Author Topic: Komen tentang Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim  (Read 3959 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 275
Re: Komen tentang Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
« Reply #60 on: 02 Dec, 03:52:48 PM »

Bendahari melaporkan ketika Mesyuarat JK Pembinaan ke-36 pada 23 November 2012 yang lalu bahawa jumlah dana yang dikumpul melalui tabung dan sumbangan serta perbankan langsung adalah seperti berikut:[/color]
  • bulan Sept 2012 = RM51,587.20
  • bulan Okt 2012 = RM156,267.29 (RM100,000 adalah sumbangan Yayasan Al-Bukhary)

Alhamdulillah, derma RM100,000 dari Yayasan Bukhari, kalau lah semua Billionnaire Malaysia buat macam TS Bukhari ya...
Baru sampai separuh jalan kutipan masjid ni, mungkin sapa2 yg dah derma dulu, kena derma sama banyak utk kali kedia, kira top-up sikit, credit dah abis... :angel:

akula

  • Penghulu
  • ****
  • Posts: 300
Re: Komen tentang Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
« Reply #61 on: 30 Apr, 09:10:45 AM »
Assalamualaikum,

YBhg Pengerusi JK Pembinaan telah mendapat surat makluman bahawa Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak telah meluluskan sumbangan bantuan peruntukan khas untuk pembinaan Masjid Al-Mustaqim BSP sebanyak RM 1 juta.

Surat bertarikh 12 Jun 2012 daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri ditandatangani oleh Dato' Ahmad Zaki Ansore bin Mohd Yusof (Timbalan Ketua Pengarah (Penyelarasan Projek Khas)) b/p Ketua Pengarah ICU.

Alhamdulillah.  :)

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


musim2 mengundi nie boleh kot ajk masjid bukit mahkota pulak g mintak sumbangan....tak kira le mintak kat parti mana... asalkan jd cepat masjid  BBM

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 275
Re: Komen tentang Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
« Reply #62 on: 25 Apr, 06:38:48 PM »
Boleh kah tuan khabarkan sedikit tentang peningkatan kos keseluruhan bagi masjid ini semenjak dari mula kutipan dibuat... bermula dengan 6 juta, kini mencecah 8 juta... mungkin boleh terangkan sedikit mungkin ada kenaikan harga barangan pembinaan atau sebagainya....

jabbar4aiman

  • Anak Lambor Kanan Kiri..
  • Global Moderator
  • Laksamana
  • ***********
  • Posts: 1763
  • Gender: Male
  • Bujang tiga ber-anak tiga.. ( ^ - ^ )
Re: Komen tentang Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
« Reply #63 on: 25 Apr, 08:32:57 PM »
Boleh kah tuan khabarkan sedikit tentang peningkatan kos keseluruhan bagi masjid ini semenjak dari mula kutipan dibuat... bermula dengan 6 juta, kini mencecah 8 juta... mungkin boleh terangkan sedikit mungkin ada kenaikan harga barangan pembinaan atau sebagainya....
Panjang kalau nak cerita.. kena rujuk semua minit dan entri di PMC ni.. ;) Ringkasannya:
  • Cadangan asal (penubuhan JK Pembinaan) adalah pada pertengahan 2008 - Rujuk post Sdr MentariMerah yang telah terlibat dari mula -> http://putra-mahkota.com/forum/index.php/topic,227.msg887.html#msg887
  • Kebenaran kutip derma diberi oleh JAIS pada suku pertama 2009 - rujuk rekod YDP PPBSP --> http://putra-mahkota.com/forum/index.php/topic,1363.0.html
  • Perlantikan Konsultan, Jurukur dan Akitek dibuat pada pada akhir 2009 (Minit Mesyuarat ke-9) NOTA: Terma lantikan adalah perkhidmatan diberkan secara PRO BONO atau PERCUMA)
  • Pada awal 2010, pembentangan lakaran deraf pelan arkitekur masjid ketika mesyuarat JK Pembinaan dengan anggaran kasar kos RM5 juta. Inilah permulaan kerja-kerja teknikal bagi pembinaan masjid. (Minit Mesyuarat ke-10)
  • Mac 2011, permohonan Kebenaran Merancang dihantar ke MPKj dengan pelan (versi akhir) memasukkan ciri-ciri cadangan pindaan/tambahan daripada JK Pembinaan. Terima kelulusan bersyarat untuk pelan pada Mei 2011. (Minit Mesyuarat ke-22)
  • Pihak QS anggarkan kos pembinaan masjid kira-kira RM11 juta. JK Pembinaan memutuskan untuk 'cap' siling kos pada RM7 juta sahaja. (Minit Mesyuarat ke-23)
  • Pindaan/Adjustment dilakukan oleh Arkitek untuk memenuhi siling kos dan submission akhir untuk Kebenaran Merancang dibuat kepada MPKj pada Jun 2011.
  • September 2011, QS beri anggaran 'best effort' pada RM7.5 juta. (Minit Mesyuarat ke-25) - Nilai ini tidak diwar-warkan, hanya anggaran kasar RM7 juta sahaja yang diiklankan/disebarkan kepada khalayak.
  • Januari 2012, Kebenaran untuk memulakan pembinaan diterima dari MPKj. Tender untuk Fasa 1: Kerja Cerucuk bernilai kira-kira RM600,000 (Minit Mesyuarat ke-29) - Kos akhir kira-kira RM500,000. Rujuk http://putra-mahkota.com/forum/index.php/topic,10979.msg106422.html#msg106422
  • Disember 2013, Tender Fasa 2: Kerja Struktur dengan tawaran munasabah diterima bernilai kira-kira RM7.5 juta. (Minit Mesyuarat ke-38)
Mengikut rekod, jika dilihat berdasarkan pelan arkitek, pada perkiraan QS kos asal pembinaan Masjid adalah RM11 juta. Pihak JK Pembinaan yang menghadkan siling kos kepada RM7 juta (pada mulanya) dan keputusan menerima kos akhir kira-kira RM8 juta dibuat dengan pengiraan perunding ketika penilaian tender Fasa 1 dan Fasa 2 tempohari.

Alhamdulillah, kontraktor Fasa 1: Kerja Cerucuk juga telah mendermakan sebahagian daripada bayaran yang diterimanya kembali kepada Tabung Pembinaan Masjid.

Pegawai Penerangan
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
Bandar Seri Putra


NOTA: Anggaran kos dilakukan oleh QS (otai) yg berpengalaman lebih 30 tahun dibuat berdasarkan pelan yang diluluskan oleh MPKj sahaja.
« Last Edit: 25 Apr, 09:12:20 PM by jabbar4aiman »
Unlearn what U Learned and Relearn what U Need

mancis

  • Global Moderator
  • Penghulu
  • ************
  • Posts: 275
Re: Komen tentang Dana Pembinaan Masjid Al-Mustaqim
« Reply #64 on: 26 Apr, 01:01:38 PM »
Panjang lebar dan lengkap info yg diberi, terima kasih tuan... memang gaya excerpt dari otai 30 tahun dalam industri :laugh:

Maknanya ikut value sekarang memang masjid perlukan kos keseluruhan RM8 juta untuk siap... insyaAllah dapat tu tahun ni sama sama kita kumpul.... Dah abis buat masjid kita sambung buat kuarters pulak, satu satu perlahan-lahan...  8)