Author Topic: Air Asia sahkan pesawatnya hilang  (Read 564 times)

0 Members and 1 Guest are viewing this topic.

balqis12

  • Temenggung
  • ********
  • Posts: 1515
    • misteri, pelik.....
Air Asia sahkan pesawatnya hilang
« on: December 28, 2014, 12:50:51 PM »



KUALA LUMPUR – AirAsia mengesahkan pesawat QZ8501 dari Surabaya ke Singapura telah dhilang dari radar pada pukul 7. 42 pagi ini.

Dalam satu kenyataan di Facebook, AirAsia memberitahu, pada masa ini, usaha mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan.

“Dengan rasa kesal, kami mengesahkan pesawat QZ8501 dari Surabaya ke Singapura telah dhilang dari radar pada pukul 7. 42 pagi ini.

“Malangnya kami tidak memperolehi sebarang maklumat mengenai status keadaan penumpang dan kru penerbangan. Namun, kami akan mengumumkan sebarang perkembangan mengenainya,” jelas kenyataan itu.

AirAsia juga mewujudkan talian khas +622129850801 bagi membolehkan keluarga atau rakan-rakan penumpang dan kru mendapatkan perkembangan terkini pesawat berkenaan.

Laman Facebook syarikat penerbangan terbang murah menukar logo merah kepada hitam dan kelabu. – New Malaysian Post
« Last Edit: December 28, 2014, 12:55:23 PM by balqis12 »