelekat?

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Komen tentang Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
« Reply #1 on: 19 Oct, 05:57:26 PM »
Rata-rata AJK Pembinaan kekurangan sumber (masa & tenaga) untuk secara aktif mengadakan program-program secara berterusan setiap bulan. Buat masa ini, secara aktif JK Pembinaan sedang cuba mempromosikan kewujudan Tabung Dana Pembinaan ini seluas yang boleh (internet, kalendar poket/takwim). Usaha donation drive pula lebih difokuskan kepada menganjurkan program-program ilmu secara besar (forum, ceramah, bengkel khusyuk sembahyang) yang dapat mengumpulkan khalayak yang ramai untuk mengutip derma mengisi Tabung Dana Pembinaan.

Jika ada di kalangan ahli kariah yang berminat menganjurkan program atas nama Masjid Al-Mustaqim, Pihak JK Pembinaan mengalu-alukan proposal dan kehadiran ke mesyuarat bulanan untuk present cadangan program. Buat pengetahuan semua, JK Kecil Muslimat Masjid sebelum ini telah menganjurkan satu program rahsia khusyuk sembahyang (berbayar) di GMI dan dapat sedikit keuntungan yang disumbangkan kepada tabung masjid.

 
Sumbangan Sebulan RM50 sebanyak 20 bulan, INSYAALLAH..
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

Tunggul

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 52
Re: Komen tentang Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
« Reply #2 on: 03 Jan, 11:34:00 AM »
Salam kepada Tuan2 yang berusaha membina masjid ini, semoga dirahmati Allah atas usaha tuan2.

Saya ada soalan nak tanya. Kalau ikut timeline yang dipaparkan, Tender (terbuka) bermula pada 15 Dec 2010 dan tutup 15 Jan 2011. Maksudnya sekarang ini sedang dalam proses tender ke? Tapi Quantity Surveyor belum lagi dilantik, jadi siapa yang menyediakan dokumen tender dan mengawasi hal ehwal tender tersebut manakala rekabentuk oleh Civil & structures dan M & E pun masih berstatus in progress (tak siap lagi). Takut2 kalau tender dengan skop kerja yg masih tidak 'firm', kelak akan menimbulkan masalah dalam pengawalan kos.

Lagi satu kalau boleh war war kanlah hasil permohonan pelepasan cukai ke LHDN, mudah-mudahan dapat menarik lebih ramai penderma.

Sekian

 

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Komen tentang Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
« Reply #3 on: 06 Jan, 07:15:52 PM »
Assalamualaikum,

Terima kasih kepada tuan yang bertanya. Seperti yang ditanda (*) dalam Timeline tersebut, tarikh-tarikh yang diletakkan adalah jangkaan berdasarkan maklumbalas JK Kecil Teknikal yang mengurus dan menyelaras Proses Teknikal dan Kejuruteraan. Perlu diingat bahawa Timeline ini telah dibuat berasaskan maklumat sehingga 31 September yang lalu. Seperti yang dinyatakan pada graf convergence milestone Kutipan Derma dan Proses Teknikal, Proses Tender hanya akan bermula SELEPAS kutipan mencapai SASARAN RM1 JUTA. Maka, selagi tidak tercapai SASARAN tersebut, tiada tender akan dikeluarkan.

Berkenaan Perlepasan Cukai, saya akan buka topik khusus untuk itu sedikit hari lagi.
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

Tunggul

  • Pemastautin
  • **
  • Posts: 52
Re: Komen tentang Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
« Reply #4 on: 07 Jan, 09:22:09 AM »
Salam,
Terima Kasih

Tomatoman

  • Penduduk Tetap
  • ***
  • Posts: 137
Re: Komen tentang Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
« Reply #5 on: 02 Apr, 10:16:32 PM »
apa status terkini Masjid kita? duit & tax realase dah siap ke

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Komen tentang Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
« Reply #6 on: 04 Apr, 11:26:02 AM »
Saya akan update perkembangan Tabung Dana Pembinaan Masjid setiap bulan seperti yang dilaporkan oleh Bendahari. JK Pembinaan akan bermesyuarat bulanan pada -6- 10 April 2011 (ditunda).
« Last Edit: 08 Apr, 05:26:38 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Komen tentang Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
« Reply #7 on: 26 May, 11:42:21 AM »

azzahra1983

  • Guest
Re: Komen tentang Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
« Reply #8 on: 26 May, 11:49:01 AM »
jom ramai2 kita buat pelaburan untuk saham akhirat... :)

namatakpenting

  • Global Moderator
  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 6114
  • Gender: Male
Re: Komen tentang Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
« Reply #9 on: 26 May, 12:12:22 PM »
jom

sazzahan

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2916
Re: Komen tentang Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
« Reply #10 on: 20 Sep, 09:20:55 AM »
Alhamdulillah. Semoga usaha ini dipermudahkan dan dipercepatkan pelaksanaannya. Amin  :)

sazzahan

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2916
Re: Komen tentang Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
« Reply #11 on: 28 Sep, 09:46:48 AM »
kos keseluruhan kira-kira Rm7 juta? yg selebihnya tu nak dpt dari mana?

my

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 2882
Re: Komen tentang Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
« Reply #12 on: 28 Sep, 10:34:46 AM »
kos keseluruhan kira-kira Rm7 juta? yg selebihnya tu nak dpt dari mana?

he he...kono la kito carik samo2...he he he... ;D ;D ;D ;D

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Komen tentang Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
« Reply #13 on: 28 Sep, 10:59:37 AM »
kos keseluruhan kira-kira Rm7 juta? yg selebihnya tu nak dpt dari mana?

Perancangan kita adalah KESELURUHAN 7 JUTA yang diperlukan itu dikumpulkan melalui derma, cuma kita akan mendapatkan kelulusan Pelepasan Cukai Pendapatan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri supaya kita boleh merancakkan aktiviti sumbangan dengan bantuan syarikat-syarikat yang bersedia untuk menjalankan "Corporate Social Responsibility (CSR)" dan melalui jaringan (network) ahli kariah dan kawan-kawan dalam bidang percukaian.

Buat masa ini, kita sudah memulakan proses dengan menyediakan salah satu dokumen yang diperlukan, iaitu Undang-Undang Kecil Tabungwang Pembinaan. Sebuah Jawatankuasa Kecil sudah ditubuhkan untuk menguruskan akaun Tabungwang ini dengan tujuan mengumpulkan dana bagi membina dan menyiapkan Masjid Al-Mustaqim ini.

Sebarang perkembangan tentang Tabung Dana akan saya update di sini dan di FB Masjid.

p.s. Terima kasih @kuSempoi.. saya tak sempat nak scan berita tu semalam..


Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..
« Last Edit: 28 Sep, 11:03:25 AM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

CaptRahman

  • Putra Mahkota
  • ************
  • Posts: 3560
  • Gender: Male
Re: Komen tentang Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
« Reply #14 on: 28 Sep, 12:41:12 PM »
kos keseluruhan kira-kira Rm7 juta? yg selebihnya tu nak dpt dari mana?

Perancangan kita adalah KESELURUHAN 7 JUTA yang diperlukan itu dikumpulkan melalui derma, cuma kita akan mendapatkan kelulusan Pelepasan Cukai Pendapatan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri supaya kita boleh merancakkan aktiviti sumbangan dengan bantuan syarikat-syarikat yang bersedia untuk menjalankan "Corporate Social Responsibility (CSR)" dan melalui jaringan (network) ahli kariah dan kawan-kawan dalam bidang percukaian.

Buat masa ini, kita sudah memulakan proses dengan menyediakan salah satu dokumen yang diperlukan, iaitu Undang-Undang Kecil Tabungwang Pembinaan. Sebuah Jawatankuasa Kecil sudah ditubuhkan untuk menguruskan akaun Tabungwang ini dengan tujuan mengumpulkan dana bagi membina dan menyiapkan Masjid Al-Mustaqim ini.

Sebarang perkembangan tentang Tabung Dana akan saya update di sini dan di FB Masjid.

p.s. Terima kasih @kuSempoi.. saya tak sempat nak scan berita tu semalam..


Sumbangan Sebulan RM50 selama 20 bulan, INSYAALLAH..
Berita rumah sampah VSP dah keluar ke belum?